Friday, 30 January 2015

BADMINTON

1.   BADMINTON
a.    Pengenalan
Permainan badminton dibahagikan kepada dua jenis iaitu permainan perseorangan dan beregu. Permainan perseorangan dibahagikan kepada dua kategori iaitu perseorangan lelaki dan perseorangan wanita. Permainan beregu pula mempunyai tiga kategori iaitu beregu lelaki, beregu wanita dan beregu campuran.
Permainan badminton dimainkan dengan cara memukul bulu tangkis supaya sentiasa berada di udara. Para pemain akan berbalas-balas pukulan dan berusaha untuk mengelakkan bulu tangkis jatuh di dalam kawasan gelanggang masing-masing. Matlamat utama permainan ialah untuk mematikan bulu tangkis atau menjatuhkan bulu tangkis di gelanggang lawan. Jika pemain berjaya melakukan demikian, mata akan diperoleh dan servis kembali berjaya dirampas. Begitulah seterusnya permainan berlangsung sehingga mata penamat dicapai.

b.   Sejarah Dan Perkembangan
Permainan badminton telah dicipta sejak sekian lama. Ia satu bentuk permainan yang dimainkan oleh orang Greek dan Mesik kuno. Istilah badminton datangnya dari permainan kanak-kanak yang dipanggil battledore dan shuttlecock, ia dimainkan dengan dua pemain akan memukul bulu tangkis dengan menggunakan raket yang kecil. Permainan bulu tangkis ini dikatakan berasal dari Greek kuno sejak 2000 tahun yang lalu. Ia menular ke India, kemudiannya ke timur China dan Siam (Thailand) melalui Indo-Greek Kingdom.
Di India, permainan ini disebut ‘Poona’ (sempena nama sebuah tempat, iaitu Pune)  semasa abad ke-18. Pegawai Tentera British yang berada di Pune, India ketika itu bertindak membawa balik permainan itu ke England dan memperkenalkan kepada rakan-rakannya pada tahun 1860-an. Semasa di India, para pegawai tentera British memainkan permainan itu dengan menambah jaring di bahagian tengah gelanggang. Permainan ini sebenarnya telah dimainkan di lorong jalan sekitar London pada tahun 1854 apabila majalah Punch menerbitkan lukisan kartun yang menggambarkan permainan tersebut. Tetapi, ia menjadi satu sukan baru apabila dilancarkan oleh pemerintah Duke Beaufort pada tahun 1873 di Gloucestershire. Ketika itu, askar-askarnya memanggilnya sebagai ‘Badminton House’, manakala penduduknya pula memanggil dengan nama ‘The Badminton Game’. Kemudian, nama tersebut bertukar kepada ‘Badminton’ yang juga merupakan nama rasminya.
Pada tahun 1877, Kelab Badminton Bath iaitu kelab badminton yang pertama di dunia ditubuhkan, telah menulis peraturan pertama permainan badminton. Bagaimanapun, Persatuan Badminton England yang telah ditubuhkan pada tahun 1893 telah mengambil alih autoriti Kelab Badminton Bath untuk membuat peraturan yang agak sama seperti sekarang. Ia juga telah merasmikan permainan badminton di sebuah rumah yang dikenali dengan nama ‘Dunbar’ yang terletak di 6 Waverley Grove, Portsmouth, England pada 13 September tahun yang sama. Mereka juga telah memulakan Kejohanan Badminton Terbuka SeluruhEngland yang merupakan kejohanan badminton pertama di dunia pada tahun 1899.
Permainan badminton dengan cepatnya tersebar dari England Ke Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan New Zealand, serta negara-negara Eropah yang lain. Walaupun lelaki merupakan pemain pertama yang memainkannya, namun ia juga telah menarik minat wanita. Justeru, setahun selepas Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England diadakan, perintis kejohanan badminton bagi wanita mula diatur. Tetapi ia dianggap sebabai tidak rasmi dan hanya pada tahun 1904 pertandingan Seluruh Englanditu telah bercirikan pertandingan rasmi. Perkembangan populariti badminton di Kepulauan British terbukti dengan penubuhan 300 kelab badminton di England pada tahun 1920, kira-kira 500 buah kelab pada tahun 1930, dan lebih 9,000 buah kelab badminton selepas Perang Dunia Kedua
Persatuan Badminton Antarabangsa  pula telah ditubuhkan pada tahun 1934 dengan keahlian bebrapa buah negara seperti Kanada, Denmark, England, Perancis, Belanda, Ireland, New Zealand, Scotland dan Wales. Negara India pula menyertai persatuan tersebut pada tahun 1936. Keahliannya semakin meningkat tahun demi tahun dan menjadi satu-satunya badan antarabangsa sukan badminton pada tahun 1981.
Pada bulan Mac 1939, IBF mula mengadakan pertandingan di peringkat antarabangsa. Presidennya, Sir George A. Thomas, Baronet, telah menawarkan trofi bagi kumpulan yang akan memenangi pertandingan tersebut. Keadaan semasa perang dan selepas perang telah menyebabkan Piala Thomas yang pertama tertangguh akibat daripada kekurangan bulu tangkis sehinggalah kejohanan musim 1948/1949.
Idea pertandingan badminton wanita yang seiring dengan Piala Thomas telah bermula pada tahun 1950. Tetapi ia tidak dilaksanakan kerana masalah kewangan. Perkara tersebut terus dibincangkan dan akhirnya keputusan dicapai untuk mengadakan kejohanan badminton tiga tahun sekali. Mrs. H. S Uber di England telah mendermakan trofi bagi kejohanan tersebut yang dikenali sebagai Piala Uber (kejohanan wanita). Kejohanan Piala Uber yang pertama telah diadakan pada musim 1956/1957. Sejak itu, bilangan kejohanan badminton telah meningkat daripada dua kepada tujuh kejohanan, dengan tambahan Kejohanan Dunia, Piala Sudirman (piala campuran), Kejohanan Remaja Dunia, Pertandingan Akhir Grand Prix Dunia.

c.    Perkembangan Badminton Di Malaysia
Badminton telah dimainkan di Malaysia seawal 1809. Permainan badminton yang dikenali sebagai Poona pada ketika itu telah dimainkan buat pertama kali di Pulau Pinang oleh pegawai dan syarikat East India, di kalangan kapten Francis Light. Kesan sejarah ini masih boleh dilihat di Methodist Boys School di Ayer Hitam. Di muzium Pulau Pinang pula terdapat gambar beberapa orang perempuan dan juga pegawai British sedang bermain permainan poona atau badminton.
Pada peringkat awal, permainan ini tidak ada sebarang undang-undang atau peraturan yang boleh dijadikan panduan permainan. Mereka yang bermain hanya sekadar memukul-mukul bulu tangkis ciptaan mereka itu. Namun permainan mereka itu telah berjaya menarik minat sebahagian daripada penduduk di situ.
Pada tahun 1934, Persekutuan Badminton Antarabangsa (IBF) ditubuhkan. Persekutuan ini bertindak sebagai satu-satunya badan khas yang bertanggungjawab kepada segala hal yang bersangkutan permainan badminton di seluruh dunia. Pada 11 November 1934, Persatuan Badminton Malaya telah ditubuhkan. Presiden pertamanya ialah J.L Woods dari Perak.
Pada masa yang sama, Malaya terkenal kerana A. Samuel berjaya ke peringkat separuh akhir dalam kejohanan All England. Pada tahun 1953 – 1957, Eddy Choong menjuarai empat pertandingan perseorangan All England dan menaikkan nama Malaya. Pada tahun 1949 dan 1992, Malaya menjuarai Piala Thomas.
Sukan badminton berkembang pada tahun 1992 di Barcelona, badminton menjadi acara rasmi dalam sukan Olimpik. Rashid Sidek telah memenangi pingat gangsa dan dua pasangan beregu mendapat pingat perak dan gangsa di sukan Olimpik pada tahun 1996.
Akademi Badminton Malaysia (ABM) ditubuhkan pada tahun 1992. Salah seorang pemain yang berjaya menghasilkan ialah Dato’ Lee Chong Wei. Pada tahun 2000, ABM ditutup. Semua pelajar dipindahkan ke Sekolah Sukan Malaysia, Bukit Jalil.
Terdapat dua buah Sekolah Sukan Malaysia (SSM) iaitu Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) dan Sekolah Sukan Bandar Penawar (SSBP). Pelajar untuk sukan badminton ditempatkan di SSBJ.

d.    Kemahiran Permainan
i.              Cara memegang raket
ii.             Cara memegang bulu tangkis
iii.            Kedudukan / posisi
iv.           Servis tinggi hadapan
v.            Servis rendah forehead
vi.           Servis rendah backhand (kilas)
vii.          Lob
viii.         Permainan jaring (net play)
ix.           Pukulan drop
x.            Pukulan smash
xi.           Menghadang / Block

e.    Peraturan / Undang-Undang
i.              Undang Undang Asas
Pemain boleh memulakan permainan jika peralatan permainan dan rakannya sudah ada. Badminton tidak memerlukan pemain yang ramai seperti bola sepak. Permainan ini boleh dimainkan oleh orang lelaki dan juga wanita. Kanak-kanak, murid sekolah, golongan remaja, orang dewasa walaupun orang yang telah berumur semuanya boleh bermain. Permainan ini boleh dimainkan secara suka-suka atau sekadar mengisi masa lapang juga untuk pertandingan atau perlawanan.
Badminton boleh dimainkan antara dua orang (acara perseorangan) atau empat orang (acara beregu). Tujuannya adalah untuk memukul bulu tangkis melepasi jaring ke dalam gelanggang pihak lawan sama ada bulu tangkis menyentuh lantai gelanggang sebelum pihak lawan dapat membalas balik atau pihak lawan memukulnya keluar dari gelanggang atau terkandas di jaring. Bulu tangkis tidak boleh melantun pada bila-bila masa apabila dimainkan. Pemain hanya memperoleh mata apabila memenangi rali. Terdapat acara berpasukan dan individu. Dalam acara individu terdapat lima jenis acara yang dimainkan iaitu perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita serta beregu campuran. Piala Thomas/Uber dan Piala Sudirman adalah acara berpasukan.
ii.             Sistem Kiraan Mata
Sistem kiraan mata dalam permainan biasa ialah 21 mata rali (The Best o Three Games). Mata akan diberikan kepada mana-mana pemain/pihak yang memenangi rali.
Perbezaan 2 mata diperlukan untuk menang. Jika tidak, permainan akan diteruskan hingga mata 29-29. Pemain/pasangan pertama yang mencapai mata 30 dikira sebagai hingga mata 29-29. Pemain/pasangan pertama yang mencapai mata 30 dikira sebagai pemenang.
Dalam acara perseorangan jika pemain mendapat mata genap servis dilakukan disebelah kanan gelanggang pemain dan sebaliknya. Dalam acara beregu jika mata genap pemain sebelah kanan akan membuat servis dan sebaliknya.
iii.            Masa Rehat
Setelah mana-mana pemain atau pasangan mencapai mata 11, rehat selama 60 saat akan diberikan. Rehat antara game selama dua minit diberikan apabila sesuatu game tamat.
iv.           Servis
Tidak boleh melengah-lengahkan servis selepas mengayun raket ke belakang. Pemain yang membuat servis dan menerima servis tidak dibenarkan memijak garisan gelanggang dan tidak boleh bergerak sebelum servis dibuat.
Kedua-dua belah kaki sentiasa menyentuh lantai gelanggang dan dalam keadaan statik. Bahagian gabus bulu tangkis perlu disentuh dahulu semasa membuat servis. Bulu tangkis mesti berada di bawah paras pinggang dan batang (shaft) mesti menghala ke bawah semasa melakukan servis. Servis dilakukan setelah penerima telah bersedia.
v.            Servis Batal
Ø  Dalam acara beregu, bulu tangkis disentuh oleh rakan sebelum penerima yang sepatutnya menerima servis.
Ø  Bulu tangkis melepasi bawah jaring.
Ø  Bulu tangkis jatuh di luar         gelanggang servis.
Ø  Bulu tangkis melekat seketika di permukaan raket.
Ø  Bulu tangkis dipukul dua kali berturut-turut.
Ø  Bulu tangkis sangkut di jaring setelah melepasi jaring semasa       membuat servis.
vi.           Servis Semula (Let)
Diberi sekiranya:
Ø  Penerima belum bersedia dan tidak mencuba.
Ø  Pembuat servis dan penerima melakukan kesalahan serentak.
Ø  Bulu tangkis melekat di jaring selepas melepasi       jaring  semasa rali.
Ø  Semasa permainan gabus       pada bulu tangkis tercabut.
Ø  Pemain diganggu oleh jurulatih pihak lawan.
Ø  Pengadil tidak dapat membuat keputusan.
vii.          Larangan Untuk Pemain
Ø  Jangan sengaja melambat-lambatkan permainan.
Ø  Jangan sengaja merosakkan atau mengubah suai bulu       tangkis untuk menukar kelajuan.
Ø  Tidak memijak garisan semasa membuat servis, menyentuhi jaring atau pemain menyentuhi papan iklan.
Ø  Tidak berkelakuan kasar,        menggertak,  menghasut atau melakukan perkara yang boleh menggangu permainan lawan.
Ø  Jangan meninggalkan gelanggang tanpa       kebenaran pengadil dan mempertikaikan keputusan pengadil.
viii.         Batal Berlaku Sekiranya
Ø  Menyentuh        jaring atau tiang dengan anggota badan, raket atau pakaian.
Ø  Raket melepasi atas atau        bawah          jaring dan mengganggu pihak lawan.
Ø  Mengganggu pihak lawan        dengan laungan kuat         atau menggunakan isyarat tangan.
ix.           Perlawanan Perseorangan
Pemain akan membuat servis pertama         dari petak servis kanannya. Mata genap di petak kanan dan kiri bagi mata bilangan ganjil.
Ø  Pembuat servis akan membuat servis secara melintang      kepada pihak lawan.
Ø  Pemain yang menang dalam permainan        pertama akan          memulakan servis dalam permainan berikutnya.
x.            Perlawanan Beregu
Ø  Pada permulaannya, pembuat servis pertama         akan membuat servis dari gelanggang servis kanan.
Ø  Pasangan beregu yang menang rali akan bertukar petak servis dan lawan kekal dalam petak servis masing-masing.
Ø  Jika pembuat servis itu kalah dalam rali, servis akan diberikan kepada     pihak lawan.
Ø  Semasa membuat servis, rakan pembuat servis dan rakan penerima       servis boleh berdiri di mana-mana tempat dalam petak tetapi tidak menghalang pandangan pembuat servis dan penerima servis.
Ø  Pasangan yang menang pertandingan itu, akan       memulakan pertandingan berikutnya.
Ukuran
i.              Jaring

ii.             Gelanggang
Ø  Bentuk gelanggang badminton berbentuk segi empat tepat berukuran 13.40m x 6.10 m. Lebar garisan 40mm.
Ø  Untuk perseorangan dan beregu, kawasan garisan pendek dikira keluar (out) semasa servis.
Ø  Dalam beregu, kawasan antara garisan belakang gelanggang (long) dan garisan servis beregu (short) adalah luar (out) semasa servis.
Ø  Dalam beregu, kawasan gelanggang 6.10m x 13.40 m digunakan.
Ø  Gelanggang perseorangan ialah 5.18m x       13.40m.
PERALATAN DAN PAKAIAN

ALATAN
GAMBAR
PENERANGAN
Raket
Raket diperbuat daripada besi, aluminium atau grafit. Umumnya raket dibahagikan kepada dua jenis iaitu raket dua bahagian dan raket satu bahagian. Raket dua bahagian kepalanya disambung ke bahagian batang dengan satu aloi zink berbentuk T dan raket satu bahagian dibentuk di bawah suhu dan tekanan tinggi.
Bulu Tangkis
Terdapat dua jenis bulu tangkis iaitu yang diperbuat daripada bulu angsa dan nilon plastik. Bulu tangkis bulu mempunyai lebih sesuai berbanding dengan bulu tangkis nilon plastik.
Bulu tangkis bulu diperbuat daripada bulu lurus angsa. Bulu tangkis dibuat untuk pelbagai keadaan serta kelajuan yang berbeza.
Tiang Dan Jaring
Tinggi jaring ialah 1.524 meter dari lantai diukur titik tengah gelanggang ke atas jaring. Tiang tidak melebihi daripada 1.55 meter dan diletakkan di garisan tepi gelanggang.

Gelanggang
Gelanggang badminton berbentuk empat segi
bujur berukuran 13.40 meter panjang dan lebar 6.1 meter. Terdapat tiga jenis permukaan gelanggang yang digunakan bagi permainan badminton iaitu permukaan sintetik, parket dan konkrit. Lantai gelanggang harus berwarna gelap. Garisan gelanggang (4 sm lebar) hendaklah berwarna terang putih atau kuning.

2 comments:

  1. nama blogger for my assighment

    ReplyDelete
  2. MAIN GAME DAPAT UANG YUK DI LIGABINTANG!!

    BONUS DEPOSIT HARIAN 10%!
    BISA DEPOSIT PULSA DAN E-WALLET
    GAME TERLENGKAP, BARU DAN DAPAT BOCORAN RTP MAXWIN
    ✅Minimal Deposit 50rb ✅Minimal Withdraw 50rb
    AYO DAFTAR BOSKU ^^

    WA : +855 96 399 1241 Link : linkliga.com

    ReplyDelete