PENGENALAN
Permainan bola jaring merupakan
salah satu permainan yang dianggap popular di kalangan kaum wanita di Malaysia.
Bola jaring menjadi permainan pilihan bagi pelajar perempuan di sekolah-sekolah
rendah, menengah, maktab dan institut pengajian tinggi. Undang-undang permainan
ini boleh diubah mengikut kesesuaian kebolehan pemain dan bilangan pemain dalam
setiap pasukan. Permainan bola jaring dipercayai berasal daripada permainan
bola keranjang yang dipelopori oleh Dr. James Naismith di Springfield,
Massachusetts, Amerika Syarikat pada tahun 1891.
Permainan
bola jaring mula diperkenalkan di Malaysia pada awal tahun 1990. Ia bermula di
sekolah-sekolah Inggeris (English Medium School) dan diperkenalkan oleh
guru-guru dagang dan mubaligh-mubaligh. Kini, permainan bola jaring telah
popular dan menjadi permainan kaum wanita di Malaysia.
Bola jaring juga merupakan permainan
yang dimainkan oleh dua pasukan. Permainan ini melibatkan kemahiran asas
seperti menghantar dan menerima bola, pergerakan, mengelak, menghadang dan
menjaring.
SEJARAH BOLA JARING
a.
Asal
usul Bola Jaring
Bola jaring (netball ) adalah satu
permainan yang direka oleh dan diubahsuai daripada permainan bola keranjang. Ia
mula diperkenalkan di Amerika Syarikat pada tahun 1891 oleh Dr. James Naismith.
Pada tahun 1895, Dr. Isles dari Amerika Syarikat melawat sebuah maktab pendidikan
jasmani iaitu Madame Bergman Osterberg’s Physical Training College di
Hampstead, London dan telah mengajar permainan bola jaring di sana. Di
Hampstead, permainan ini dimainkan di gimnasium dengan menggunakan dua buah
bakul sampah yang digantung di hujung dinding sebagai gol dan dinding gimnasium
sebagai garisan. Justeru, bola tidak keluar dari kawasan permainan.
Permainan ini dipanggil basketball
kerana asal gelang gol (goal rings) ialah bakul. Ini bermakna pengadil
dikehendaki memanjat tangga untuk mendapatkan bola balik selepas setiap
jaringan. Pada masa tersebut, terdapat tiga set paraturan di Amerika Syarikat
iaitu:
i.
Peraturan-peraturan rasmi untuk
pemain-pemain lelaki.
ii.
Peraturan-peraturan Inter-Collegiate (juga
digunakan oleh pemain lelaki).
iii.
Peraturan-peraturan Splading untuk
pemain-pemain wanita.
Beberapa
perubahan dibuat pada tahun 1898 untuk permainan basketball dan ini
mewujudkan perubahan dalam asal usul permainan netball. Antara perubahan yang
dilakukan ialah:
a) Bilangan pemain ditambah menjadi sembilan orang.
b) Saiz bola dikecilkan kepada saiz bola sepak.
c) Gelanggang dibahagikan kepada tiga kawasan.
d) Gelang-gelang gol dikecilkan daripada 4.5 cm kepada 3.75 cm.
e) Tiang gol ditinggikan kepada 3 meter.
f) Skor:
i.
Satu mata jika gol dijaringkan
daripada gelanggang atau kawasan tengah.
ii.
Dua mata jika jaringan dilakukan
daripada kawasan tengah.
Pada tahun 1901, sebuah buku rasmi
peraturan bola jaring diterbitkan di England. Peraturan tersebut dibuat
bertujuan untuk membezakan permainan ini dengan bole keranjang. Pengiraan skor
dilakukan setiap kali bola dimasukkan ke dalam jaring. Permainan ini secara
rasmi dinamakan bola jaring apabila gol yang berbentuk gelung besi ditukar
kepada jaring. Terdapat banyak Negara seperti Australia, New Zealand, India dan
Fiji mengekalkan nama basketball dan tidak menukarkan namanya
sehingga selepas beberapa tahun.
Di peringkat antarabangasa, sukan
bola jaring dikawal oleh Persekutuan Antarabangsa Persatuan Bola Jaring
(International Federation of Netball Associations) yang ditubuhkan pada tahun
1960 di Sri Lanka. Pada tahun 1963, Kejohanan Bola Jaring Dunia telah
dilangsungkan di England dengan pasukan dari Australia telah muncul sebagai
johan. Walaupun permainan bola jaring mempunyai ramai peminatnya, terutamanya
di negara Komanwel, ia belum lagi diterima sebagai satu sukan dalam Sukan
Olimpik, Sukan Asea dan Sukan SEA. Di Malaysia, Persatuan Bola Jaring Malaysia
yang ditubuhkan pada 1978 adalah majlis yang mengawal dan mengawasi perjalanan
kegiatan bola jaring di seluruh negara. Di peringkat sekolah, Majlis Sukan
Sekolah Malaysia (MSSM) melalui program pertandingan dan perkembangannya telah
memajukan permainan bola jaring dalam kalangan pelajar sekolah.
b.
Perkembangan
Bola Jaring
i.
Peringkat
Dunia
Pada tahun 1897, bola jaring
dimainkan atas padang rumput di seluruh United Kingdom. Setelah permainan
bertmabah canggih, kawasan atau zon permainan baru yang menggambarkan
gelanggang terbahagi kepada tiga kawasan diperkenalkan.
Perang dunia pertama mengganggu
pembangunan bola jaring di England tetapi dalam tahun 1926, satu mesyuarat
rasmi pertama di London telah menghasilkan penubuhan Persatuan Bola Jaring
seluruh England (AENA).
Dalam tahun 1957, di suatu mesyuarat
yang diadakan di London, persetujuan mengenai penggunaan undang-undang telah
dipersetuju bersama oleh England, Australia, New Zealand, Afrika Selatan,
Ceylon dan Indies Barat. Perlembagaan dan etika undang-undang permainan
antarabangsa telah dipersetujui bersama semasa mesyuarat.
Setelah badan dunia kukuh, kejohanan
dunia telah diadakan. Kejohanan dunia telah dianjurkan oleh Persekutuan
Persatuan Bola Jaring Antarabangsa (FINA) adalah seperti berikut :
KEJOHANAN
|
TAHUN
|
TUAN RUMAH
|
JOHAN
|
Pertama
|
1963
|
England
|
Australia
|
Kedua
|
1967
|
Australia
|
New Zealand
|
Ketiga
|
1971
|
Jamaica
|
Australia
|
Keempat
|
1975
|
New Zealand
|
Australia
|
Kelima
|
1979
|
Trinidad Tobago
|
Australia, New Zealand,
Trinidad Tabago
|
Keenam
|
1983
|
Singapura
|
Australia
|
Ketujuh
|
1987
|
Scotland
|
New Zealand
|
Kelapan
|
1991
|
Australia
|
Australia
|
Kesembilan
|
1995
|
England
|
Australia
|
Kesepuluh
|
1999
|
New Zealand
|
Australia
|
Di Mesyuarat Majlis IFNA yang
diadakan bersempena dengan kejohanan Bola Jaring Dunia kedua, telah
dipersetujui bahawa warna bagi Persekutuan ialah putih dan hitam. Sehelai
bendera yang dicipta oleh Cik Rana Stratford telah diserahkan kepada
Persekutuan oleh Persatuan Seluruh Australia.
Pada tahun 1988 FINA telah
melancarkan satu lagi program pembangunannya dengan mengadakan Kejohanan Bola
Jaring bagi atlit remaja. Kejohanan Atlit Remaja yang telah diadakan setakat
ini adalah seperti berikut :
KEJOHANAN
|
TAHUN
|
TUAN RUMAH
|
JOHAN
|
Pertama
|
1988
|
Australia
|
Australia
|
Kedua
|
1992
|
Fiji
|
New Zealand
|
Ketiga
|
1996
|
Kanada
|
Australia
|
Keempat
|
2000
|
Wales
|
Australia
|
Dalam tahun 1990 semasa Sukan Komenwel
ke 14 diadakan di Auckland, New Zealand, Sukan Bola Jaring telah dimasukkan
sebagai salah satu sukan demotrasi. Bertitik tolak dari perlawanan itulah maka
sukan bola jaring menjadi salah satu sukan berpasukan yang dipertandingkan di
Sukan Komenwel ke XVI di Kuala Lumpur. Ianya tidak berhenti di sini kerana
sukan bola jaring akan dipertandingkan di Sukan Komenwel ke XVII di Manchester
dalam tahun 2002. Pada tahun 1995 jawatankuasa Olimpik antarabangsa telah
mengikhtiraf Sukan Bola Jaring. Ini merupakan langkah pertama hasrat FINA untuk
merealisasikan kemasukan Sukan Bola Jaring dalam Sukan Olimpik.
ii.
Peringkat
Asia
Pada tahun 1983, semasa
Kejohanan Bola Jaring Dunia ke-6 diadakan di Singapura, beberapa perwakilan
dari Asia telah mengadakan perbincangan bagi menubuhkan Persatuan Bola Jaring
Asia. Akhirnya, Persekutuan Persatuan Bola Jaring Asia telah Berjaya ditubuhkan
pada tahun 1985 di Kuala Lumpur bersempena dengan Kejohanan Bola Jaring Asia
Pertama. Pada ketika itu, ahli gabungan badan ini terdiri daripada lima buah
Negara iaitu Malaysia, Singapura, Sri Lanka, India dan Hong Kong.
Menganjurkan kejohanan
dalam kalangan ahli gabungan merupakan program berterusan. Kejohanan yang
dianjurkan oleh Persekutuan Persatuan Bola Jaring Asia adalah empat tahun sekali.
Kejohanan Bola Jaring Asia yang telah dianjurkan adalah seperti berikut :
KEJOHANAN
|
TAHUN
|
TUAN RUMAH
|
JOHAN
|
Pertama
|
1985
|
Malaysia
|
Malaysia
|
Kedua
|
1989
|
India
|
Sri
Lanka
|
Ketiga
|
1993
|
Hongkong
|
Hong
Kong
|
Keempat
|
1997
|
Singapura
|
Sri
Lanka
|
Persekutuan Persatuan Bola
Jaring Asia menambahkan aktivitinya dengan mengadakan Kejohanan bagi Atlit
Remaja bermula pada tahun 1994, di Hong Kong. Juaranya ialah Singapura.
Kejohanan kali kedua diadakan di India dalam tahun 1998 dan dimenangi oleh Sri
Lanka.
Selain dari mengadakan
kejohanan, PPBJ Asia juga memberi penekanan kepada pembangunan jurulatih dan
pengadil. Keahlian AFNA telah bertambah dan kini tiga lagi Negara iaitu
Australia, Pakistan dan Maldives telah menyertai AFNA. Usaha sedang giat
dijalankan bagi menggalakkan lebih ramai lagi Negara-negara di Asia menyertai
AFNA.
iii.
Malaysia
Persatuan Bola Jaring
Malaysia (PBJM) telah ditubuhkan pada 21 Mac 1978 di bawah baungan Almarhumah
ke bawah DYMM Tengku Ampuan Pahang. Sehingga tahun 1990 bila Persatuan Bola
Jaring Negeri Sabah diterima menjadi Ahli Gabungan menjadikannya Ahli Gabungan
negeri yang terakhir ditubuhkan. PBJM mempunyai 16 ahli gabungan yang terdiri
daripada 13 Ahli Gabungan dari negeri-negeri dan 3 Ahli Gabungan dari bukan
negeri iaitu Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan Lembaga
Letrik Negara. Pada tahun 1990 juga Lembaga Letrik Negara menjadi Tenaga
Nasional Berhad. Kini PBJM mempunyai 17 Ahli Gabungan iaitu terdiri daripada
semua 14 buah negeri di seluruh Malaysia dan 3 Ahli Gabungan bukan negeri.
PBJM telah bergabung dengan Majlis
Olimpik Malaysia (MOM) sejak tahun 1980 dan dengan Persekutuan Persatuan Bola
Jaring Antarabangsa (IFNA) bermula dari tahun 1982. Apabila Persekutuan
Persatuan Bola Jaring Asia ditubuhkan dalam tahun 1985, Malaysia menjadi salah
satu pengasas.
Salah satu daripada aktiviti utama
PBJM ialah menganjurkan kejohanan bola jaring di peringkat kebangsaan. Dua
kejohanan tahunan yang diadakan di peringkat kebangsaan ialah Kejohanan Bola
Jaring Kebangsaan dan Kejohanan Bola Jaring Bwah 21 Tahun. Kejohanan Bola
Jaring Kebangsaan (KBJK) telah diadakan sejak tahun 1979. Ia terbuka kepada
semua Ahli Gabungan. Sehingga ini, KBJK telah diadakan sebanyak 21 kali.
Kejohanan Bola Jaring Bawah 21 Tahun bermula pada tahun 1984 dan sehingga kini
16 kali kejohanan telah diadakan. Kejohanan Bola Jaring Antara Kelab-Kelab di
peringkat daerah, negeri dan kebangsaan di bawah tajaan syarikat Colgate
Palmolive Sdn Bhd diadakan pada tahun 1981 – 1985. Kejohanan di peringkat kebangsaan
merupakan medan bagi pemilihan pemain kebangsaan. Pada tahun 1995, buat pertama
kalinya diadakan Liga Kebangsaan. Pasukan yang layak mengambil bahagian adalah
pasukan yang Berjaya hingga ke suku akhir d KBJK.
PBJM mula melibatkan diri di peringkat
antarabangsa pada tahun 1983 apabila diterima menyertai Kejohanan Bola Jaring
sedunia ke 6 di Singapura. Malaysia turut menyertai Kejohanan Bola Jaring
sedunia ke 7 di Glasgow pada tahun 1987, Kejohanan Bola Jaring ke 8 di Sydney,
Australia pada tahun 1991 dan Kejohanan Bola Jaring Sedunia ke 9 di Birmingham,
United Kingdom. Walaupun pasukan Malaysia tidak menyerlah tetapi peluang
menyertai kejohanan di peringkat antarabangsa sedikit sebanyak telah memberi
kesan ke arah peningkatan bola jaring di Malaysia. Pasukan remaja juga pernah
bertanding di Kejohanan Bola Jaring Remaja Dunia pada tahun 1988 di Canberra,
Australia.
Malaysia pernah mengelolakan
kejohanan di peringkat antarabangsa apabila Kejohanan Bola Jaring Asia yang
pertama diadakan pada tahun 1985 di Kuala Lumpur. Pada tahun 1990, pasukan
Malaysia telah mengambil bahagian di Kejohanan Bola Jaring Asia ke 2 di New
Delhi, India dan Kejohanan Bola Jaring Remaja Asia yang pertama telah diadakan
di Hong Kong dalam tahun 1993. Pada tahun 1994, Kejohanan Bola Jaring Remaja
Asia yang pertama telah diadakan di Hong Kong dan Malaysia turut serta.
Pembangunan dan perkembangan
permainan bola jaring bertambah meluas dan meningkatkan apabila permainan ini
dimasukkan sebagai salah satu acara bagi Sukan Komenwel 1998. Selaku tuan rumah
bgi temasya sukan yang berprestij ini, PBJM telah dipertanggungjawabkan untuk
menyediakan pasukan serta mengelolakan pertandingan. Ini merupakan satu
penghormatan dan cabaran kepada Malaysia khasnya PBJM yang telah menyambut
ulang tahunnya yang ke 20 oada tahun 1998.
PBJM menyediakan program pembangunan
untuk Pegawai Teknikal, Jurulatih dan Pengadil menerusi seminar, khusus,
bengkel dan klinik yang diadakan secara berkala-kala tiap-tiap tahun. PBJM juga
terlibat secara langsung dengan pengelolaan kejohanan di peringkat kebangsaan
seperti SUKMA, Sukan Hari Kebangsaan serta khidmat bantuan kepada PBJM atau
agensi yang memerlukan khidmat Pegawai Teknikal, Jurulatih dan Pengadil.
PERALATAN
Ada beberapa peralatan yang diperlukan dalam sukan bola
jaring. Antaranya ialah sebiji bola, gelanggang (tertutup atau terbuka) dan
tiang gol.
1.
BOLA
Sukan bola jaring memerlukan bola
khas untuk bola jaring. Rupanya seperti bola keranjang. Bola tersebut mempunyai
saiz 5, berdiameter 99-102cm dan beratnya 6.35-7.26g. bola ini diperbuat
daripada getah atau kulit.
2.
GELANGGANG
Terdapat dua jenis gelanggang bola
jaring iaitu gelanggan terbuka dan tertutup. Gelanggang ini merupakan
gelanggang berumput di kawasan terbuka atau diperbuat khas dengan menggunakan
simen atau parkey untuk gelanggang tertutup.
Gelanggang bola jaring besar sedikit
dari gelanggang bola keranjang, sepanjang 30.5m dan selebar 15.25m. Garis
panjang dikenali sebagai Garis Sisi dan garis lebar dikenali sebagai Bulatan
Gol. Lebar garis gelanggang tidak lebih dari 50mm. gelanggang bola jaring boleh
dibahagikan kepada tiga kawasan atau petak yang sama ukuran. Dua buah kawasan
merupakan kawasan gol. Kawasan lain ialah centre atau kawasan tengah. Kawasan
tengah ini terletaknya bulatan tengah. Di kedua-duanya hujung gelanggang, iaitu
di kawasan pertama dan ketiga, terdapat garisan semi-circle atau separuh
bulatan yang merupakan bulatan gol.
Tiang gol
Setiap pasukan terdiri daripada 10
orang iaitu 7 orang pemain di gelanggang dan 3 orang sebagai simpanan. Setiap
orang pemain mempunyai tugas dan had kawasan yang berlainan antara satu sama
lain.
Berikut merupakan senarai tugas 7
orang pemain bola jaring:
1.
Penjaga
gol (GK)
2.
Pertahanan
gol (GD)
3.
Pertahanan
sayap (WD)
4.
Pemain
tengah (C)
5.
Penyerang
sayap (WA)
6.
Penyerang
gol (WD)
7.
Penjaring
Gol (GS)
KESIMPULAN
Pada asalnya, bola jaring telah diperkenalkan di tanah
Melayu oleh mubaligh-mubaligh Kristian dari England kepada murid-murid Sekolah
Rendah Inggeris di negeri-negeri Selat pada zaman pemerintahan British.
Melalui pelbagai program yang disediakan ia bukan sahaja
dapat memperkembangkan dan mempertingkatkan permainan bola jaring tetapi juga
menyumbang ke arah mengeratkan silaturrahim, perpaduan dan keharmonian di
kalangan wanita Malaysia serta penyertaan dan penglibatan lebih ramau wanita di
bidang sukan khasnya bola jaring.
facebook,com
ReplyDelete