Friday 30 January 2015

BOLA JARING

1.   BOLA JARING
a.    Sejarah Dan Perkembangan
Permainan bola jaring merupakan sukan yang dimainkan dikalangan wanita. Perkembangan dan pembangunannya yang pesat telah meletakkannya sebagai salah satu sukan bertaraf antarabangsa yang diminati khasnya di negara-negara Komanwel.
Dr. James Naismith, seorang berbangsa Kanada, telah memperkenalkan sukan dalaman untuk penuntut Bahagian Latihan Fizikal, Kolej Springfield, Massachusetts, Amerika Syarikat dalam tahun 1891. Beliau menggunakan bola yang cukup besar untuk mudah diterima dan dihantar serta tidak boleh berlari dengan bola. Gol yang digunakan diperbuat daripada bakul yang diletak di tempat tinggi sebagai satu cabaran yang dapat memberi tumpuan kepada kemahiran. Selain daripada kekuatan Dr. James Naismith menetapkan tiga belas (13) undang-undang bagi permainan ini. Permainan ini bertambah popular apabila jaring diperkenalkan dan undang-undang serta aspek kemudahan dimurnikan dan Bola Jaring tercipta. Bola Jaring (atau asalnya dikenali sebagai bola bakul/basket ball) dibawa ke England dari Amerika Syarikat oleh Dr. Toles semasa beliau melawat Kolej P.T. Osterberg dalam tahun 1895. Beliau memperkenalkan permainan di mana bola dijaringkan ke dalam bakul sampah. Pasukan Madam Osterberg mendapat reputasi antarabangsa melalui Kolej Dartford.
Pada tahun 1897, bola jaring dimainkan atas padang rumput di seluruh United Kingdom. Setelah permainan bertambah canggih, kawasan/zon permainan baru, yang menggambarkan gelanggang terbahagi kepada tiga kawasan diperkenalkan. Dalam tahun 1957, di suatu mesyuarat yang diadakan di London, persetujuan mengenai penggunaan undang-undang telah dicapai bersama oleh England, Australia, New Zealand, Northern Ireland, Afrika Selatan, Amerika Syarikat dan Wales.
Persekutuan antarabangsa telah ditubuhkan dalam mesyuarat yang diadakan di Ceylon pada Ogos 1960. Mesyuarat telah dihadiri oleh wakil-wakil dari England, Australia, New Zealand, Afrika Selatan, Ceylon dan Indies Barat. Perlembagaan dan etika undang-undang permainan antarabangsa telah dipersetujui bersama semasa mesyuarat.

b.   Perkembangan Bola Jaring Di Malaysia
Pada asalnya, bola jaring telah diperkenalkan di Tanah Melayu oleh mubaligh mubaligh Kristian dari England kepada pelajar-pelajar sekolah rendah Inggeris di negeri-negeri Selat pada zaman pemerintahan British.
Pada lewat 1960an, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) ditubuhkan dan di bawah kepimpinan Pengerusi Teknik Puan Teh Gin Sooi, bola jaring mula berkembang dengan meluas. Dari 1970an hingga lewat 1980an, bola jaring di Malaysia telah dimainkan di kalangan pelajar wanita di sekolah, kolej, universiti. serta jabatan kerajaan dan kelab.
Persatuan Bola Jaring Selangor adalah merupakan persatuan pertama yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftar pada awal 1970an.   Ini diikuti oleh beberapa negeri lain seperti Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Pahang.  Kesemua persatuan-persatuan negeri ini bergabung dengan Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM). Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM) telah ditubuhkan pada 21 Mac 1978 di bawah naungan Almarhumah Ke bawah DYMM Tengku Ampuan Pahang. Sehingga tahun 1990 bila Persatuan Bola Jaring Negeri Sabah diterima menjadi Ahli Gabungan menjadikannya Ahli Gabungan negeri yang terakhir ditubuhkan, PBJM mempunyai 16 ahli gabungan yang terdiri daripada 13 Ahli Gabungan dari negeri-negeri dan 3 Ahli Gabungan dari bukan negeri iaitu Polis Diraja Malaysia, angkatan Tentera Malaysia dan Lembaga Letrik Negara.    Pada tahun 1990 juga Lembaga Letrik Negara menjadi Tenaga Nasional Berhad.    Kini PBJM mempunyai 17 Ahli Gabungan iaitu terdiri daripada semua 14 buah negeri di seluruh Malaysia dan 3 Ahli Gabungan bukan negeri.
PBJM telah bergabung dengan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sejak tahun 1980 dan dengan Persekutuan Bola Jaring  Antarabangsa (IFNA) bermula dari tahun 1982. Apabila Persekutuan Bola Jaring Asia ditubuhkan dalam tahun 1985, Malaysia menjadi salah satu ahli pengasas.  
Salah satu daripada aktiviti utama PBJM ialah menganjurkan kejohanan bola jaring di peringkat kebangsaan.    Dua kejohanan tahunan yang diadakan di peringkat kebangsaan ialah Kejohanan Bola Jaring Kebangsaan dan Kejohanan Bola Jaring Bawah 21 Tahun.    Kejohanan Bola Jaring Kebangsaan (KBJK) telah diadakan sejak tahun 1979.    Ia terbuka kepada semua Ahli Gabungan.    Kejohanan Bola Jaring Bawah 21 Tahun bermula pada tahun 1984.    Kejohanan di peringkat kebangsaan merupakan medan bagi pemilihan pemain ke peringkat antarabangsa.  

c.    Kemahiran Permainan
i.              Hantaran aras dada

ii.             Hantaran aras bahu

iii.            Hantaran lantun

iv.           Hantaran lob

v.            Hantaran bawah tangan

vi.           Pergerakan kaki

vii.          Menjaring

viii.         Mengadang


d.    Peraturan / Undang-Undang

Asas Peraturan Permainan
Bola jaring merupakan sukan popular di kalangan kaum wanita. Perkembangan dan pembangunan yang pesat telah meletakkannya sebagai salah satu sukanbertaraf antarabangsa. Sukan bola jaring dimainkan oleh dua (2) pasukan yang terdiri daripada tujuh (7) pemain dalam sesuatu perlawanan. Permainan ini menumpukan kepada jaringan gol untuk menentukan kemenangan. Penjaring Gol (GS) dan Penyerang Gol (GA) sahaja dibenarkan menjaringkan gol dari dalam Bulatan Gol.

i.              Undang-undang Asas Permainan Bola Jaring
Bilangan pemain
Setiap pasukan terdiri 7 pemain dan 5 pemain simpanan
Tempoh permainan
Terdapat dua bahagian iaitu selama  dua puluh (20) mini setiap separuh masa.   Masa rehat 5 minit.
Pasukan akan bertukar Kawasan Gol pada akhir separuh masa.
Pengadil
Permainan dipengadili oleh 2 orang pengadil.
Memulakan permainan
Permainan dimulakan dan dimulakan semula selepas setiap jaringan gol.
Hantaran Tengah diambil secara bergilir-gilir selepas
Setiap jaringan gol.
Gerak kaki
Pemain  tidak dibenarkan mengheret atau mengerakkan kaki mendarat
‘Held ball’
Pemain tidak dibenarkan memegang bola lebih dari 3 saat.
Lebih kawasan
Bola tidak boleh dihantar lebih daripada keseluruhan satu
kawasan tanpa disentuh atau ditangkap terlebih dahulu oleh mana--mana pemain yang dibenarkan.
off side
Pemain dengan atau tanpa bola dianggap keluar kawasan
jika memasuki mana-mana kawasan selain daripada kawasan bermainnya.
Halangan
Pemain tidak dibenarkan menghalang pihak lawan yang hendak menjaringkan dan menghantar bola.
Sentuhan
Pemain tidak dibenarkan sama sekali melakukan sentuhan
dengan pemain lawan, sama ada secara sengaja atau tidak
sengaja
Memainkan semula
‘Re-play’
Apabila menerima bola, dimana bola telah dimiliki sepenuhnya, bola terjatuh dan mengambilnya semula.   Situasi ini dipanggil  ‘re-play’

ii.             Kawasan bermain bagi setiap pemain

GS
Penjaring Gol
1,  2,
GA
Penyerang Gol
1,  2, 3
WA
Penyerang Tepi
2,  3
C
Pemain Tengah
2,  3, 4
WD
Pengadang Tepi
3,  4
GD
Pengadang Gol
3,  4, 5
GK
Penjaga Gol
4,  5

UKURAN
Ukuran Gelanggang
i.              Gelanggang
Ukuran gelanggang bola jaring yang dibahagikan kepada tiga kawasan adalah seperti gambarajah di bawah ini;



ii.             Jenis – jenis gelanggang
Gelanggang rumput
Permukaan gelanggang rumput hendaklah rata dan bersih. Pastikan tiada batu, pasir, kaca dan sebagainya pada permukaan tersebut.



Gelanggang indoor



iii.            Tiang gol
Tiang gol hendaklah tegak dan tingginya 3.05 meter (10 kaki) untuk sekolah
Menengah / dewasa dan diletakkan di tengah garisan gol.   Satu gegelang
logam dengan bahagian dalamnya berdiameter 380mm (15 inci) hendklah
dipasang terkeluar 150 mm (6 inci) dari hujung tiang.



PERALATAN DAN PAKAIAN

i.              Bips
Dua set bibs/tampalan berhuruf menunjukkan posisi permainan seperti berikut:



GK - Goal Keeper
GD - Goal Defence
WD - Wing Defence
C    - Centre
WA - Wing Attack
GA - Goal Attack
GS - Goal Shooter

ii.             Bola
Bola yang digunakan bagi semua tahap umur ialah saiz 5.    Bola getah atau bola kulit sahaja digunakan dalam permainan bola jaring. 


iii.            Pakaian
        Satu pasukan perlu memakai pakaian yang seragam. 

1 comment: