3.
KESELAMATAN
DAN KECEDERAAN DALAM SUKAN
a.
Keselamatan Sukan
Penglibatan dalam sukan mempunyai
banyak aspek positif ke atas kehidupan seseorang. Namun demikian seseorang itu
harus mengetahui dan mengambil langkah-langkah pencegahan untuk mengelakkan
diri dari mengalami kemalangan semasa melibatkan diri dalam aktiviti sukan yang
diminati.
Pakaian dan peralatan sukan
(i) Pakaian
Pakaian sukan harus selesa, sesuai
dengan saiz tubuh badan dan membenarkan penyejatan peluh berlaku. Pakaian yang dibuat
daripada kapas adalah yang paling sesuai digunakan dalam cuaca negara kita
kerana ia membenarkan peluh diserap dan disejatkan. Ini mengelakkan peningkatan
suhu
badan.
Pakaian yang terlalu ketat akan
menjerutkan peredaran darah dan akan membawa kesan yang buruk kepada atlit.
(ii) Peralatan
Peralatan yang sesuai dengan umur,
ketinggian dan keupayaan fizikal individu itu bukan sahaja dapat membolehkan
individu itu menikmati aktiviti sukan yang diceburi malah dapat mengurangkan
risiko kecederaan. Kayu hoki, kasut bola, reket tenis yang dibuat khas mengikut
saiz badan dan keupayaan fizikal harus digunakan terutamanya oleh kanak-kanak
dan remaja.
Selain itu, peralatan perlu sentiasa
berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan.
(iii) Peralatan keselamatan
Semua pemain harus memakai peralatan
keselamatan semasa bersukan. Sebagai
contoh, shin pad, abdominal guard, mouth guard, helmet
dan sarung tangan yang dapat melindungi mereka daripada kecederaan.
(iv) Peraturan pertandingan
Penganjur pertandingan peringkat umur
harus mengutamakan keselamatan terutamanya dalam peraturan pertandingan sesuatu
sukan. Sebagai contoh, sukan ragbi sentuh tidak membenarkan seorang pemain
membuat tackle dan sukan kancil kriket hanya menggunakan bola getah yang
lembut, sukan gimnastik tidak melibatkan gerakan kuang hadapan dan belakang
untuk mereka yang muda (6-10 tahun).
Peraturan pertandingan sesuatu
permainan boleh diubah suai mengikut keadaan dengan memberi keutamaan kepada aspek-aspek
keselamatan.
(v) Padang dan gelanggang
Tempat permainan seperti padang dan
gelanggang harus mempunyai ciri-ciri keselamatan dan tidak bahaya kepada pengguna.
Contohnya, padang harus rata dan tidak berlubang yang boleh mengakibatkan
pemain terseliuh. Tiang gol dalam keadaan baik dan tidak berkarat. Gelanggang
sukan tidak mempunyai objek-objek asing atas permukaan dan di sekeliling yang
boleh mencederakan penggunanya.
Memanaskan
badan
Aktiviti
memanaskan badan adalah penting sebelum memulakan sesuatu aktiviti fizikal atau
pertandingan kerana ia membawa faedah kepada fizikal dan mental seseorang itu.
(i)
Tujuan memanaskan badan
v Meningkat suhu dalam badan
(core body temperature) dan suhu dalam otot.
v Ketegangan dalam otot juga
akan berkurangan dan ini menyebabkan otot itu
menjadi ‘releks’. Kelebihan membolehkan pergerakan eksplosif
seperti
menendang bola atau berlari pecut di
mana aksi-aksi tersebut melibatkan
penguncupan sekumpulan otot besar
dan disusuli dengan regangan maksimum
otot-otot tersebut.
v Aktiviti memanaskan badan
dengan peningkatan intensiti pergerakan juga
membolehkan jantung, paru-paru dan saluran
darah menyesuaikan diri terhadap
peningkatan kadar kerja mereka. Ini
akan mengurangkan tekanan (stress) dan
risiko kecederaan kepada jantung.
v Pemain yang melakukan
aktiviti memanaskan badan yang cukup juga akan
berasa lebih yakin terhadap diri
sendiri dan membolehkannya memberi tumpuan
yang sepenuhnya terhadap permainan
atau objektif yang ditetapkan untuk
dicapai pada sesi latihan.
v Otot menerima darah yang
mencukupi.
v Risiko kecederaan kurang.
v Raptai pergerakan sebelum
lakuan sebenar.
v Fisiologi
-
reaksi
enzim lebih cepat daripada suhu badan tinggi, kurang asid laktik,
kurang kesesuaian.
-
mental
set.
-
tindak
balas jantung.
Menyejukkan badan
Fisiologi menyejukkan badan bertujuan
untuk mengembalikan fungsi kepada keadaan rehat secara progresif.
Fungsi fisiologi yang dimaksudkan
ialah:
v Fungsi denyutan jantung.
v Fungsi pernafasan.
v Fungsi peredaran darah.
v Fungsi otot-otot rangka.
Salah satu faktor fisiologi dalam
melakukan aktiviti secara progresif penyejukan badan ialah asid laktik yang
terkumpul semasa aktiviti fizikal akan dapat diuraikan dalam otot dan
organ-organ lain.
Aktiviti menyejukkan badan melibatkan
dua aktiviti utama iaitu regangan dan aktiviti berintensiti yang rendah. Aktiviti
regangan semasa menyejukkan badan dapat mengurangkan kelesuan otot dan juga
meningkatkan keanjalan otot, tendon dan ligamen kerana suhu dalaman mereka
adalah tinggi sebaik sahaja aktiviti fizikal utama.
Aktiviti gerakan badan dapat
mempercepatkan kembalian darah ke jantung dan mengembalikan darah yang telah
dipamkan oleh jantung ke hujung anggota badan seperti kaki dan tangan semasa
aktiviti sukan utama. Sekiranya seseorang itu berhenti serta merta setelah satu
sesi aktiviti sukan yang lama dan berintensiti tinggi, pengumpulan darah (blood
pooling) akan terbentuk di kaki atlit tersebut. Ini akan menurunkan tekanan
darah dalam badan kerana kekurangan darah. Akibatnya atlit itu akan rasa
pening, loya atau mungkin pengsan.
Rajah Contoh pergerakan memanas dan menyejukkan
badan
Keperluan cecair
Aktiviti sukan yang berpanjangan dan
berintensiti tinggi boleh mengakibatkan kehilangan cecair badan melalui peluh
sebanyak 2-3 liter setiap jam. Kehilangan ini mewakili kehilangan sebanyak
6-10% daripada berat badan.
Rasa kedahagaan atau kekeringan tekak
bukan satu indikator baik bagi menunjukkan badan kehilangan air. Seseorang atlit harus minum air yang banyak
sebelum, semasa dan selepas sesuatu sesi aktiviti fizikal. Air sejuk merupakan cecair yang paling sesuai
untuk diminum.
Suhu badan individu yang normal ialah
37°C. Semasa aktiviti fizikal yang lama dan berintensiti tinggi, badan akan
menghasilkan kuantiti haba yang banyak. Haba dihasilkan daripada metabolism karbohidrat
dan lemak otot untuk menghasilkan tenaga. Haba juga diserap dari bahang cahaya
matahari, udara panas dan sentuhan antara kaki dengan permukaan tanah.
(i)
Imbangan cecair dan elektrolit
Pengeluaran peluh yang banyak mengakibatkan kehilangan air dan
elektrolit
daripada badan. Kehilangan air
adalah lebih kritikal sekiranya tidak digantikan.
Kebanyakan atlit hilang 8-12% daripada berat badan mereka apabila melakukan
aktiviti fizikal dalam keadaan cuaca panas dan lembap (humid).
Kehilangan air ini mengakibatkan penurunan
isipadu plasma darah. Elektrolit
(ion Na+ dan Cl) yang mengawal kandungan air
dalam badan apabila hilang
melalui perpeluhan, tidak akan dapat
mengawal keseimbangan air dan
elektrolit.
Penurunan kandungan air dalam plasma darah
mengakibatkan penurunan
tekanan darah. Jantung terpaksa mengepam dengan lebih kerap dan laju
untuk mengekalkan keluaran kardiak agar darah dapat dihantar ke otot
yang
sedang bekerja. Ini akan
mengakibatkan penurunan kadar peredaran darah
di bawah permukaan kulit kerana lebih
darah diperlukan untuk membekalkan
nutrien dan oksigen ke otot. Kesan
pengalihan peredaran darah ini menunjukkan
peningkatan suhu badan dan mengakibatkan
stress haba.
Stres
haba
Pendedahan kepada bahang matahari dan
cuaca lembap (humid) yang keterlaluan semasa menjalankan aktiviti bersukan
boleh mengakibatkan stres haba. Kehilangan haba badan melalui proses perpeluhan
boleh terjejas sekiranya kelembapan udara persekitaran adalah tinggi
(65-75%). Oleh kerana udara persekitaran
lembap peluh tidak dapat disejatkan.
(i) Kekejangan otot (muscle cramp)
Kekejangan otot yang
sering berlaku di otot betis dan abdomen akibat stres haba. Kekejangan otot ini berkaitan dengan
ketidakseimbangan antara air dan elektrolit dalam badan. Ketidakseimbangan ini
berlaku kerana kehilangan air dan elektrolit melalui perpeluhan. Elektrolit
seperti natrium (Na+) dan klorida (Cl-) diperlukan untuk mekanisme penguncupan
otot. Kekurangan elektrolit ini
mengakibatkan kekejangan dalam otot.
(ii) Kehilangan air berlebihan (heat
exhaustion)
Kehilangan air melalui perpeluhan dan
tidak diganti boleh mengakibatkan
seseorang itu rebah, peluh tidak berhenti, pucat, pening dan loya serta
denyutan nadi yang laju.
Rawatan yang diperlukan ialah meminum
air yang banyak dan berehat di kawasan yang sejuk. Sekiranya tidak dirawat
boleh mengakibatkan strok haba.
(iii) Strok haba (heat stroke)
Strok haba adalah keadaan yang lebih
teruk daripada kekejangan otot dan kehilangan air badan berlebihan. Strok haba boleh mendatangkan maut jika tidak dirawat segera.
Punca spesifik strok haba tidak diketahui tetapi ciri-ciri
keadaan ini ialah pengsan, kulit yang
kering dan suhu badan yang meningkat hingga 41°C dan badan tidak dapat mengeluarkan
peluh. Kesan yang serius ialah gangguan pada sistem saraf pusat.
Strok haba boleh bertukar
secara tiba-tiba tanpa amaran.
Rawatan harus dilakukan
dalam masa 45 minit selepas mengalami strok haba. Keutamaan di sini ialah menurunkan suhu badan
mangsa. Tanggalkan semua pakaian
daripada mangsa, curahkan air sejuk ke atas badannya dan kipaskan
mangsa tersebut. Hantarkan
mangsa secepat mungkin ke hospital. Pesakit tidak boleh diberi minuman
langsung. Pemberian cecair ke dalam badan hanya melalui ‘intravenous drip’ yang
segera.
Cara mengelakkan stres haba
(i) Menyesuaikan diri dengan keadaan
cuaca dan suhu yang panas sekurang-
kurangnya seminggu sebelum hari pertandingan.
(ii) Minum air sebelum, semasa dan selepas sesuatu sesi latihan
atau pertandingan
dapat mengelakkan stres haba.
Walaupun minuman isotonik mengandungi elektrolit yang boleh menggantikan elektrolit yang hilang namun air sejuk adalah
cecair yang paling baik untuk diminum.
(iii) Pakaian yang diperbuat dari
100% kapas adalah yang paling sesuai dalam cuaca
yang panas sebab kapas membenarkan
penyejatan peluh yang maksimum. Lebih
40% daripada kehilangan haba berlaku di bahagian
kepala. Oleh itu topi yang
dipakai hendaklah diperbuat daripada
kapas.
(iv) Elak daripada berlatih dalam
cuaca panas. Masa antara 11.00 pagi – 4.00 petang
adalah masa yang paling panas dan jika boleh jangan berlatih atas permukaan
panas seperti simen dan bitumen.
b. Kecederaan Sukan
Jenis kecederaan
(i) Kecederaan tisu lembut
Tisu lembut dalam badan merangkumi kulit,
salur darah, saraf, otot, tendon,
ligamen, kelenjar dan lapisan yang
melindungi organ-organ tubuh.
v Kekejangan otot
Kekejangan otot adalah kesakitan yang dialami di otot-otot besar di
badan hasil penguncupan amat
laju dan dalam jangka masa yang lama.
Faktor-faktor yang menyebabkan kekejangan:
-
Dehidrasi
(kehilangan cecair dalam badan).
-
Kelesuan.
-
Hentakan
atau pukulan ke atas otot-otot.
Kekejangan otot boleh di atasi dengan
meregang otot tersebut secara statik.
Contoh otot yang selalu mengalami kekejangan ialah otot betis bagi atlit
lumba lari dan pemain bola sepak. Sekiranya kesakitan masih berterusan setelah aktiviti
meregangkan otot tersebut, hentikan rengangan kerana otot tersebut mungkin
mengalami kecederaan yang lain.
(ii) Ketegangan otot (strain)
Ketegangan otot berlaku apabila
fiber-fiber sesuatu otot mengalami kecederaan.
Tempat yang selalu berlakunya ketegangan otot ialah otot hamstring
selepas sesuatu aktiviti larian pecut.
Ketegangan otot adalah hasil daripada
mekanisme badan melindungi otot-otot tersebut daripada kecederaan yang lebih teruk.
Ketegangan otot biasanya melibatkan
fiber otot terkoyak. Seseorang yang mengalami ketegangan ringan akan mengalami
kesakitan dalam pergerakan aktif.
Ketegangan yang lebih serius akan mengakibatkan pengumpulan darah
sehingga seseorang itu tidak dapat
menggerakkan anggota badan yang mengalami ketegangan otot.
(iii) Sengal-sengal otot
Kita sering mengalami sengal-sengal otot setelah melakukan aktiviti
fizikal
yang tidak biasa atau sudah lama tidak aktif dalam sukan. Kecenderungan
mengalami sengal otot berhubungkait dengan umur. Terdapat dua jenis
sengal otot:
v Kesakitan yang keterlaluan
dan diikuti dengan kelesuan. Ia berlaku sebaik sahaja tamat sesuatu aktiviti
fizikal.
v Kesakitan yang tertangguh
selepas 12 jam melakukan aktiviti fizikal.
Terdapat
beberapa sebab kesengalan otot ini berlaku. Salah satu sebab
ialah terdapat kekoyakan kecil pada fiber otot dan juga kekejangan otot
akibat daripada kekurangan bekalan oksigen ke otot.
Sengal otot boleh dielakkan dengan melakukan aktiviti pada kadar yang
rendah dan tingkatkan intensiti aktiviti tersebut secara berperingkat.
(iv) Luka
Luka boleh melibatkan kecederaan dari luar kulit dan juga dari dalam
(dihiris
atau dipotong oleh tulang yang patah). Jenis-jenis luka terdiri daripada:
v Abrasi – cakaran pada permukaan kulit.
v Potongan – terkena objek
yang tajam.
v Tebukan – ditebuk oleh objek yang tajam seperti
‘spike’ kasut, paku.
Luka ini adalah dalam dan
mengakibatkan kerosakan salur darah.
(v) Lebam akibat kontusi
Kontusi ialah hentakan terus objek ke atas permukaan luas atau tisu
lembut.
Sekiranya hentakan itu adalah kuat, kapilari darah akan pecah dan darah
terkumpul di tempat hentakan itu.
Warna biru-gelap akan terbentuk di bawah
kulit. Sekiranya tempat yang sama terkena hentakan berulang kali,
mendakan
kalsium akan terbentuk di kawasan tersebut
mengakibatkan tempat itu
mengalami kesukaran untuk bergerak.
Cara mencegah hentakan berulang ialah melindungi kawasan itu dengan
‘pad’ seperti pada siku dan lutut.
(vi) Kecederaan tisu keras
Tisu
keras melibatkan semua tulang dan sendi badan. Tulang patah akibat
stress yang tinggi ke atas tulang.
Tulang
panjang seperti femur atau humerus mengambil masa lebih kurang 6
minggu untuk sembuh. Sementara tulang-tulang
kecil lain memerlukan 3-4
minggu. Sebaik sahaja simen atau plaster
dibuka, tulang itu hendaklah
dikenakan tekanan dan latihan beban untuk
mengembalikan kekuatan tulang
itu.
(vii) Dislokasi
Dislokasi berlaku apabila hujung tulang yang membentuk sendi itu
tercabut
atau terkeluar dari tempat lekatannya. Tisu-tisu lembut seperti otot, ligamen,
tendon dan salur darah akan mengalami kecederaan apabila dislokasi berlaku.
Dislokasi sering berlaku di bahagian sendi bahu. Dislokasi biasanya mengakibatkan kehilangan (deformiti) bentuk sesuatu
sendi itu.
(viii) Kecederaan kepala
Konkusi ialah hentakan ke atas kepala yang biasanya trauma otak. Konkusi
biasanya berlaku dalam sukan kontek seperti bola sepak, ragbi, hoki,
tinju
dan sukan mempertahankan diri.
Kerap
kali atlit yang mengalami konkusi akan merasa loya dan hilang
imbangan seketika walaupun kes amnesia
jarang berlaku. Simptom konkusi
tidak
jelas kelihatan dan mangsa harus dirujuk kepada pakar perubatan
secepat mungkin.
Pengurusan kecederaan/bantu mula
Semua kecederaan sukan yang dialami
semasa bertanding atau latihan mestilah diuruskan dan diperiksa untuk
menentukan sama ada mangsa itu dibenarkan meneruskan latihan atau beraksi atau dirujuk
dengan segera kepada pakar perubatan.
Terdapat beberapa kaedah pengurusan
menilai kecederaan sukan.
(a)
TOTAPS
Talk - bolehkah mangsa itu bercakap,
bertanya kepadanya peringkat
kesakitan dan tempat
kecederaan.
Observe - perhatikan dan periksa tempat
kecederaan dan keadaan mangsa
terutamanya kecederaan
yang dialami ke atas kepala mangsa.
Touch - rasakan tempat kecederaan,
periksa sebarang bengkak atau
deformiti anggota badan
tersebut.
Active Movement - suruh mangsa gerakkan
anggota badan yang cedera,
sekiranya
mangsa rasa sakit rujuk kepada pakar
perubatan dengan
segera.
Passive Movement - gerak perlahan
bahagian yang tercedera untuk periksa
tahap
kecederaan. Rengangkan otot dan benarkan
mangsa kembali beraksi setelah pasti
dengan sepenuhnya
kecederaan
tidak serius.
Stand
- suruh mangsa itu berdiri, jalan, lari dan lompat untuk mempastikan
tahap kecederaan. Benarkan
mangsa sambung bermain bila tiada
tanda kecederaan yang
khusus.
(b) DRABC
Kaedah ini digunakan untuk memberi bantu
mula kepada mangsa yang tidak
sedarkan diri atau mengalami kejutan.
Danger - pastikan mangsa bebas dari
bahaya sekitarnya contohnya jika
mangsa tersepit,
singkirkan bendasing yang menyepitnya.
Response
- cuba gerakkan atau perhatikan sebarang gerakbalas mangsa
untuk mengetahui
keadaan sebenar. Panggil nama, tanyakan
keadaan, sentuh dan
rasa bahagian badan untuk melihat sebarang
respons.
Airway
- pastikan salur pernafasan tidak tersekat. Periksa hidung dan mulut
mangsa agar tiada bendasing menghalang
salur pernafasan.
Breathing
- periksa sama ada mangsa masih bernafas melalui hidung atau
mulut. Sekiranya tiada
berikan bantuan pemulihan pernafasan
dengan segera.
Circulation
- maksud peredaran darah. Periksa kadar denyutan nadi yang
rendah menunjukkan denyutan
jantung yang lemah. Jika
terdapat punca
kehilangan darah seperti luka, balut dan tutup
luka tersebut.
(c) RICE
Tindakan
awal ini diberikan untuk tujuan berikut:
v Mencegah tisu-tisu lembut
lain daripada mengalami kecederaan.
v Mengurangkan kesakitan
yang dialami.
v Mengurangkan dan
menurunkan bengkak.
v Mengekalkan kecergasan
sementara bahagian kecederaan yang cedera.
v Mengembalikan keyakinan
mangsa terhadap bahagian yang cedera.
v Mencegah berlaku semula
kecederaan yang sama.
Pengurusan RICE ini adalah sesuai untuk
kecederaan tertentu seperti
terseliuh, dislokasi, hentakan, sengal,
retak dan kontusi, ketegangan dan
kekejangan otot.
Rest
- setelah mendapat kecederaan, mangsa harus direhatkan. Sebarang
pergerakan yang diteruskan
ditempat yang cedera akan mengakibatkan
pengaliran darah meningkat atau berterusan dan ini memburukkan lagi
kecederaan.
Ice
- ais yang dibalut dengan kain atau plastik didemah ke atas tempat yang
cedera. Kecederaan yang tidak
melibatkan luka terbuka sesuai diberi
rawatan ini. Jangan benarkan ais secara langsung ke atas tempat
cedera kerana akan mengakibatkan
‘ice-burn’ dan mematikan sel-sel di
sekeliling tempat yang cedera. Demahan
ais ini menurunkan suhu tisu
dan sel yang telah mengalami kecederaan
dan dapat memulihkan sel
yang rosak dengan lebih cepat.
Compression - bahagian yang cedera harus dibalutkan untuk mengelakkan
bengkak yang keterlaluan.
Elevation
- meninggikan bahagian yang cedera memudahkan dan
mempercepatkan pengembalian
darah masuk ke jantung. Ini
mengurangkan pendarahan
terhadap tempat yang cedera.
Bahagian yang luka harus lebih tinggi
daripada paras jantung.
Rawatan kaedah ini perlu dilakukan untuk
48 jam yang pertama. Walau
bagaimanapun, rujukan pakar perubatan
harus dijalankan secepat mungkin.
Dalam tempoh masa tersebut atlet tidak digalakkan
menjalani urutan sukan
kerana boleh menimbulkan banyak
komplikasi.
Terapi kecederaan sukan
Rehabilitasi atau pemulihan seorang
atlit yang cedera biasanya dirancang dan diuruskan oleh fisioterapis atas
arahan pakar perubatan.
Kecederaan ke atas sendi dan otot
mungkin tidak dipulihkan melalui rehat sahaja melainkan keadaan yang ringan.
Seorang atlit perlu menjalani rawatan pemuliharaan atau rehabilitasi untuk mengembalikan
bahagian yang cedera itu ke keadaan asal. Antara faktor yang diambilkira semasa
rehabilitasi ialah:
v Menguatkan otot, ligamen
dan tendon yang telah pulih dari kecederaan.
v Memulihkan tahap
kecergasan atlit ke keadaan asal.
v Meningkatkan julat
pergerakan dan kestabilan sendi atau otot.
v Mengembalikan keyakinan
atlit terhadap keupayaannya.
(a) Fisioterapi
Fisioterapi
ialah kaedah perawatan yang dijalankan oleh ahli fisioterapi yang terlatih di
atas arahan doktor perubatan. Objektif utama fisioterapi sukan ialah membantu
mempercepatkan kadar penyembuhan sesuatu kecederaan sukan. Matlamatnya ialah mengembalikan
atlit yang cedera itu kepada keadaan asal dan bersedia untuk beraksi atau
berlatih. Antara teknik-teknik rawatan oleh ahli fisioterapi ialah seperti
berikut:
(i)
Elektroterapi
Penggunaan beberapa alatan
elektronik yang sesuai ke atas otot atau
sendi yang cedera. Ini
bertujuan supaya dapat merangsang peredaran
darah ketempat yang cedera.
Contoh alat fisioterapi yang sering
digunakan ialah mesin ultrasound,
shortwave diathermy, laser therapy
dan interferential.
(ii)
Hidroterapi
Hidroterapi ialah rehabilitasi
yang menggunakan air untuk memulihkan
kecederaan. Atlit boleh menjalankan latihan kecergasan
dalam permulaan
dengan bantuan daya apungan
air. Air dapat mengapungkan atau
menyokong berat badan seseorang
itu semasa beliau menjalankan latihan
kecergasan. Ini mengurangkan daya hentakan
yang dikenakan ke atas
anggota badan atlit tersebut.
(iii) Terapi Haba (Heat Therapy)
Terapi haba digunakan ke atas kecederaan yang tidak melibatkan
luka terbuka. Terapi jenis ini harus
diawasi dan dipantau agar darjah
kepanasan terapi tidak menjadi
terlalu tinggi hingga membakar tisu-
tisu atau sel-sel tempat
rawatan terapi itu.
Terapi haba meningkatkan relaksasi
otot dan mengurangkan kesakitan
tempat yang mengalami
kecederaan. Terapi haba meningkatkan
peredara darah ke kawasan yang cedera
dengan itu membolehkan lebih
banyak nutrien dan oksigen dihantar
untuk membaiki kerosakan tisu dan sel
sementara mengangkut hasil
buangan seperti karbon dioksida dari
tempat tersebut.
Alatan dan cara yang digunakan
dalam terapi haba:
v Rendam bahagian yang
cedera dalam air yang suhu antara 40-41°C selama 10-20 minit.
v Pundi gel yang dipanaskan
juga boleh diletakkan ke atas tempat yang cedera. Perhatian harus diambil ke
atas kulit atau tempat meletak pek ini agar ia tidak melecur akibat terlalu
panas atau terlalu lama.
(b)
Urutan
Sukan
Satu daripada bentuk rawatan
kecederaan sukan termasuk urutan yang
diberi kepada otot-otot tertentu.
Setelah mengenalpasti tiada terdapat
faktor-faktor kontradiksi seperti
kecederaan akut, luka, patah dan
demam
panas.
asslammualaikum, mcm mana nk rujuk buku berkenaan ini..mohon tajuk buku yang disyorkan
ReplyDeleteAsslammualaikum , saya ingin mengetahui siapakah yang memiliki blog ini. Saya memerlukan sebagai sumber rujukan untuk kerja kursus sains sukan saya. Tolong lahh.
ReplyDeletemay I know who is the writer of this article please?
ReplyDelete