Pengelolaan acara sukan yang cekap dan berkesan adalah elemen terpenting
dalam penganjuran sesuatu kejohanan sukan. Dalam era teknologi maklumat yang
berkembang pesat pada masa kini, penggunaan teknologi dalam bidang pengurusan
sukan akan dapat melancarkan dan mempercepatkan lagi proses pengurusan sesuatu
kejohanan sukan oleh pihak penganjur. Ini akan dapat meningkatkan minat dan
sokongan terhadap mereka yang terlibat dalam bidang tersebut. Antara
tanggungjawab penganjur sesuatu kejohanan sukan adalah memberikan mereka yang
sangat berminat dalam bidang sukan kepuasan sepenuhnya kepada penganjuran
secara profesional. Bagi membolehkan penganjuran kejohanan dijalankan dengan
berjaya, penggunaan kemudahan ICT adalah tidak dapat dielakkan pada masa kini.
Potensi penggunaan komputer yang terbesar dalam penganjuran sesuatu kejohanan
sukan adalah dalam penjadualan dan pengiraan kedudukan dalam satu kejohanan
yang besar dan melibatkan banyak pasukan yang bertanding. Kejayaan dalam
penganjuran sesuatu kejohanan sukan akan meningkatkan imej serta memartabatkan
mereka yang terlibat dalam menjayakan sesuatu kejohanan itu.
Sebagai contoh, ialah penganjuran Sukan Olimpik Beijing Tahun 2008.
Untuk menyelengarakan sukan olimpik dengan berjaya, Jawatankuasa Penganjur
Sukan Olimpik Beijing telah mengeluarkan slogan “Sukan Olimpik yang saintifik
dan berteknologi tinggi”. Penggunaan teknologi merupakan jaminan dan sokongan
bagi menyelenggarakan sukan dengan jayanya. Sukan tidak akan mencapai skala dan
prestij yang begitu besar pada saat ini tanpa perkembangan sains dan teknologi.
Penggunaan teknologi multimedia yang canggih untuk menyediakan perkhidmatan
teknologi yang baik kepada media adalah termasuk perkhidmatan teknologi
telekomunikasi, perkhidmatan keputusan sukan dan maklumat, perkhidmatan
teknologi video dan audio dalam pelbagai stadium serta pengawalan dan
pengawasan frekuensi wayarles dan sebagainya.
Secara
umumnya dari sudut pandangan penganjur, adalah bagus penggunaan teknologi kerana
ia dapat memenuhi matlamat dan objektif yang ingin dicapai. Dengan mengikuti
tatacara dan skop pengurusan, ia akan membantu pihak penganjur dalam menjalankan
tugas mereka dengan lebih berkesan.
No comments:
Post a Comment