PENGENALAN
Perkahwinan merupakan sebuah hubungan yang terikat antara dua orang yang
telah diiktirafkan oleh pihak berkuasa atau diikat oleh kepercayaan agama
masing-masing.Bagi masyarakat kaum Kadazandusun, perkahwinan merupakan sebuah
hubungan yang sangat mulia dan menandakan seseorang itu telah cukup dewasa
untuk memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Oleh yang demikian,
masyarakat ini akan meraikan majlis perkawinan mereka dengan begitu meriah
selama 3 hari berturut-turut. Perkahwinan masyarakat Kadazandusun ini
kebanyakannya dilakukan mengikut adatistiadat yang telah diwarisi secara
turun-temurun oleh nenek moyang mereka bermula dari merisik, meminang,
bertunang dan diakhiri dengan majlis perkahwinan.
OBJEKTIF
KAJIAN
1. Tujuan
utama penulisan dibentuk ialah untuk mengetahui asal usul adat tradisi
perkahwinan kaum kadazandusun di Penampang, Sabah. Asal usu ini dikaji kerana
ingin mendedahkan kepada masyarakat bahawa adat tradisi ini amat penting untuk
dipelihara.
2. Selain
itu, kajian ini dibuat untuk mendedahkan adat tradisi perkahwinan kaun
kadazandusun yang ada dan masih diamalkan sehingga sekarang. Antara yang masih
diamalkan ialah pakaian tradisional, tarian dan makan beradab perkahwinan.
3. Kajian
ini dibuat bagi menyedarkan masyarakat pada zaman sekarang tentang pentingnya
memelihara adat tradisi yang telah diamalkan sejak turun-temurun lagi. Ini
bertujuan supaya semua lapisan masyarakat dan generasi akan datang kaum
kadazandusun mengamalkan adat tradisi walaupun kebanyakan kaum kadazandusun masa
kini telah menganut agama Kristian.
SOROTAN LITERATUR
Setiap masyarakat di
Malaysia mempunyai adat resam dan budaya masing-masing. Adat resam yang
diterima oleh sesuatu bangsa merupakan cetusan peraturan dan panduan. Peraturan
dan panduan ini merupakan satu garis penentu sesuatu hukum yang dilaksanakan
oleh masyarakat tersebut. Sesuatu masyarakat menjalani kehidupan berdasarkan
amalan nenek moyang mereka, menyempurna dan melaksanakan amalan nenek moyang
sebagai suatu peraturan. Peraturan ini menjadi
kebiasaan yang lama- kelamaan menjadi satu kemestian. Menurut satu pendapat
“... adat resam sebagai tatacara yang diterima mengenai cara makan, bertutur,
berjumpa sahabat handai, dan sebagainya atau adat itu ialah cara bertindak yang
umum dipercayai secara sosial” .( Mac Iver , 1970).
Menurut Blumer, 1962:2
mengatakan minda penerima harus menafsirkan lambang yang digunakan oleh
pengirim. Barang hantaran menunjukkan bahawa terjalinya hubungan antara
kedua-dua belah pihak. Misalnya cincin hantaran, dengan menggunakan cincin
tersebut, masyarakat dapat mengetahui bahawa suatu individu itu akan berkahwin
atau telah berkahwin. Mereka dapat membuat suatu tafsiran dan andaian melalui
peristiwa atau sesuatu yang dapat mereka lihat.
Dari hasil
pengajian dari buku Traditional
systems of indigenous peoples of Sabah, Malaysia – Felix Tongkul (2002) dan
beberapa laman web terutamanya sabah.edu.my, kami mendapati isi kandungan yang
terdapat dalam buku dan web tersebut adalah mengenai adat perkahwinan
masyarakat Kadazandusun di Penampang, Sabah. Kandungan adat dan pantang larang
perkahwinan masyarakat kadazandusun telah dicetak dan dimuat turunkan dalam
sumber tersebut. Seterusnya, kami juga turut mengambil maklumat daripada laman
web Sabah Tour. Antara yang dimuatkan dalam laman web tersebut adalah
memberitahu bahawa adat perkahwinan masyarakat Kadazandusun sungguh unik dan
mempunyai pelbagai upacara dalam proses perkahwinan tersebut. Fakta tersebut
amat berguna untuk kajian ini kerana kami boleh mencari lebih banyak maklumat
dan maklumbalas mengenai hal tersebut. Selain itu, kami juga dapat membuat
perbandingan adat perkahwinan Kadazandusun di daerah lain seperti Papar.
Perbezaannya tidaklah terlalu ketara cuma perbezaan dari segi bunyian muzik,
dialek, pukulan gong dan adat.
METODOLOGI : TEMU RAMAH TENTANG
PERKAHWINAN KADAZANDUSUN
1. Apakah
perbezaan antara kadazan di setiap daerah?
Berbeza dari segi pakaian, dialek , muzik dan lain-lain
(Penampang dan Papar mempunyai identiti sendiri
Berbeza dari segi pakaian, dialek , muzik dan lain-lain
(Penampang dan Papar mempunyai identiti sendiri
Perbezaan dari segi:-
a)
Muzik
– pukulan gong
b)
Dialek
– rumah : Hamin (kadazan) , Hudai (dusun)
2. Asal
usul kadazan penampang (Mitos orang tua)
-
Berasal dari perkataan penampang yang bermaksud batu besar
-
Bila batu terbelah, keluar budak lelaki dan perempuan.
-
Sumber makanan mereka ialah mata air dari batu besar tersebut.
-
Apabila meningkat dewasa, mereka berkahwin dan lahirlah keturunan kadazan di
Penampang.
3. Perbezaan
Kadazan dan Dusun
- Kadazan tinggal di Pekan
- Dusun tinggal di pendalaman
- melibatkan politik
Orang Kadazan tidak mahu digelar Dusun kerana kebanyakan mereka tinggal di Pekan, jadi mereka mengelar diri mereka sebagai keturunan Kadazan.
- Kadazan tinggal di Pekan
- Dusun tinggal di pendalaman
- melibatkan politik
Orang Kadazan tidak mahu digelar Dusun kerana kebanyakan mereka tinggal di Pekan, jadi mereka mengelar diri mereka sebagai keturunan Kadazan.
4. Prosedur
perkahwinan
-Setiap daerah mengamalkan adat yang sedikit berbeza.
Di daerah Penampang,
a) Monohuku (merisik)
-Setiap daerah mengamalkan adat yang sedikit berbeza.
Di daerah Penampang,
a) Monohuku (merisik)
- sudah berpunya / belum
(bertanya)
- selidik salah silah
keluarga
- saudara rapat tidak
boleh berkahwin
Jika dahulu proses merisik akan melibatkan keluar masuk hutan kerana rumah didirikan berjauhan. Apabila masuk ke dalam hutan, tidak boleh menggunakan nombor genap ( sebab tidak mahu terlalu teruja ) . Maksimum adalah 7 orang sahaja.Sekiranya bunyi burung terpipi berbunyi sekali, maka perjalanan tersebut haruslah dibatalkan. Apabila tidak boleh meneruskan perjalanan, seorang wakil akan dihantar kepada pihak pertanyaan (tempat merisik) untuk memberitahu bahawa mereka akan pergi pada keesokkan hari. Jika hari kedua burung terpipi masih berbunyi, itu bermaksud burung tersebut hanya bermain-main, jadi mereka masih boleh meneruskan perjalanan.
b) Bertunang
- berbincang tentang hantaran atau nopung
- Contoh : 2 ekor lembu sama ada mati ataupun hidup (masih diamalkan)
- 1 set gong (tidak diamalkan)
- meriam tembaga (hanya yang kaya akan minta)
Lelaki / perempuan yang berkahwin dahulu sebelum adik-beradik yang di atas mereka (kakak / abang) , mereka haruslah membayar kepada adik-beradik tua mereka.
Jika mendapat mimpi buruk, ibu bapa bakal pengantin akan merujuk kepada bobohizan untuk menafsir maksud mimpi mereka. Cincin tunang diperbuat daaripada tembaga kerana pada zaman dahulu susah untuk mencari emas, tetapi sekarang ramai yang menggunakan emas.
c) Mihoupiniti (perkahwinan)
- semasa perkahwinan, di tangga rumah pengantin perempuan harus diletakkan
Jika dahulu proses merisik akan melibatkan keluar masuk hutan kerana rumah didirikan berjauhan. Apabila masuk ke dalam hutan, tidak boleh menggunakan nombor genap ( sebab tidak mahu terlalu teruja ) . Maksimum adalah 7 orang sahaja.Sekiranya bunyi burung terpipi berbunyi sekali, maka perjalanan tersebut haruslah dibatalkan. Apabila tidak boleh meneruskan perjalanan, seorang wakil akan dihantar kepada pihak pertanyaan (tempat merisik) untuk memberitahu bahawa mereka akan pergi pada keesokkan hari. Jika hari kedua burung terpipi masih berbunyi, itu bermaksud burung tersebut hanya bermain-main, jadi mereka masih boleh meneruskan perjalanan.
b) Bertunang
- berbincang tentang hantaran atau nopung
- Contoh : 2 ekor lembu sama ada mati ataupun hidup (masih diamalkan)
- 1 set gong (tidak diamalkan)
- meriam tembaga (hanya yang kaya akan minta)
Lelaki / perempuan yang berkahwin dahulu sebelum adik-beradik yang di atas mereka (kakak / abang) , mereka haruslah membayar kepada adik-beradik tua mereka.
Jika mendapat mimpi buruk, ibu bapa bakal pengantin akan merujuk kepada bobohizan untuk menafsir maksud mimpi mereka. Cincin tunang diperbuat daaripada tembaga kerana pada zaman dahulu susah untuk mencari emas, tetapi sekarang ramai yang menggunakan emas.
c) Mihoupiniti (perkahwinan)
- semasa perkahwinan, di tangga rumah pengantin perempuan harus diletakkan
batu.
- disediakan siung iaitu topi petani
- 7 jenis daun yang dipilih bobohizan digunakan untuk merenjis air hujan
- disediakan siung iaitu topi petani
- 7 jenis daun yang dipilih bobohizan digunakan untuk merenjis air hujan
kepada pengantin semasa
upacara yang bermaksud rezeki akan turun kepada
mereka.
- pengantin akan memijak batu di tangga sebelum ke pelamin yang membawa
- pengantin akan memijak batu di tangga sebelum ke pelamin yang membawa
erti perkahwinan akan tahan seperti batu.
- Siung akan dipakaikan kepada pengantin dengan tujuan untuk menghalau nasib
- Siung akan dipakaikan kepada pengantin dengan tujuan untuk menghalau nasib
malang / sial yang
mengikuti mereka sepanjang perkahwinan mereka.
- Pelamin = duduk di atas tikar dan makan beribadat.
- makan beribadat :-
~ paha ayam ( simbol ayam ialah memerlukan satu sama lain, ayam tidak akan
- Pelamin = duduk di atas tikar dan makan beribadat.
- makan beribadat :-
~ paha ayam ( simbol ayam ialah memerlukan satu sama lain, ayam tidak akan
boleh berjalan jika hanya
menggunakan 1 kaki)
~ sup lihing
~ lihing ( air tapai)
~ nasi ( simbol kadazandusun untuk kehidupan / pemakanan asas ) pengantin
~ sup lihing
~ lihing ( air tapai)
~ nasi ( simbol kadazandusun untuk kehidupan / pemakanan asas ) pengantin
akan suap antara satu sama yang lain.
Setelah selesai, pengantin akan menarikan tarian pertama mereka iaitu Tarian Sumazau.
Majlis akan berlansung 3 hari 3 malam / 7 hari 7 malam sekiranya keluarga tersebut daripada golongan yang kaya.
Sebelum berkahwin, iaitu dalam tempoh 1 minggu, gong akan dimainkan untuk memanggil / menunggu saudara mara yang datang dari jauh.
Setelah selesai, pengantin akan menarikan tarian pertama mereka iaitu Tarian Sumazau.
Majlis akan berlansung 3 hari 3 malam / 7 hari 7 malam sekiranya keluarga tersebut daripada golongan yang kaya.
Sebelum berkahwin, iaitu dalam tempoh 1 minggu, gong akan dimainkan untuk memanggil / menunggu saudara mara yang datang dari jauh.
5. Siapakah
yang memberi hantaran?
Pihak lelaki yang memberi hantaran, ( RM 30 000 , 22 ekor kerbau/ babi sama ada mati mahupun hidup).
Pihak lelaki yang memberi hantaran, ( RM 30 000 , 22 ekor kerbau/ babi sama ada mati mahupun hidup).
6. Jika
saudara terdekat (sepupu , 2 , 3 pupu ) terlanjur cinta
Boleh
berkahwin tetapi mempunyai prosedur tertentu :-
bobohizan – menyembelih babi di sungai dan mereka dimandikan dengan darah itu. (maksudnya : putus tali persaudaraan dan membuang sial /malang )
bobohizan – menyembelih babi di sungai dan mereka dimandikan dengan darah itu. (maksudnya : putus tali persaudaraan dan membuang sial /malang )
7. Jika
sesama adik-beradik bercinta
Orang kampung akan membuat rakit yang
dibekalkan ayam dan beras dan mereka akan dihanyutkan melalui sungai. Tidak
kisah antara mereka hidup atau mati kerana ini akan membawa sial /malang kepada
kampung.
Bobohizan haruslah membuat munggit ( upacara ) untuk membuang sial kerana Tuhan tidak menerima percintaan sesama adik-beradik.
Jika berkahwin sesama adik-beradik , akan mendapat anak yang cacat.
Tujuan monggit adalah untuk mengamankan kampung itu kembali.
Bobohizan haruslah membuat munggit ( upacara ) untuk membuang sial kerana Tuhan tidak menerima percintaan sesama adik-beradik.
Jika berkahwin sesama adik-beradik , akan mendapat anak yang cacat.
Tujuan monggit adalah untuk mengamankan kampung itu kembali.
8. Kisah
di kampung Monsopiad
Terdapat sebatang pokok yang bernama tonibeton.
- kayu yang paling tahan di Borneo.
- digunakan untuk membuat tiang rumah
- setaraf kayu berlian.
Orang kampung terjumpa adik-beradik yang bercinta.
Ibu bapa mereka yang kecewa marah, dan terus membunuh 2 beradik itu dan dihanyutkan mayat mereka ke sungai dengan menggunakan rakit.
Roh adik-beradik itu dikatakan tidak aman dan akan menganggu pekerja yang bercinta di kawasan Monsopiad Cultural Village.
Terdapat sebatang pokok yang bernama tonibeton.
- kayu yang paling tahan di Borneo.
- digunakan untuk membuat tiang rumah
- setaraf kayu berlian.
Orang kampung terjumpa adik-beradik yang bercinta.
Ibu bapa mereka yang kecewa marah, dan terus membunuh 2 beradik itu dan dihanyutkan mayat mereka ke sungai dengan menggunakan rakit.
Roh adik-beradik itu dikatakan tidak aman dan akan menganggu pekerja yang bercinta di kawasan Monsopiad Cultural Village.
9. Makan
Pitas
(makanan tradisi yang mengeratkan saudara yang
jauh) sebelum berkahwin dengan
membuat parti kecil.
10.
Kirai/ tembakau
sebagai kiraan semasa hendak masuk meminang
sebagai kiraan semasa hendak masuk meminang
11.
Baju apakah yang dipakai
oleh pengantin?
Baju hitam yang dipanggil molodu (
kain baldu) dan dicorakkan dengan siling (lace) emas dan merah.Tali pinggang
yang diilit tiga kali diperbuat aripada duit syilling abad ke-20 cincin tembaga tangkong.
12.
Bagaimanakah dengan cincin
perkahwinan?
Jika dahulu diperbuat daripada tembaga, tetapi sekarang menggunakan emas. Terdapat dua cincin iaitu cincin semasa pertunangan dan cincin semasaperkahwinan.
Jika dahulu diperbuat daripada tembaga, tetapi sekarang menggunakan emas. Terdapat dua cincin iaitu cincin semasa pertunangan dan cincin semasaperkahwinan.
13.
Pantang larang sebelum
bernikah.
Jika sudah bertunang, bakal pengantin tidak boleh keluar malam / balik pada waktu malam (darah manis).
Jika hampir waktu berkahwin,bakal pengantin hanya disuruh duduk dirumah bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini.
Jika seseorang bakal pengantin tiba-tiba meminati perempuan lain, lelaki itu akan dikenakan sagit (denda) seperti seekor kerbau jika didengar oleh orang kampung.
Jika sudah bertunang, bakal pengantin tidak boleh keluar malam / balik pada waktu malam (darah manis).
Jika hampir waktu berkahwin,bakal pengantin hanya disuruh duduk dirumah bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini.
Jika seseorang bakal pengantin tiba-tiba meminati perempuan lain, lelaki itu akan dikenakan sagit (denda) seperti seekor kerbau jika didengar oleh orang kampung.
14.
Adakah bakal pengantin
dibenarkan berjumpa sebelum berkahwin?
(Dahulu) tidak boleh berjumpa kerana masing-masing boleh menyediakan kelengkapan perkahwinan.
(Sekarang) boleh jumpa kerana majlis dibuat di dewan dan bersama-sama mencari kelengkapan perkahwinan.
(Dahulu) tidak boleh berjumpa kerana masing-masing boleh menyediakan kelengkapan perkahwinan.
(Sekarang) boleh jumpa kerana majlis dibuat di dewan dan bersama-sama mencari kelengkapan perkahwinan.
15.
Selepas berkahwin, siapa
yang akan duduk di rumah siapa?
Pengantin lelaki yang akan duduk di rumah ibu bapa pengantin perempuan.
Tujuannya untuk mengenali ahli keluarga dengan lebih rapat selama 3 hari atau 7 hari (bergantung dengan ibu bapa pengantin perempuan).
Pengantin lelaki yang akan duduk di rumah ibu bapa pengantin perempuan.
Tujuannya untuk mengenali ahli keluarga dengan lebih rapat selama 3 hari atau 7 hari (bergantung dengan ibu bapa pengantin perempuan).
16.
Adakah perkahwinan yang
diatur dari kecil atau mengikut pilihan keluarga?
Ya, zaman dahulu kanak-kanak lelaki yang berusia 7 tahun dan kanak-kanak perempuan yang berusia 5 tahun, ibu bapa sudah mengaturkan perkahwinanuntuk mereka jika dewasa. Pada usia seawal 11 atau 12 tahun, mereka sudah boleh berkahwin .
Mengikut pendapat etnik ini, perkahwinan yang diatur oleh ibu bapa lebih kekal lama berbanding pilihan sendiri.
Ya, zaman dahulu kanak-kanak lelaki yang berusia 7 tahun dan kanak-kanak perempuan yang berusia 5 tahun, ibu bapa sudah mengaturkan perkahwinanuntuk mereka jika dewasa. Pada usia seawal 11 atau 12 tahun, mereka sudah boleh berkahwin .
Mengikut pendapat etnik ini, perkahwinan yang diatur oleh ibu bapa lebih kekal lama berbanding pilihan sendiri.
17.
Apakah peranan bobohizan?
Mencadangkan tarikh yang sesuai untuk merisik, bertunang, dan berkahwin. ‘Blessing’ merupakan upacara mentafsir mimpi dalam masa bertunang. Boleh dibaca lagi di sudon sebelumnya. Kebanyakan ialah wanita menjadi bobohizan kerana mereka duduk di rumah. Jika lelaki, siang keluar bekerja.
Mencadangkan tarikh yang sesuai untuk merisik, bertunang, dan berkahwin. ‘Blessing’ merupakan upacara mentafsir mimpi dalam masa bertunang. Boleh dibaca lagi di sudon sebelumnya. Kebanyakan ialah wanita menjadi bobohizan kerana mereka duduk di rumah. Jika lelaki, siang keluar bekerja.
18.
Semasa merisik , apakah
prosedur yang dilakukan?
Merisik – bercakap-cakap , bersyair , menyanyi.
Jika seseorang lelaki meminati seseorang perempuan, lelaki itu hanya lihat dari jauh dan ibu bapa lelaki itu akan menyiasat perempuan itu.
Lelaki dan perempuan tidak boleh berkenalan dan duduk berdekatan sesama mereka kerana ini akan menjatuhkan reputasi perempuan tersebut. Lelaki itu akan dikenakan denda.
Merisik – bercakap-cakap , bersyair , menyanyi.
Jika seseorang lelaki meminati seseorang perempuan, lelaki itu hanya lihat dari jauh dan ibu bapa lelaki itu akan menyiasat perempuan itu.
Lelaki dan perempuan tidak boleh berkenalan dan duduk berdekatan sesama mereka kerana ini akan menjatuhkan reputasi perempuan tersebut. Lelaki itu akan dikenakan denda.
Informasi Tambahan
- Bertunang akan mengambil masa 1 tahun.
- Jika pertunangan dibatalkan, pihak lelaki/ perempuan perlu membayar hantaran
- Bertunang akan mengambil masa 1 tahun.
- Jika pertunangan dibatalkan, pihak lelaki/ perempuan perlu membayar hantaran
dua kali.
- Jika lelaki yang memberi hantaran , hanya lelaki yang akan bayar.
- Jika lelaki yang memberi hantaran , hanya lelaki yang akan bayar.
KERANGKA
TEORI DAN KONSEP SEMIOTIK SECARA UMUM
Teori semiotik atau sistem tanda adalah teori tentang pemberian
‘tanda’.Secara lebih mendalam, semiotik mempunyai tiga konsep dasar yang utama
iaitu semiotik pragmatik, semiotik sintatik dan semiotik semantik.
Untuk semiotik pragmatik, ianya menguraikan tentang asal usul tanda,
kegunaan tanda oleh sesuatu yang menerapkannya dalam batas perilaku
subjek.Dalam arsitektur, semiotik pragmatik merupakan tinjauan tentang pengaruh
ersitektur terhadap manusia dalam menggunakan bangunan.Semiotik pragmatick
arsitektur berpengaruh terhadap indera manusia dan perasaan peribadi iaitu
posisi tubuh, otot dan sendi. Hasil karya arsitektur akan bermakna sebagai
suatu hasil persepsi oleh pengamatnya. Hasil persepsi tersebut kemudian dapat
mempengaruhi pengamatnya sebagai pemakai dalam menggunakan karya arsitektur.
Dengan kata lain, hasil karya arsitekturadalah wujud dan dapat dipengaruhi oleh
pengamatnya.
Semiotik sintatik pula adalah tentang kombinasi tanda tanpa
memperhatikan maknanya atau hubungannya terhadap perilaku subjek.Semiotik
sintaktik ini mengabaikan pengaruh akibat subjek yang mengintepretasikan.Dalam
arsitektur, semiotik sintaktik merupakan tinjauan tentang perwujudan arsitektur
sebagai panduan dan kombinasi dari pelbagai sistem tanda. Hasil karya
arsitektur akan dapat dihuraikan secara komposisional dan ke dalam bahagiannya.
Hubungan antara bahagiannya juga akan dapat dihuraikan secara jelas.
Bagi semiotik semantik, ianya menguraikan tentang pengertian suatu
tanda sesuai dengan erti yang disampaikan.Dalam arsitektur, semiotik semantik
merupakan tinjauan tentang sistem tanda yang sesuai dengan erti yang
disampaikan.Hasil karya arsitektur merupakan perwujudan makna yang ingin
disampaikan oleh perancangan yang disampaikan melalui ekspresi.Perwujudan
bermakna sesutau rancangan yangakan terhasil jika makna atau erti yang ingin
disampaikan oleh perancang melalui rancangannya dapat difahami dan diterima
secara tepat oleh pengamatnya. Jika ekspresi yang ingin disampaikan perancang
sama dengan persepsi pengamatnya juga, boleh dikatakan perwujudan sesuatau rancangan
itu berhasil.
MAKNA TEORI SEMIOTIK
(a)
C.S Peirce
Beliau mengemukakan teori semiotik sebagai
teori segitiga makna yang terdiri daripada tiga elemen utama iaitu tanda, objek
dan pengguna tanda.Tanda menurut Peirce terdiri dari simbol, ikon dan indeks.Objek
atau acuan tanda adalah konteks sosial yang menjadi rujukan dari tanda atau
sesuatu yang merujuk kepada tanda.Pengguna tanda pula adalah konsep pemikiran
dari orang yang menggunakan tanda dan menurunkannya ke suatu makna tertentu.
(b)
Ferdinand De Saussure
Menurut beliau, teori semiotik dibahai kepada
dua bahagian iaitu penanda dan petanda.Penanda dilihat sebagai bentuk fisik
yang dapat dikenali melalui wujudnya karya arsitektur.Petanda pula adalah
dilihat sebagai sesuatu yang terungkap melalui konsep, fungsi dan nilai-nilai
yang terkandung dalam karya arsitektur.
(c)
Roland Barthes
Roland Barthes mengembangkan teori semiotik
menjadi dua tingkat pertandaan iaitu denotasi dan konotasi.Denotasi adalah
tingkat pertandaan yang menjelaskan hubungan penanda dan petanda pada
realiti.Konotasi pula adalah tingkat pertandaan yang menjelaskan hubungan
penanda dan petanda yang didalamnya beroperasi makna yang tidak dieksplisit
atau tidak langsung dan tidak pasti.
(d)
J. Derrida
Menurut Derrida, teori semiotic adalah model
semiotik dekonstruksi. Konsep dekonstruksi dumulakan dengan konsep
demistifikasi iaitu pembongkaran produk fikiran yang rasional yang percaya
kepada kemurnian realiti.
(e)
Umberto Eco
Umberto Eco menganggap tugas ahli semiotik
sebagai menjelajahi hutan dan ingin memusatkan perhatian pada modifikasi sistem
tanda.
(f)
Ogden dan Richard
Ogden dan Richard mengembangkan lagi teori
semiotik denga mengatakan petanda meupakan konotasi dari penanda, sedangkan
peranti merupakan denotasi dari penanda.Pada teori ini, petanda merupakan
makna, konsep dan gagasan.Penanda pula adalah gambaran yang menjelaskan
peranti, penjelasan fisik objek berupa ciri-ciri bentuk,ruang, permukaan da
nisi padu tertentu.
DAPATAN
KAJIAN
a. Teori
Semiotik – Verbal
Salah satu bentuk
komunikasi yang disampaikan penyampai kepada penerima dengan cara bertulis
(written) atau lisan (oral). Komunikasi verbal menepati porsi besar. Kerana
kenyataannya, idea-idea, pemikiran atau keputusan, lebih mudah disampaikan
secara verbal berbandingan dengan non verbal. Dengan matlamatnya, pendengar
mahupun pembaca dapat mengetahui dan
lebih memahami pesanan yang ingin atau telah disampaikan.
1. Monohuku
– bermaksud merisik dalam bahasa Kadazandusun dialek daerah Penampang. Semasa
merisik, ibu bapa pihak lelaki akan bertanyakan sama ada si perempuan telah
berpunya atau belum. Ibu
bapa atau wakil pihak lelaki akan menanyakan perihal perempuan dalam bentuk
pantun, syair dan lagu
2. Mouaboi
– bermaksud meminang. Ibu bapa pihak perempuan akan memanggil pihak lelaki
untuk membawa cincin jika dapati risikan itu dapat dipertimbangkan.
3. Mihoupiniti – bermaksud
berkahwin. Jika pinangan diterima, ibu bapa pihak perempuan akan meneruskan
perkahwinan.
4. Sugit – denda yang
dikenakan untuk pelbagai kesalahan semasa proses peminangan sehingga
perkahwinan.
b. Teori Semiotik – Non Verbal
Menempati
porsi penting. Banyak komunikasi verbal tidak berkesan sekiranya penyampai
tidak menggunakan komunikasi non verbal dengan baik. Melalui komunikasi non
verbal, orang ramai mengambil suatu kesimpulan mengenai suatu kesimpulan
tentang berbagai macam perasaan orang, baik rasa senang, benci, cinta, rindu
dan lain-lain. Bentuk komunikasi non verbal terdiri daripada bahasa isyarat,
ekspresi wajah, simbol-simbol, pakaian sergam, warna dan intonasi suara.
1.
Adat Merisik Kadazandusun Daerah Penampang
Bunyi burung terpipi
berbunyi sekali, tandanya perjalanan tersebut haruslah dibatalkan. Namun Jika
hari kedua burung terpipi masih berbunyi, itu bermaksud burung tersebut hanya
bermain-main, jadi mereka masih boleh teruskan perjalanan.
2.
Adat Meminang Kadazandusun Daerah Penampang
(a)
cincin pusaka
·
dibuat daripada tembaga
·
juga digelar 'cincin menanti mimpi'
·
mesti dibawa pada waktu pagi.
(b)
Tiga keadaan mimpi.
·
Mimpi pertama
-
Mimpi baik
-
Erti : risikan itu boleh diteruskan kepada proses peminangan.
·
Mimpi kedua
-
Mimpi buruk dapat dibaiki atau diperbetulkan.
-
Erti : proses pertunangan boleh diuruskan dengan syarat pihak
lelaki harus membayar sugit kepanasan mimpi kepada orang yang bermimpi itu.
-
Contoh : barang-barang yang pecah seperti periuk atau
pinggan-mangkuk
·
Mimpi
ketiga
-
Mimpi
buruk yang tidak boleh diperbaiki
-
Erti
: proses risikan itu berhenti setakat itu sahaja
dan perkahwinan tidak boleh dilangsungkan.
-
Contoh : akan periuk belanga, kuali, pinggan mangkuk,
tempayan atau apa sahaja barang kegunaan harian yang telah pecah
3.
Adat Bertunang (Momuaboi) Kadazandusun Daerah
Penampang
(a) Semasa proses bertunang , kirai atau tembakau dijadikan tanda
sebagai kiraan semasa hendak masuk meminang. Tanda tersebut menandakan bahawa
kirai merupakan penanda non-verbal yang telah digunakan oleh masyarakat
Kadazandusun daerah Penampang.
4.
Adat Perkahwinan Kadazandusun Daerah Penampang
(a)
Batu
·
simbolik
terhadap kekuatan batu tersebut sebagai kekuatan perkahwinan pasangan
pengantin.
·
Pengantin
akan memijak batu di tangga sebelum ke pelamin dan ini diertikan dengan
perkahwinan mereka akan bertahan kuat seperti batu
(b)
Siung
( Topi Petani )
·
Ini
dipakaikan kepada pengantin sebagai simbolik untuk menghalau nasib sial atau
malang yang mengikuti pasangan pengantin semasa perkahwinan mereka.
(c)
Tarian
sumazau
·
Pengantin
akan menari tarian sumazau selepas selesainya segala upacara. Ini juga boleh
dikatakan tarian pertama pengantin (bersama pasangan sendiri)
(d) 7 jenis
daun
·
Yang dipilih bobohizan digunakan untuk merenjis
air hujan kepada pengantin semasa upacara yang bermaksud rezeki akan turun
kepada mereka.
(e) Paha ayam
·
simbol
ayam ialah memerlukan satu sama lain, ayam tidak akan boleh berjalan jika hanya
menggunakan satu kaki
(f)
Nasi
·
simbol
kadazandusun untuk kehidupan / pemakanan asas
(g) Darah Khinzir
·
Digunakan
sebagai mandian untuk pasangan sepupu atau saudara jauh yang ingin berkahwin.
Dikatankan untuk memutuskan talian persaudaraan dan membuang sial.
5.
Sejarah Masyarakat Kadazandusun Di Kampung
Mansopiad, Penampang.
(a)
Batu besar
·
Yang
memberikan nama kepada daerah Penampang.
LATAR SUBJEK
DAN LOKASI KAJIAN
Kadazandusun
merupakan kaum bumiputra terbesar di negeri Sabah. Sebenarnya terdapat suatu
kumpulan etnik yang bersifat kolektif serta menggunakan bahasa yang sama dengan
dialek berlainan.Menurut Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah (KDCA),
kumpulan etnik Kadazan dan Dusun ini mempunyai persamaan dari segi kebudayaan
serta kepercayaan tradisional. Di dalam kumpulan etnik ini sendiri pula wujud
10 jenis sub bahasa yang mempunyai 30 dialeknya. Setiap daerah mempunyai dialek
bahasa Kadazannya sendiri. Sesetengah daripada masyarakat kaum Kadazan lebih
gemar menggunakan gelaran Dusun sebagai nama kaum mereka manakala masyarakat di
Penampang atau Papar pula menggunakan nama kaum Kadazan. Orang Kadazandusun
mengamalkan kepercayaan animistik serta semangat dalam setiap hidupan alam ini.
Kebanyakkan mereka telah pun meninggalkan amalan ini kerana kedatangan agama
Kristian dan Islam dalam kehidupan mereka. Segelintir golongan tua masih lagi
mengamalkannya terutamnya mereka yang tinggal di pedalaman Sabah. Walaupun
begitu, akibat arus pemodenan kini bilangan mereka sudah kian berkurangan.
Orang Kadazan kini menjadikan amalan lalu hanya sebagai kenangan atau sebagai
sebahagian daripada adat mereka sahaja dan tidak mengamalkannya secara serius. Seperti
adat perkahwinan di Penampang, ia dahulunya mempunyai cara yang tersendiri
mengikut tradisi dan mitos. Disebabkan perkembangan era pembangunan dan
peredaran zaman, tidak semua tradisi masih diamalkan. Natijahnya, masih ada
lagi adat yang dikekalkan dalam tradisi perkahwinan ini walaupun sedikit
perbezaan supaya adat resam perkahwinan dikekalkan.
LATAR
BELAKANG MASYARAKAT KADAZANDUSUN
Kaum Kadazandusun merupakan nama kaum bumiputera
asli yang terbesar di Sabah. Kaum ini
juga dikenali sebagai "Momogun" atau "Mamasok" yang
masing-masingnya bermaksud "orang asal".Kaum etnik Kadazandusun ini
menggunakan pelbagai bahasa dan dialek dengan pelbagai kebudayaan dan adat
resam tradisional.Terdapat 27 suku kaum di dalamnya. Antaranya ialah Dusun Liwan,
Dusun
Tindal, Dusun Pahu,
Dusun Lotud,
Bagahak,
Dusun Labuk,
Dusun Kimaragang, Tagahas,
Tangara,
Dusun,
Rungus,
Orang
Sungai, Kuijau, Tambanuo,
dan sebagainya.
Pada mulanya Tun Fuad Stephens, HuguanSiou (PemimpinAgung) pertama Kadazan, mencadangkan istilah
Kadazan digunakan bagi menyatukan 14 suku kaum yang berkongsi kumpulan bahasa
bagi memberikan mereka suara yang lebih besar. Ini dipersetujui oleh ramai,
tetapi sesetengah orang Dusun mahukan atonomi lebih besar, dengan itu istilah
Kadazandusun dipilih sebagai tolak-ansur.
Kumpulan etnik yang terbesar adalah suku kaum Dusun
yang merupakan satu pertiga dari penduduk Sabah. Suku kaum Dusun yang tinggal
di pantai barat seperti Penampang, Papar, Tuaran, Kiulu, Tamparuli, Tenghilan,
Kota Belud dan juga di lembah bukit di Ranau, Tambunan, dan Keningau adalah
petani tradisi yang menanam padi sawah dan huma. Sesetengah dari mereka memburu
serta menangkap ikan sungai.Mereka kebanyakan bertempat di sekelilingi kawasan
lembah pantai barat dan kawasan pendalaman.
Lazimnya masyarakat dari pada subetnik yang disebut
di atas adalah berasal (mendiami) daripada kawasan-kawasan (daerah) tertentu
umpamanya Kimaragang di daerah Kota Marudu, Lotud di daerahTuaran, Orang Sungai di daerah Kinabatangan, Sugut, Paitan dan Pitas.
Kebanyakan orang Kadazan-Dusun menganuti agama Kristian.
Bagi Orang Sungai yang tinggal di daerah Pitas, mereka menganut agama Islam
manakala daerah-daerah lain seperti Kinabatangan (Tongod) dan Paitan, Orang
Sungai beragama Islam dan Kristian.Masyarakat Lotud (SuangLotud) turut mendiami
kawasan Pantai Barat Selatan negeri Sabah terutamanyaTuaran, Tamparuli, Telipok
dan sedikit di Kota Belud (Tempasuk). Mereka hidup secara kolektif dengan
mendiami rumah panjang yang mengumpulkan beberapa keluarga, iaitu antara 150 -
200 orang.Walaubagaimanapun, pada masa kini, rumah panjang jarang dilihat dalam
etnik ini.Kebanyakannya telah mengalami pembangunan fizikal dan mental.
Istilah Kadazan-Dusun ini wujud dari hasil
penggabungan etnik Kadazan
dan Dusun
serta beberapa etnik kecil lain. Penggabungan ini adalah akibat pertelingkahan
politik.Lagipun, perbezaan antara kaum Kadazan dan Dusun tidaklah begitu
berbeza dan kasar.Beza antara bahasa Kadazan dan Dusun ialah seperti bahasa
Malaysia dan bahasa Indonesia.
SEJARAH MASYARAKAT
KADAZANDUSUN DI KAMPUNG MANSOPIAD, PENAMPANG
Kampung
Mansopiad sendiri mempunyai sejarahnya yang dicipta oleh masyarakat Kadazandusun
di daerah Penampang.Kampung Mansopiad diambil sempena memperingati Mansopiad
sebagai ‘HuguanSiou’ bagi masyarakat Kadazandusun dan sebuah monumen telah
didirikan serta dinamakan ‘Monsopiad Cultural Village’. Mansopiad adalah nama
seorang lelaki yang telah berjaya memenggal 42 kepala manusia sepanjang
riwayatnya. Kepala-kepala yang dipenggal oleh Mansopiad adalah kepala mereka
yang telah mencuri hasil pertanian dan ternakan masyarakat kadazandusun di
Kampung Kuai Kandazon, Penampang.Antara kepala-kepala yang dipenggal oleh
Mansopiad, terdapat tiga kepala pencabar Mansopiad yang dikatakan tidak senang
hati dan tercabar serta ingin berlawan dengan Mansopiad bagi menunjukkan
siapakah yang lebih handal di seluruh daerah Penampang.Mereka ialah Gantang,
Manggung dan Sangkad.Mereka Berjaya ditewaskan oleh Mansopiad dan kepala-kepala
mereka juga berjaya dipenggal.
Sejak lahir
lagi Mansopiad dikatakan istimewa kerana ketika Mansopiad dilahirkan oleh
Kizabon iaitu ibu Mansopiad, Dunggou, bapa Mansopiad terdengar bunyi seekor
‘Bugang’ di atas bumbung rumah mereka.Dunggou menganggap peristiwaitu terlalu
istimewa lalu dia ternampak satu sarang burung di atas bumbung rumahnya yang di
dalamnya terdapat pecahan kulit telur ‘Bugang’ yang turut menetas.Dunggou
menganggap kejadian itu sebagai satu petanda yang baik dan percaya bahawa anak
lelaki yang baru dilahirkan itu adalah seorang yang perkasa.Setelah dewasa,
Mansopiad diajar seni mempertahankan diri dengan menggunakan pedang oleh
datuknya.Disamping itu, Mansopiad gemar melompat sungai-sungai dan parit-parit
dan dikatakan lompatannya luar biasa.Mansopiad digilai ramai gadis kerana
ketampanan dan susuk tubuhnya sehingga ramai yang ingin berkahwin dengannya.
Mansopiad mula
memenggal kepala-kepala pencuri hasil pertanian masyarakat kadazandusun setelah
dicabar oleh 40 orang gadis dan ganjarannya adalah segala permintaan Mansopiad
akan ditunaikan oleh masyarakat kadazandusun. Mansopiad juga membuat permintaan
khas iaitu dia harus digendong dan satu jamuan makan secara besar-besaran perlu
diadakan dan semua orang harus berkumpul untuk menyambut
kepulangannya.Mansopiad telah disambut dengan penuh tradisi sebagai seorang
‘Huguan Siou’ oleh golongan ‘bobohizan’ dan penduduk kampung.Perkara ini
berterusan sehnggalah keadaan menjadi aman di kampong mereka.Mansopiad juga
telah mengukir tanda pangkah bagi setiap kepala perompak yang Berjaya dipenggal
pada sebuah batu.
Kematian
Mansopiad pula disebabkan oleh sekumpulan mereka yang tidak dikenali yang ingin
membunuh Mansopiad dengan meggunakan parang.Mansopiad Berjaya menewaskan
penyerangnya dengan hanya menggunakan penumbuk.Walaubagaimanapun, Mansopiad
telah tertumbuk dinding rumahnya yang diperbuat daripada bamboo kerana
penyerangnya Berjaya mengelak.Perkara ini menyebabkan tangan Mansopiad luka dan
dia terus melompat ke atas bumbung untuk melarikan diri dan bersembunyi ke
dalam hutan.Mansopiad menderita kesakitan dan luka itu tidak dapat disembuhkan
dan akhirnya dia meninggal lalu dikuburkan di atas bukit di Kampung Kuai
Kandazon.Perjalanan ke bukit tersebut mengambil masa kira-kira 15 minit dan
batu yang diukir oleh Mansopiad kemudiannya diletakkan di atas kubur
Mansopiad.Kubur Mansopiad masih dapat dilihat sehingga sekarang di Mansopiad
Culture Village, Penampang.
Kesimpulannya,
kegiatan memenggal kepala juga wujud di Sabah sejak 300 tahun yang lalu
berdasarkan penemuan tengkorak-tengkorak kepala manusia, pedang, batu nisan dan
tugu peringatan serta masih kelihatan sehingga sekarang di Kampung Kuai
Kandazon, Penampang.
TEORI
STRUKTULISME :
Struktulisma
berasal dari linguistic Ferdinan yang merupakan suatu cara berfikir tentang
dunia secara khusus memperhatikan presepso dan deskripsi tentang struktur,
untuk melihat tanda (Napiah 2008:14). Dalam adat perkahwinan, sesuatu struktur
amat penting dan sememangnya tidak berbeza jauh dengan adat yang diturunkan dari
dahulu dengan sekarang. Struktur dalam perkahwinan masyarakat Malaysia adalah
sama iaitu dimulakn dengan merisik, meminang, bertunang dan akhir sekali
berkahwin.
a.
ADAT
MERISIK (MONOHUKU) KADAZANDUSUN DAERAH PENAMPANG
Jika seseorang lelaki meminati seseorang perempuan,
lelaki itu hanya dapat melihat perempuan tersebut dari jauh dan ibu bapa lelaki
itu akan menyiasat latar belakang perempuan itu. Lelaki dan perempuan tidak
boleh berkenalan atau rapat antara satu sama lain kerana perlakuan ini akan
menjatuhkan reputasi perempuan tersebut dan sekiranya diketahui lelaki itu akan
dikenakan denda.
Pada zaman
dahulu, sekiranya pergi merisik, rombongan risikan akan keluar masuk hutan
kerana rumah pada waktu dahulu didirikan jauh-jauh. Bila masuk hutan, tak boleh
nombor genap iaitu maksimum adalah 7 orang sahaja.
Sekiranya
bunyi burung terpipi berbunyi sekali semasa perjalanan, maka perjalanan
tersebut haruslah dibatalkan. Apabila tidak dapat meneruskan perjalanan,
seorang wakil akan dihantar kepada pihak pertanyaan (tempat merisik) untuk
memberitahu bahawa mereka akan pergi pada keesokan hari. Jika hari kedua burung
terpipi masih berbunyi, mereka masih boleh teruskan perjalanan kerana bunyi itu
bermaksud burung tersebut hanya bermain-main sahaja.
Sebelum peminangan dibuat, pihak lelaki akan melantik seorang orang tua yang bukan terdiri daripada keluarga terdekat lelaki berkenaan. Segala urusan merisik dan juga pinang-meminang ini harus dibuat pada waktu pagi dan tidak dibenarkan pada waktu petang dan malam. Wakil pihak lelaki akan pergi merisik kepada ibu bapa perempuan yang hendak dipinang itu atau pengganti ibu bapa sekiranya perempuan itu merupakan anak yatim piatu.Terdapat beberapa peringkat dalam merisik.Risikan pertama dilakukan untuk mengetahui sama ada perempuan berada dalam proses risikan orang lain atau dia sedang dalam pertunangan. Sekiranya perempuan itu dalam pertunangan, risikan itu akan dihentikan dengan serta-merta.
Sekiranya
perempuan itu didapati sedang dalam proses risikan dengan atau daripada lelaki
lain, risikan itu akan ditangguhkan buat sementara, sehingga keputusan muktamad
diperoleh daripada risikan terdahulu itu.
Jika risikan yang terdahulu bertukar ke arah pertunangan, maka risikan
yang kemudian itu harus dibatalkan.Tetapi sekiranya risikan terdahulu itu
gagal, risikan yang kemudian itu boleh diteruskan.
Risikan ini akan dibuat berulang kali,
peringkat demi peringkat dan adakalanya memakan masa sehingga berhari-hari,
malah ada yang sampai berbulan-bulan.
Hal ini kerana banyak perkara yang harus diketahui dengan lebih jelas oleh ibu bapa perempuan terhadap keluarga yang merisik anak mereka.Antara perkara yang harus diketahui dengan lebih jelas ialah susunan keluarga, kemampuan lelaki tersebut, pekerjaan dan sebagainya.
Hal ini kerana banyak perkara yang harus diketahui dengan lebih jelas oleh ibu bapa perempuan terhadap keluarga yang merisik anak mereka.Antara perkara yang harus diketahui dengan lebih jelas ialah susunan keluarga, kemampuan lelaki tersebut, pekerjaan dan sebagainya.
b.
ADAT
MEMINANG (Momuaboi) KADAZANDUSUN DAERAH PENAMPANG
Apabila
ibu bapa perempuan mendapati risikan itu boleh dipertimbangkan, mereka akan
menentukan hari bagi wakil pihak lelaki datang membawa cincin pusaka (dibuat
daripada tembaga). Cincin itu juga digelar 'cincin menanti mimpi'.Cincin itu
mesti dibawa pada waktu pagi.
Apabila ibu bapa perempuan sudah menerima cincin itu, mereka mesti membersihkan diri pada hari itu juga. Mereka tidak boleh makan atau minum apa sahaja yang boleh memabukkan. Cincin itu diletakkan di bawah bantal ibu bapa perempuan itu.Pada malam tersebut mereka mesti berada datam keadaan 'bersih', iaitu tidak mabuk. Pada malam itu juga, salah seorang daripada suami isteri itu atau kedua-duanya sekali akan mendapat mimpi. Adakalanya mereka berlainan mimpi, adakalanya hampir serupa dan adakalanya benar-benar serupa.
Biasanya mimpi itu mempunyai tiga keadaan. Pertama, mimpi baik, ini bererti, risikan itu boleh diteruskan kepada proses peminangan. Kedua, mimpi buruk.Tetapi mimpi buruk itu dapat dibaiki atau diperbetulkan.lni bererti, proses pertunangan boleh diuruskan dengan syarat pihak lelaki harus membayar sugit kepanasan mimpi kepada orang yang bermimpi itu.
Contoh mimpi yang dimaksudkan ialah seperti bermimpi tentang barang-barang yang pecah seperti periuk atau pinggan-mangkuk.Kemudiannya barang-barang yang pecah itu dibaiki oleh pihak lelaki.Ketiga, mimpi buruk. Contoh mimpi buruk ialah bermimpi akan periuk belanga, kuali, pinggan mangkuk, tempayan atau apa sahaja barang kegunaan harian yang telah pecah. Ini bererti proses risikan itu berhenti setakat itu sahaja dan perkahwinan tidak boleh dilangsungkan.
Hari berikutnya, ibu bapa perempuan tersebut memanggil semua keluarga terdekatnya bermesyuarat untuk membincangkan mimpi mereka.Jenis dan sifat mimpi diterangkan sejelas-jelasnya.Di dalam mesyuarat itulah mereka menganalisa baik dan buruknya mimpi itu.Di dalam mesyuarat itulah mereka menganalisa baik buruknya mimpi itu.Setelah selesai mesyuarat keluarga, ibu bapa perempuan memanggil wakil pihak lelaki untuk memberitahu tentang keputusan mimpi mereka.Ketika itu juga, cincin yang digunakan untuk “menanti mimpi” tadi dipulangkan.
Apabila ibu bapa perempuan sudah menerima cincin itu, mereka mesti membersihkan diri pada hari itu juga. Mereka tidak boleh makan atau minum apa sahaja yang boleh memabukkan. Cincin itu diletakkan di bawah bantal ibu bapa perempuan itu.Pada malam tersebut mereka mesti berada datam keadaan 'bersih', iaitu tidak mabuk. Pada malam itu juga, salah seorang daripada suami isteri itu atau kedua-duanya sekali akan mendapat mimpi. Adakalanya mereka berlainan mimpi, adakalanya hampir serupa dan adakalanya benar-benar serupa.
Biasanya mimpi itu mempunyai tiga keadaan. Pertama, mimpi baik, ini bererti, risikan itu boleh diteruskan kepada proses peminangan. Kedua, mimpi buruk.Tetapi mimpi buruk itu dapat dibaiki atau diperbetulkan.lni bererti, proses pertunangan boleh diuruskan dengan syarat pihak lelaki harus membayar sugit kepanasan mimpi kepada orang yang bermimpi itu.
Contoh mimpi yang dimaksudkan ialah seperti bermimpi tentang barang-barang yang pecah seperti periuk atau pinggan-mangkuk.Kemudiannya barang-barang yang pecah itu dibaiki oleh pihak lelaki.Ketiga, mimpi buruk. Contoh mimpi buruk ialah bermimpi akan periuk belanga, kuali, pinggan mangkuk, tempayan atau apa sahaja barang kegunaan harian yang telah pecah. Ini bererti proses risikan itu berhenti setakat itu sahaja dan perkahwinan tidak boleh dilangsungkan.
Hari berikutnya, ibu bapa perempuan tersebut memanggil semua keluarga terdekatnya bermesyuarat untuk membincangkan mimpi mereka.Jenis dan sifat mimpi diterangkan sejelas-jelasnya.Di dalam mesyuarat itulah mereka menganalisa baik dan buruknya mimpi itu.Di dalam mesyuarat itulah mereka menganalisa baik buruknya mimpi itu.Setelah selesai mesyuarat keluarga, ibu bapa perempuan memanggil wakil pihak lelaki untuk memberitahu tentang keputusan mimpi mereka.Ketika itu juga, cincin yang digunakan untuk “menanti mimpi” tadi dipulangkan.
c.
ADAT
BERTUNANG KADAZANDUSUN DAERAH PENAMPANG
Setelah
selesai mesyuarat keluarga, ibu bapa perempuan memanggil wakil pihak lelaki
untuk memberitahu tentang keputusan mimpi mereka.Ketika itu juga cincin yang
digunakan untuk menanti mimpi tadi dipulangkan. Pada waktu itu, wakil lelaki
diberitahu sama ada boleh bertunang dengan membayar sugit kepanasan mimpi
kerana mimpi buruk boleh dibaiki ataupun tidak boleh bertunang kerana mimpi
buruk. Jika mimpi baik, proses pertunangan diteruskan. Perundingan antara pihak
lelaki dengan ibu bapa pihak perempuan hanya berkisar pada syarat-syarat
hantaranperkahwinan, menentukan tarikh perkahwinan dan kadar besar atau lamanya
pesta perkahwinan itu. Pertunangan yang telah ditetapkan tidak boleh
diingkari.Jika tidak, pihak yang ingkar terpaksa membayar seluruh atau separuh
hantaran yang sudah ditentukan ketika mengikat pertunangan dahulu. Bayaran ini
dibuat di depan pengadilan adat.
Hantaran
kahwin atau nopung biasanya terdiri daripada pelbagai jenis makanan, alat untuk
adat istiadat dan barang untuk memperteguhkan semangat.Barang hantaran untuk
memperteguhkan semangat ini dikenali sebagai tasor. Tasor ialah tempat pinang
yang diperbuat danipada tembaga atau perak. Tasor ini dibawa sendiri oleh
pengantin pada hari penrkahwinan.Alat untuk adat istiadat pula dinamakan
tinokol iaitu terdiri daripada canang, gong dan tajau (tempayan).Jumlahnya
menurut darjat orang yang berkahwin itu.Barangan ini juga dibawa pada hari
perkahwinan.Jenis makanan pula ialah babi atau kerbau dan jumlahnya bergantung
kepada kemampuan keluarga tersebut. Masyarakat Kadazandusun daerah Penampang
masih lagi mengamalkan hantaran 2 ekor lembu sama ada mati ataupun hidup.Binatang
tersebut diberikan kepada pihak perempuan dua atau tiga hari sebelum
berlangsungnya hari perkahwinan. lni kerana binatang itu akan disembelih dan
dimasak untuk upacara makan di rumah pengantin perempuan nanti. Sebuah tajau
berisi tapai beras yang dinamakan lihing, mesti dibawa pada hari
perkahwinan.Lihing ialah tapai yang sudah menjadi arak.Lihing diminum
beramai-ramai dalam pesta kahwin di rumah pengantin perempuan. Selain daripada
empat hantaran yang menjadi asas bagi orang Kadazan, terdapat beberapa barangan
lain yang turut dibawa untuk memperlengkap dan memperindahkan majlis hantaran
itu. Ini terserah kepada janji yang dibuat semasa majlis pertunangan, juga
berdasarkan kemampuan kedua-dua belah pihak.Tambahan pula, sekiranya pengantin
lelaki atau perempuan yang berkahwin dahulu sebelum adik-beradik yang di atas
mereka iaitu kakak atau abang, mereka haruslah membayar kepada adik-beradik tua
mereka.
d.
ADAT
PERKAHWINAN (MIHOUPINITI) KADAZANDUSUN DAERAH PENAMPANG
Hantaran
kahwin biasanya terdiri daripada pelbagai jenis makanan, alat untuk adat
istiadat dan barang untuk memperteguhkan semangat. Pihak lelaki yang akan
memberi hantaran iaitu RM 30,000 serta 22 ekor kerbau atau babi. Barang
hantaran untuk memperteguhkan semangat ini dikenali sebagai tasor. Tasor
ialah tempat pinang yang diperbuat daripada tembaga atau perak. Tasor ini
dibawa sendiri oleh pengantin pada hari perkahwinan.Alat untuk adat istiadat
pula dinamakan 'tinokol' iaitu terdiri daripada canang, gong dan tajau
(tempayan).Jumlahnya menurut darjat orang yang berkahwin itu. Barangan ini juga
dibawa pada hari perkahwinan.Selain daripada empat hantaran yang menjadi asas
bagi orang Kadazan Dusun, terdapat beberapa barangan lain yang turut dibawa
untuk memperlengkap dan memperindahkan majlis hantaran itu. Ini terserah kepada
janji yang dibuat semasa majlis pertunangan, juga berdasarkan kemampuan
kedua-dua belah pihak.Serendah-rendah darjat perkahwinan itu mesti dibuat
dengan upacara adat, pemujaan agama, pesta bersukaria dan makan minum.Sesingkat-singkat
pesta pula adalah antara dua atau tiga hari di rumah pengantin perempuan.
Majlis dibuat selama tiga hari tiga malam dan bagi golongan yang berkemampuan,
majlis akan dibuat selama tujuh hari tujuh malam.
Semasa majlis
perkahwinan berlangsung, di tangga rumah pihak pengantin perempuan akan
diletakkan batu sebagai simbolik terhadap kekuatan batu tersebut sebagai
kekuatan perkahwinan pasangan pengantin. Pengantin akan memijak batu di tangga
sebelum ke pelamin dan ini diertikan dengan perkahwinan mereka akan bertahan
kuat seperti batu. Selain itu, disediakan juga tujuh helai daun oleh bobohizan
yang digunakan semasa upacara yang bermaksud rezeki akan turun kepada mereka.
Bukan itu sahaja, semasa upacara ini, disediakan juga siung iaitu topi petani.
Ini dipakaikan kepada pengantin sebagai simbolik untuk menghalau nasib sial
atau malang yang mengikuti pasangan pengantin semasa perkahwinan mereka.
Jenis makanan
pula ialah babi atau kerbau dan jumlahnya bergantung kepada kemampuan keluarga
tersebut.Binatang tersebut diberikan kepada pihak perempuan dua atau tiga hari
sebelum berlangsungnya hari perkahwinan.lni kerana binatang itu akan disembelih
dan dimasak untuk upacara makan di rumah pengantin perempuan nanti. Sebuah
tajau berisi tapai beras yang dinamakan lihing, mesti dibawa pada hari
perkahwinan.Lihing ialah tapai yang sudah menjadi arak.Lihing diminum
beramai-ramai dalam pesta kahwin di rumah pengantin perempuan. Selain itu, peha
ayam juga dijadikan hidangan dalam makan beribadat sebagai simbolik ayam
memerlukan satu sama lain kerana ayam tidak akan lengkap berjalan dengan
menggunakan satu kaki sahaja.
Walaupun
perkahwinan pasangan suami isteri itu sudah sah di sisi agama dan kepercayaan,
mereka masih belum boleh bersatu pada hari dan malam pertama.Paling cepat
mereka hanya boleh bersatu pada malam kedua, malah ada yang mengambil masa
selama seminggu atau dua minggu berikutnya. Kesemuanya ini bergantung kepada
besar atau lamanya majlis perkahwinan itu diadakan.Untuk membolehkan pengantin
ni bersatu, satu upacara khas dibuat. Pasangan pengantin tersebut dikehendaki
makan di dalam pinggan dan mangkuk yang sama. Upacara ini dihadiri oleh
keluarga kedua-dua pihak. Ibu bapa pengantin lelaki tidak boleh sama sekali
hadir di rumah pengantin perempuan sebelum pasangan itu sah bersatu.Perkara
yang paling penting dalam upacara perkahwinan ialah miohon
pinisi iaitu upacara menukar gumpalan nasi. Untuk memulakan upacara ini,
pengantin lelaki dan perempuan duduk berhadapan di tengah-tengah bulatan
gadis-gadis yang berpakaian tradisional berwarna hitam.Di hadapan mereka
terletak seperiuk nasi dan kedua-dua pengantin akan menggenggam nasi dan periuk
tersebut untuk dijadikan gumpalan sebesar telur ayam. Kemudian kedua-duanya
akan bertukar-tukar gumpalan nasi itu, lalu dimakan. Upacara miohon
pinisi merupakan nazar perkahwinan menurut cara tradisional. Setelah
upacara ini dilakukan, makanan dan minuman pun dihidangkan kepada para tetamu
yang hadir. Selepas selesai, pengantin akan menari tarian pertama mereka iaitu
Tarian Sumazau. Selepas perkahwinan selesai, pihak lelaki haruslah duduk atau
tinggal di rumah ibubapa pengantin perempuan.Hal ini bertujuan untuk mengenali
dengan lebih rapat seluruh ahli keluarga.Tempoh masa yang diperlukan untuk
pengantin lelaki tinggal bersama keluarga pengantin perempuan bergantung kepada
pihak keluarga pengantin perempuan itu sendiri berkemungkinan dalam masa tiga
atau tujuh hari.
Dalam setiap
upacara perkahwinan semestinya mempunyai pantang larang atau perkara yang tidak
digalakkan untuk terjadi dan tidak terkecuali kepada kaum etnik ini.Apabila
pasangan sudah bertunang, mereka tidak dibenarkan keluar malam bagi mengelakkan
perkara yang tidak diingini. Jika bakal pengantin lelaki meminati seseorang
perempuan lain maka, lelaki tersebut akan dikenakan sagit(denda) seperti seekor
kerbau sekiranya perkara tersebut didengari oleh orang-orang kampung. Selain
daripada itu, jika saudara terdekat terlanjur cinta maka mereka boleh
dibenarkan berkahwin tetapi mempunyai beberapa proses adat isitiadat. Adat yang
perlu mereka jalani ialah bobohizan perlu menyembelih babi di sungai dan
pasangan itu perlu dimandikan dengan darah haiwan tersebut bagi memutuskan tali
persaudaraan serta sekaligus membuang sial atau nasib malang. Bukan itu sahaja,
jika perkara terlanjur cinta ini berlaku dalam kalangan adik-beradik maka,
orang kampung akan membuat rakit serta dibekalkan ayam dan beras dan sekaligus
menghanyutkan mereka melalui sungai. Segala perkara yang berlaku pada pasangan
tersebut samada hidup atau mati, tidak akan dipeduli oleh orang kampung kerana
ini akan membawa sial atau malang kepada kampung berkenaan. Seterusnya,
bobohizan akan membuat upacara ( munggit ) untuk membuang sial dan malang
kerana Tuhan tidak menerima kisah percintaan mereka sesama adik beradik.
Upacara ini bertujuan khususnya untuk mengembalikan keamanan kepada kampung
tersebut.
RUMUSAN
Malaysia adalah sebuah
negara berbilang kaum yang hidup dalam suasana yang penuh harmoni.Adat upacara
perkahwinan selalu mendapat perhatian penuh dari semua golongan di Malaysia.Di
sebalik keramaian yang penuh warna warni, upacara melambangkan perpaduan kaum
yang mempunyai latarbelakang budaya dan adat resam yang berbeza. Bak kata
Seniman Veteran Negara, Senator Tan Sri Jins Shamsudin: “Tradisi perkahwinan
pelbagai etnik di Malaysia perlu dikekalkan bagi menyemarakkan perpaduan kaum
disamping menarik lebih ramai pelancong asing”. Senario ini secara langsung
membuktikan bahawa budaya perkahwinan pelbagai kaum di negara ini mampu menjadi
simbolik 1 Malaysia.
Apabila menerima tugasan yang diberi, kami tidak melepaskan
peluang untuk mendekati dan mengkaji masyarakat Kadazandusun kerana terlalu
banyak perkara yang ingin kami rungkai tentang etnik yang amat unik dan istimewa ini. Menyelami
budaya masyarakat Kadazandusun membuatkan
kami agak terkilan kerana banyak perkara yang telah ditinggalkan. Walaupun
adat ini masih diamalkan tetapi pengisiannya amat berbeza. Adat-adat lama dalam
majlis ini kebanyakkannya dipengaruhi oleh cara hidup zaman moden. Oleh hal
yang demikian, ianya telah digantikan dengan tatacara yang bersesuaian dengan
cara hidup masyarakat kini. Setakat mana institusi perkahwinan dan keluarga
dalam masyarakat Kadazandusun dapat kekal sebagaimana dengan apa yang pernah
diamalkan pada masa dahulu, atau yang masih diamalkan oleh masyarakat Kadazandusun
yang tinggal di desa tidaklah dapat dipastikan. Ini kerana masyarakat Kadazandusun
yang yang terdiri daripada pelbagai etnik-etnik kecil mempunyai pandangan yang berbeza. Pandangan yang berbeza itu sudah pasti akan mempengaruhi kehidupan
masyarakat Kadazan Dusun. Implikasinya institusi perkahwinan dan keluarga dalam masyarakat Kadazandusun telah mengalami
banyak perubahan. Masyarakat Kadazan Dusun banyak mengalami proses asimilasi berbanding
etnik lain. Segelintir generasi muda zaman sekarang sukar untuk diterima sebagai masyarakat Kadazandusun yang tulen memandangkan
segala kehidupan telah bertukar kepada masyarakat tempatan. Generasi muda
sekarang semakin hilang nilai adatnya kerana lebih bersifat moden dan
kontemporari seiring dengan modenanisasi yang berlaku. tetapi tidak dapat
dinafikan,kebudayaan ini masih dipegang cuma pengisian dan caranya lebih moden
berbanding dahulu. Hasil daripada tugasan ini, kesimpulan yang kami dapati adalah
terdapat banyak adat resam dankepercayaan masyarakat Kadazandusun yang telah
ditinggalkan kerana selain daripada mengalami proses asimilasi, ada di antara
adat dan kepercayaan itu tidak bersesuaian dengan kehidupan zaman sekarang.
Apakah kaedah kajian bagi melaksanakan kajian ini? Adakah ia hanya menggunakan buku ilmiah dan sumber dari Internet? Serta temu bual bersama para responden? Adakah juga ia termasuk dengan soal selidik kepda para responden?
ReplyDeletedimana boleh dapatkan buku tentang adat perkhawinan kadazan dusun?
ReplyDeleteJade Emerald, saya tolong jawab lajh kio. saya dapati maklumat dalam penulisan ini diambil dari Monsopiad Centre di Penampang. kaeah yang penulis gunakan adalah temubual dan maklumat sekunder.
ReplyDeleteUnknown.... anda boleh mendapat buku berkaitan dengan adat perkahwinan kadaandusun di KDCA atau KLF atau di Perpustakaan Tun Fuan Stephen dan Jabatan kadaandusun di Fakulti Sains Sosial , Universiti Malaysia Sabah. tyq
Boleh sy tahu. Siapa penulis artikal ini?
ReplyDeletehi, saya mahu bertanyakan pada admin, saya ada dikenakan sogit telah dikatakan menganggu anak perempuan kadazan, jadi mereka meminta 1 kerbau sebagai pampasan nya.Apakah terjadi jika saya tidak memberinya? dan adakah saya wajib berkahwin dengan wanita tersebut jika memberi kerbau tersebut?
ReplyDelete