SISTEM PERTANDINGAN KALAH
MATI
OBJEKTIF
-
Mengenal
pasti sistem pertandingan kalah mati
-
Merancang
pertandingan mengikut prosedur pengendalian
-
Menyediakan
kertas kerja pengelolaan pertandingan kalah mati
-
Melakukan
penilaian dan meyediakan pelaporan pertandingan
PENGENALAN
Sesuatu pertandingan diwujudkan untuk mencari pemenang
atau juara dalam sesuatu jenis sukan disamping untuk memberi keseronokan.
Pertandingan juga diwujudkan khas untuk mencari, menilai dan memilih pemain
yang berpotensi serta berkemahiran dalam permainan tersebut. Sesuatu
pertandingan boleh dijalankan dengan menggunakan beberapa sistem pertandingan
yang berbeza. Antaranya ialah system liga, kalah mati dan cabar-mencabar. Namun
begitu, beberapa aspek lain perlu diambil kira sebelum menentukan sistem
pertandingan yang harus digunakan dalam sesuatu kejohanan. Antaranya :-
·
Masa
yang diperuntukan
·
Alatan
dan kemudahan yang ada
·
Kewangan
·
Bilangan
penyertaan, undang-undang dan peraturan
·
Penentuan
pemenang yang sah
·
Agihan
perlawanan yang adil
·
Jenis
pertandingan
DEFINISI
Pertandingan cara ini paling mudah dan ringkas
dikelolakan. Pemenang akan terus bertanding manakala yang kalah akan
tersingkir. Sistem ini sangat sesuai dalam mengelolakan pertandingan yang
terdapat banyak penyertaan tetapi kekurangan masa, sumber kewangan, tempat,
kemudahan, peralatan dan sumber manusia. Sistem ini bukan cara yang terbaik
untuk mengukur keupayaan sesuatu pasukan atau peserta.
KELEBIHAN
·
Boleh
dijalankan dalam masa yang singkat
·
Cepat
memilih pemenang
·
Boleh
dijalankan dengan peralatan yang terhad
·
Seronok
untuk ditonton
·
Penyertaan
ramai
KELEMAHAN
·
Pasukan
yang menjadi johan, boleh jadi bukan yang benar-benar terbaik
·
Separuh
daripada pasukan akan terkeluar selepas pusingan pertama
·
Kemungkinan
ada di antara pemain dari pasukan yang kalah, langsung tiada peluang bermain
SISTEM KALAH MATI DENGAN “BYE”
Jumlah pasukan atau penyertaan tidak mencukupi atau
melebihi asas lapan. “BYE” bermaksud kumpulan atau peserta perlu menunggu tanpa
memasuki pusingan pertama. Pasukan tersebut boleh terus bertanding dalam
pusingan kedua dan seterusnya.
SISTEM KALAH MATI TANPA “BYE”
Jumlah pasukan atau peserta berasaskan lapan atau lebih.
Contohnya 8, 16, 24, 32 dan seterusnya.
LANGKAH PENGELOLAAN PERTANDINGAN
ADALAH SEPERTI BERIKUT :
a.
Bilangan
peserta menunggu (bye)
Cara mengira bilangan pasukan atau
peserta menunggu (bye). Bilangan menunggu (bye) dalam system pertandingan ini
boleh dikira dengan menggunakan angka ganda atau iaitu angka 2, 4, 8, 16, 32
dan seterusnya.
Formula
system kalah mati :-
Cara mengira jumlah
perlawanan :
= N – 1
Cara mengira bilangan
bye :
= kuasa dua (2ⁿ) – N , n
= 1, 2, 3, 4,5…
Cara mengira jumlah
perlawanan dalam pusingan pertama :
= N – bye
2
·
N merujuk kepada jumlah
peserta yang bertanding
Perbandingan bilangan
penyertaan pasukan dengan penggunaan angka kuasa 2 untuk mendapat bye. Angka
kuasa 2 mesti melebihi jumlah pasukan yang mengambil bahagian.
Angka Pangkat 2 (2ⁿ)
|
Jumlah pasukan yang
mengambil bahagian (N)
|
Jumlah pasukan
menunggu atau bye
|
2¹
|
2
|
-
|
2²
|
3
|
1
|
2²
|
4
|
-
|
2³
|
5
|
3
|
2³
|
6
|
2
|
2³
|
7
|
1
|
2³
|
8
|
-
|
2
|
9
|
7
|
2
|
10
|
6
|
2
|
11
|
5
|
2
|
12
|
4
|
2
|
13
|
3
|
2
|
14
|
2
|
2
|
15
|
1
|
Peserta menunggu adalah
dari kalangan johan, naib johan, tempat ketiga, dan keempat dalam pertandingan
sebelumnya.
b.
Penempatan pasukan
pilihan atau seeded.
v Peserta pilihan ditempatkan simetrikal
v Jika terdapat dua peserta menunggu, maka peserta
menunggu pertama diletakkan di bahagian atas dan peserta kedua akan diletakkan
di bahagian bawah.
v Jika terdapat empat peserta, peserta menunggu
pertama dan keempat berada di dalam kumpulan atas manakala peserta menunggu
kedua dan ketiga akan berada di dalam kumpulan bawah.
v Sekiranya peserta menunggu itu dalam angka
ganjil, maka penanti seterusnya akan diletakkan di kumpulan bawah.
CARTA PERLAWANAN UNTUK 12 PASUKAN
·
Pertandingan
kalah mati sekali bagi 12 pasukan dengan 4 bye
KESIMPULAN
Sistem kalah mati boleh diaplikasikan dalam hampir semua
permainan terutamanya pertandingan skuasy, ping pong, badminton dan tenis.
Dalam sistem ini juga, tidak akan wujud pengakhiran keputusan seri dan setiap
permainan mesti berkeputusan seorang petanding menang dan satu lagi kalah.
permainan tenis dgn 2 gelanggang sistem pertandingan kalah mati ke? bil pasukan ada 30.
ReplyDeleteya
Deleteniceeeeeeeee🤓🤓🤓
ReplyDeleteNicee gak.. Wish me luck for spm 2021
ReplyDeleteNak cium sikit
Deletesemonga anda dapat keputusan yang cemerlang!!!
DeleteUntuk 16 pasukan
ReplyDeleteLike komen aq
DeleteUntuk 16 pasukan
ReplyDeleteUntuk 15 pasukan
ReplyDeleteMcm mana carta perlawanan sistem 2 kali kalah kelur utk 7 pasukan
ReplyDeletenettball..salah satu permainan guna sistem kalah mati ke?
ReplyDelete25 pasukan berapa bye
ReplyDeleteUntuk 17 pasukan?
ReplyDeletehai nak tanya, ni soalan saya. rangka jadual menggunakan sistem kalah mari yang dimainkan oleh 11 pasukan dengan perlawanan tempat ketiga dan keempat. macam mana nak tunjukkan perlawanan tempat ketiga dan keempat tu dalam jadual ya?
ReplyDelete2 meja pingpong perlawanan kalah mati ke?
ReplyDelete