Friday 30 January 2015

NOTA RINGKAS PSIKOLOGI SUKAN

PSIKOLOGI SUKAN
PSIKOLOGI SUKAN 
DEFINISI
Cox (1998) –satu bidang
sains iaitu prinsip-prinsip psikologi diaplikasikan dalam bidang sukan

Weinberg & Gould (1999) – satu bidang kajian saintifik tentang manusia dan perlakuan mereka dalam konteks sukan dan pergerakan.

Wann (1957) – satu bentuk kajian saintifik tentang reaksi serta perlakuan fizikal, afektif dan kognitif ke atas mereka yang terbabit secara langsung mahupun tidak langsung dengan aktiviti tersebut.

Kesimpulan – satu bidang kajian saintifik tentang perlakuan dan tingkahlaku manusia dalam sukan

Pengenalan Psikologi Sukan
 
Membandingkan peranan dan tanggungjawab yang dimainkan oleh psikologi sukan.

Proses Psikologi
Proses kebangkitan

Berpunca dari tindakan Sistem Saraf Autonomik. SSA mengawal tindakan automatik serta fungsi luar kawal badan seperti degupan jantung, penarfasan dan tekan darah. Ia boleh dibahagikan kepada sistem simpartetik dan parasimpartetik.Sistem simpartetik boleh dianggap sebagai pusat kebangkitan dengan menyediakan, dengan menyediakan badan untuk tindakan ‘flight or fight’ sementara parasimpatetik pula berfungsi sebagai penenang atau (menurunkan kebangkitan).
 

Kebangkitan dan Kebimbangan dalam Sukan
 
Menjelaskan istilah yang berkaitan dengan stres
Memahami kesan kebangkitan dan kebimbingan terhadap prestasi apabila tahap kebangkitan dan kebimbangan terlalu tinggi/terlalu rendah.
Memahami pengaruh kebimbangan tret dan kebimbangan semasa dan perkaitannya dengan prestasi.
Memahami teori bencana


Kebangkitan dan Kebimbangan dalam Sukan
 
Kesan Kebangkitan dan kebimbangan terhadap individu:
Stres
Eustres
Distres
Hiperstres
Hipostres

Stres
 
Hans Selye (1982)- respon tubuh badan tanpa emosi terhadap bebanan atau tekanan yang di hadapi di persekitaran. Bentuk tekanan yang di hadapi adalah tekanan fizikal (berpunca dari penglibatan dalam aktiviti fizikal), tekanan mental seperti sedih, kecewa dan seronok dan lain-lain. Apapun bentuk tekanan yang di terima, reaksi fisiologikalnya tetap sama.

Eustres
Sekiranya individu tersebut merasakan bahawa stres yang di alaminya bersifat positif, maka ia di sebut eustres. Contohnya, perasaan serta debaran yang dirasai oleh seorang atlet sementara menantikan namanya di umumkan sebagai pemenang serta dikalungkan dengan pingat emas.
Stres yang di alami dalam bentuk debaran di tafsikan sebagai positif oleh atlet tersebut

Distres
 
Sekiranya individu tersebut membuat interprestasi bahawa stres yang di alaminya bersifat negatif. Individu merasakan bahawa beliau tidak mampu untuk menghadapi bebanan atau tekanan yang di hadapi di persekitaran. Contohnya, apabila seorang ahli gimnastik terjatuh dari balance beam,. Walaupun ahli gimnastik tersebut meneruskan semula rutin beliau rasa takut jatuh kali kedua serta kebimbangan yang dirasai kerana kehilangan mata sebelumnya memberikan kesan kepada beliau.

Hiperstres
 
Keadaan di mana tahap serta jumlah stres yang dialami melampaui kemampuan kita menanggani stres tersebut. Contohnya dalam keadaan tertekan yang teramat sangat seseorang individu menjadi kaku serta tidak dapat memberikan sebarang reaksi

Hipostres
Jumlah atau bentuk stres yang dialami tidak langsung merangsang atau membimbangkan individu tersebut. Hasilnya kebosanan berlaku.
Kebangkitan dan Kebimbangan dalam Sukan (11 waktu)
Mengenalpasti kaedah dan langkah mengurangkan
 
masalah berkaitan kebangkitan dan kebimbangan.

Pengurusan stres
Kawalan Pernafasan
Relaksasi Otot Progresif
Latihan Autogenik
Imageri
Penetapan Matlamat
Kawalan Penafasan
Tarik nafas, lepaskan. Keluarkan semua masalah dan tekanan semasa menghembus nafas
Tarik nafas dalam-dalam ke diafragm dan lepaskan
Tarik nafas anda bersama tenaga dan daya hidup yang baru. Lepaskan semua ketegangan dan kepenatan dari dalam diri anda

Relaksasi Otot Progresif
Jacobson – otak cemas tidak akan wujud jika otot seluruh badan dalam keadaan relaks.
Matlamat program ini adalah untuk merelakskan seluruh otot badan dalam beberapa minit.
Teknik ini memerlukan atlet menegangkan otot yang berkaitan sebelum merelakskannya.
Ketegangan membantu atlet mengenal pasti perbezaan antara ketegangan dan relaksasi.
Matlamat akhir program ini adalah untuk menaikkan respon relaksasi bagi mengatasi stres dalam sesuatu situasi yang spesifik.

Latihan Autogenik
Hampir sama dengan relaksasi progresif
Satu bentuk latihan mental yang dirancang untuk melahirkan sensasi hangat dan berat sebagai respon kepada relaksasi.
Anggota badan berasa berat kerana tidak wujud sebarang tekanan mahupun ketegangan pada otot badan sementara kehangatan yang dirasai berpunca dari pengembangan saluran darah pada otot berkenaan (kesan tindakan parasimpetatik)

Imageri
Block(1981) – Satu proses yang menggunakan visualisasi untuk membayangkan situasi.
Wann (1997) – Proses yang merangkumi visualisasi mental tentang dasar yang dilakukan sebelum atau semasa melakukan tugasan tersebut
Penggunaan semua deria untuk mereka atau mereka semula pengalaman dalam minda.

Penetapan Matlamat
Satu proses untuk menetapkan matlamat di mana peningkatan motivasi dan hasil dapat dicapai dalam jangkamasa yang telah ditetapkan.
Tumpuan perhatian – keupayaan atlet untuk memfokus pada maklumat yang relevan semasa pertandingan.
Satu bentuk latihan di mana atlet sentiasa mengingatkan dirinya sendiri akan kejayaan, teknik serta kemahiran yang terbaik pernah dicapai dan kejayaan yang boleh dicapai pada masa depan.Latihan juga membentuk kata kendiri yang positif.

Motivasi
 
Menjelaskan pengertian motivasi dalam konteks
Sukan.

Definisi
Sage (1977) – arah dan intensiti usaha seseorang individu. Arah merujuk kepada tindakan individu sama ada untuk menghampiri atau menjauhi sesuatu setuasi. Intensiti merujuk kepada tahap kekuatan usaha individu tersebut untuk menghampiri atau menjauhi setuasi tersebut.
Wann (1977) – Sebagai proses kebangkitan dalam diri individu yang membantu usaha mengarah serta mengekalkan kelakuan yang diingini.

Motivasi
 
Menghuraikan perbezaan antara motivas
 
intrinsik dengan ekstrinsik. Dan mengenal pasti contoh kepentingan motivasi instrinsik dan ekstrinsik yang Sering digunakan dalam konteks sukan.
 

Motivasi Intrisik
Bersifat dalaman seperti keinginan untuk memperbaiki pencapaian peribadi, meningkatkan tahap kesihatan atau kerana faktor keseronokkan.
Motivasi Ekstrinsik
Bersifat luaran seperti keinginan untuk mendapatkan ganjaran, penghormatan atau lain-lain perkara yang bersifat material.

Motivasi
 
Menjelaskan perkaitan antara motivasi instrinsik dan ekstrinsik dan tahap prestasi individu/pasukan.
 
Menjelaskan proses pentafsiran motivasi yang diterima oleh individu/kumpulan tertentu berdasarkan teori motivasi.
Menjelaskan kesan lebihan dan pengurangan motivasi berdasarkan pentafsiran individu dan perkaitannya dengan prestasi semasa.

Keagresifan dalam Sukan
 
Menjelaskan pengertian keagresifan dalam sukan
Memahami perbezaan antara ketiga-tiga jenis keagresifan dalam konteks sukan.
Memberi contoh yang sesuai bagi setiap jenis keagresifan dalam sukan.

Jenis Keagresifan
Ketara (hostile)
Instrumental
Asertif

Pengertian keagresifan
Baron dan Richardson (1994) – apa saja bentuk tindakan dan perlakuan yang bermatlamat untuk menyebabkan kecerderaan ke atas benda hidup yang lain dan bermotivasi untuk mengelakkan diri dari kecerderaan
Wann (1997) – satu tindakan yang bermatlamat untuk mengakibatkan kecerderaan secara fizikal, verbal atau psikologikal keatas seseorang yang bermotivasi untuk mengelakkan diri dari di cerderakan dan atau perbuatan yang mendatangkan kerosotan kepada harta benda yang berpunca dari kemarahan

Keagresifan Ketara
 
Merujuk kepada tindakan agrasif yang berpunca dari rasa marah dengan matlamat untuk mencederakan individu lain/objek dengan niat untuk melihat individu tersebut mengalami kesakitan dan ganjarannya pula (kepuasan) adalah melihat individu tersebut terseksa dengan kesakitan yang dialaminya

Keagrasifan instrumentel
Merujuk kepada sesuatu perbuatan dengan niat untuk mencerderakan individu lain bermatlamat untuk mendapatkan faedah atau ganjaran luaran seperti kemenangan, hadiah atau prestij
Individu yang bertindak agrasif tadi melihat tindakan tersebut sebagai "instrumental" (perlu di lakukan) untuk mencapai matlamatnya

Keagrasifan arsertif
 
Merujuk kedapa penggunaan fizikal atau verbal dengan cara yang di benarkan (mengikut peraturan permainan) untuk mencapai sesuatu matlamat (kemenangan)
Dalam kontek ini, niat untuk mencerderakan individu lain tidak timbul sama sekali.Jika kecerderaan berlaku akibat tindakan arsertif, ia tidak di kira sebagai satu tindakan yang agresif kerana tindakan tersebut di benarkan mengikut peraturan dan tiada niat untuk mengakibatkan kecerderaan pemain lain.

Keagresifan dalam Sukan
 
Mengenal pasti beberapa faktor penyebab
 
keagresifan dalam sukan berdasarkan kepada
 
insiden yang berlaku secara global.

Faktor penyebab
Faktor penyebab keagresifan
Kebangkitan fisiologi – berkaitan rapat dengan suhu persekitaran dan bunyi bising penonton.- menyebabkan permain kurang selesa rimas dan mudah marah.
Persepsi individu yang di kasari – keagresifan akan meningkat jika bakal mangsa merasakan bahawa beliau akan di kasari oleh pihak lawan – akan bertindak dengan cara yang sama


Takut kepada tindak balas yang akan di terima – takut tindak balas yang di terima dari pemain pasukan lawan lazimnya akan mengurangkan perlakuan agresif dalam perlawanan.Bagaimanapun akan sampai satu tahap di mana setiap permain mula mencabar lawannya dan tindakan ini akan menjadikan perlawan akan menjadi lebih sengit – kelakuan agresif meningkat untuk menunjukkan siapa yang lebih hebat – sampai kemuncak jika perlawan tidak di kawal dengan baik.
Perbezaan mata atau jaringan – banyak kekasaran di lakukan oleh pasukan yang sedang ketinggalan
 
Lokasi perlawanan – pasukan yang bermain di tempat sendiri lebih agresif kerana mendapat sokongan serta menjaga maruah

Keputusan pertandingan – pemain pasukan yang tewas atau tidak berpeluang untuk menang lazimnya lebih agresif
Kedudukan pasukan dalam liga – pasukan yang kedudukan di bawah lebih agresif
Jangkamasa dalam permainan – perlakuan agresif meningkat sejajar dengan peningkatan masa permainan
Penggunaan steroid – peningkatan keagresifan individu yang mengambil steroid

Keagresifan dalam Sukan
 
Menghuraikan kesan keagresifan
 
dalam sukan
 
dari sudut individu, negara dan global.

Kesan pendekatan agersif terhadap individu dalam sukan.

Kesepaduan Pasukan
 
Menjelaskan maksud kesepaduan pasukan.
Menghuraikan fasa yang berkaitan dengan pembentukan pasukan dan menghuraikan ciri setiap fasa.

Fasa pembentukan pasukan:
Pembentukan
Perbalahan
Pembentukan norma
Persembahan

Kesepaduan pasukan
Carron (1982) – kesepaduan pasukan merupakan proses yang dinamik yang di jelmakan menerusi kecenderungan sesuatu kumpulan "bersatu dan bersama" mencapai matlamat dan objektif kumpulan tersebut.
Fasa Pembentukkan
 
Percubaan untuk mengenali serta membiasakan diri dengan ahli pasukan lain, membuat perbandingan sosial khususnya dari segi kemampuan dan kebolehan, menilai kekuatan dan kelemahan masing-masing serta menilai kemampuan aksi masing-masing.

Fasa perbalahan (storming)

Fasa ini selalu di pernuhi dengan pertenglagahan serta persaingan di kalangan pemain kerana wujudnya polarisasi, konflik serta tentangan di antara pemain-pemain serta pemain dengan pihak pengurusan atau jurulatih

Fasa pembentukan norma (norming)
Pemain sudah dapat melupakan persaingan dan pertelagahan yang timbul sebelumnya. Pemain sudah mula menjalinkan hubungan yang positif serta mula menunjukkan sikap berkerjasama serta saling membantu rakan sepasukan. Konsep kesepaduan serta indentiti pasukan mula terbentuk di kalangan pemain.
Mula melihat dan menilai sumbangan unik setiap pemain demi kejayaan pasukan.

Fasa persembahan (perfoming)
Pemain sudah bersedia sebagai satu pasukan untuk mencapai matlamat yang telah di sasarkan.Hubungan antara pemain dan jurulatih menjadi semakin mantap dan cekap.

Kesepaduan Pasukan
 
Menghuraikan faktor yang berkaitan dengan
 
proses kesepaduan pasukan dan perkaitannya
 
dengan proses pembentukan pasukan.
Faktor yang mempengaruhi kesepaduan
Individu
Pasukan
Kepimpinan
Persekitaran

Atribut
 
Lokus Kawalan
Dalaman
Luaran

Menjelaskan maksud atribut dan sebab manusia melakukannya
Menghuraikan masksud dan perbezaan lokus dkawalan dalaman dan luaran

Atribusi
Satu cabang atau pendekatan motivasi
 
berbentuk kognitif (cox,1998)
Heider,1994 manusia berkeinginan untuk menjelaskan tentang apa yang berlaku berdasarkan kepada persepsi mereka tentang sebab ia berlaku
Apa yang difikirkan oleh seseorang atlet tentang dirinya berkait rapat dengan persepsinya terhadap kesan dan akibat tindakannya itu.

Lokus Kawalan Dalaman
Sebarang keputusan yang terhasil secara dalaman kepada individu (pengaruh individu)

Lokus Kawalan Luaran
Pengaruh persekitaran (seperti nasib, peluang dan orang lain merupakan faktor yang mempengaruhi sesuatu keputusan)

Model Atribusi Heider
Atribut
 

Dimensi Atribut
Lokus penyebab
Kestabilan
Kebolehkawalan

Menghuraikan perbezaan setiap dimensi
 
atribut dengan contoh yang sesuai.

B. Dimensi Atribut
Lokus Penyebab
Heider(1944) terdapat empat faktor iaitu usaha,kebolehan,tahap kesukaran tugas dan nasib.
Weiner(1972) dua dimensi penyebab iaitu kestabilan dan lokus kawalan.

Kestabilan
Terbentuk berdasarkan atribut yang stabil dan tidak stabil.

Kebolehkawalan
Atributsi dianggap sebagai berada dikawalan atau di luar kawalan individu tersebut. Kesukaran untuk mengaitkan atributsi luaran dan dalam kawalan.
 
Tumpuan
 
Dimensi Tumpuan
Keluasan tumpuan
Arah tumpuan

Menjelaskan maksud tumpuan dan
 
membezakannya dengan konsentrasi/fokus
1.
 Dimensi Tumpuan
Keluasan Tumpuan – berkait rapat dengan bilangan stimulus yang diberikan tumpuan atau yang difokus oleh seseorang individu pada sesuatu masa dari sempit kepada luas. Contoh: penjaga gol perlu meluaskan tumpuannya dengan menilai pergerakan lawan.

Arah Tumpuan – merujuk kepada tahap di mana individu mengarahkan tumpuannya sama ada ke dalaman(perasaan & pemikiran) atau luaran(tindakan terhadap sitimulus). Contohnya, penjaga gol tadi perlu mengatasi perasaan takut dan bimbang untuk membuat keputusan yang tepat.

Tumpuan
 
Stail Tumpuan
Luas luaran
Luas dalaman
Sempit luaran
Sempit dalaman


1 comment:

  1. Menangkan Jutaan Rupiah dan Dapatkan Jackpot Hingga Puluhan Juta Dengan Bermain di www(.)SmsQQ(.)com

    Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
    -Situs Aman dan Terpercaya.
    - Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
    - Proses Setor Dana & Tarik Dana Akan Diproses Dengan Cepat (Jika Tidak Ada Gangguan).
    - Bonus Turnover 0.3%-0.5% (Disetiap Harinya)
    - Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
    -Pelayanan Ramah dan Sopan.Customer Service Online 24 Jam.
    - 4 Bank Lokal Tersedia : BCA-MANDIRI-BNI-BRI

    8 Permainan Dalam 1 ID :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker - Bandar66

    Info Lebih Lanjut Hubungi Kami di :
    BBM: 2AD05265
    WA: +855968010699
    Skype: smsqqcom@gmail.com

    ReplyDelete