Friday, 30 January 2015

Gangguan Seksual Antara Jurulatih dan Atlit

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SUKAN RENANG
 Renang telah dikenali sejak zaman prasejarah lagi apabila lukisan dari zaman Batu telah ditemui di dalam “gua para perenang” dekat Wadi Sora atau Sura dibahagian barat-daya Mesir. Rujukan dari tulisan yang berasal dari 2000 tahun sebelum Masihi, termasuk Gilgamesh, Iliad, dan Odyssey, Injil (Ezekiel 47:5, Perjanjian 27:42, Isaiah 25:11, Beowulf, dan hikayat lainnya). Pada tahun 1538 Nicolas Wynman, Profesor bahasa berbangsa Jerman, telah menulis buku renang buat pertama kali iaitu “Colymbetes”. Pertandingan renang di Eropah bermula sekitar tahun 1800, sebahagian besarnya menggunakan gaya kuak dada. Manakala gaya bebas yang kemudiannya dikenali sebagai The Trudgen, telah diperkenalkan pada tahun 1973 oleh John Arthur Trudgen, yang ditiru dari orang Amerika asli. Selain itu, renang juga telah menjadi sebahagian daripada pertandingan Olimpik moden yang pertama kalinya pada tahun 1896 di Atena. Pada tahun 1902, The Trudgen telah diperbaharui oleh Richard Cavill, menggunakan sentakan mengibas.
Pada tahun 1908, Persatuan Renang Amatur Antarabangsa (FINA / Federation Internationale de Natation de Amateur) telah dibentuk. Gaya kupu-kupu pertama kalinya diperkenalkan sebagai salah satu variasi dari gaya dada, sehingga ianya diterima pakai pada tahun 1952. Gambaran perenang juga ditemui pada Hittites, Minoans, dan masyarakat Timur Tengah lainnya, orang Inca dalam Rumah Tepantitla di Teotihuacan, dan dalam mosaik di Pompeii. Rujukan tulisan yang berasal dari 2000 tahun sebelum masihi, termasuk Gilgamesh, the Iliad, the Odyssey, Injil (Ezekiel 47:5, Perjanjian 27:42, Isaiah 25:11), Beowulf, dan hikayat lainnya, meskipun gayanya tidak pernah dijelaskan. Ada juga beberapa pernyataan yang telah menyinggung para perenang dalam naskah kuno Vatikan, Borgian dan Bourbon.
Orang-orang Yunani tidak memasukkan pertandingan renang pada Pertandingan Olimpik kuno, namun telah mempraktikkan olahraga tersebut dan telah membangunkan kolam renang sebagai sebahagian dari tempat mandi mereka.
Orang-orang Etruscan di Tarquinia (Italia) menunjukkan gambar para perenang dalam 600 tahun sebelum masihi, dan makam kuno di Yunani menunjukkan gambar perenang-perenang 500 tahun sebelum masihi. Orang Yunani Sisilia telah dijadikan tawanan pada sebuah kapal Persia king Xerxes I pada 480 tahun sebelum masihi. Setelah mengetahui serangan yang akan datang untuk angkatan laut Yunani, mereka telah mencuri pisau dan melompat keluar daripada kapal. Sepanjang malam, dengan hanya menggunakan alat bantuan pernafasan (snorkel) yang diperbuat dari buluh, mereka telah berenang kembali ke arah kapal dan memotong talinya. Juga dinyatakan bahawa hadirnya  perenang telah menyelamatkan bangsa Yunani pada perang Salamis, ketika bangsa Persia semuanya tenggelam ketika kapal mereka dihancurkan. Julius Caesar juga dikenali sebagai perenang yang terbaik. Sejumlah relif dari 850 tahun sebelum masihi di Galeri Nimrud dari Muzium Inggeris menunjukkan para perenang, yang sebahagian besarnya dalam konteks tentera, sering menggunakan alat bantuan renang.
Di Jepun, renang merupakan salah satu kemahiran terhormat Samurai, dan catatan sejarah menjelaskan pertandingan renang pada tahun 36 sebelum masihi, diadakan oleh Maharaja Suigui, yang pertama kali dikenal sebagai perlumbaan renang. Cerita rakyat Jerman menjelaskan berkenaan renang, yang telah berjaya digunapakai dalam perang melawan bangsa Roma. Pertandingan renang juga dikenali sejak saat itu.

a.    Sejarah Renang Abad Pertengahan Hingga Tahun 1800
Renang pada awalnya merupakan salah satu dari tujuh ketangkasan yang dimiliki oleh para kesatria dalam Abad Pertengahan, termasuk berenang dengan memakai baju zirah. Akan tetapi, sejak renang dilakukan dalam keadaan tanpa pakaian, ia menjadi kurang popular kerana masyarakat menjadi semakin konservatif, dan ianya telah ditentang hebat oleh gereja pada akhir abad pertengahan. Sebagai contoh, pada abad ke 16, pihak pengadilan Jerman mencatatkan dalam Vechta bahawa larangan tempat renang umum tanpa pakaian bagi anak-anak.
Leonardo Da Vinci telah membuat pembaharuan dengan menggunakan pelampung. Pada tahun 1538 Nicolas Wynman, Profesor bahasa Jerman, menulis pertama kali buku renang “Colymbetes”. Tujuannya bukan untuk olahraga, tetapi lebih untuk mengurangkan bahaya lemas. Buku tersebut ditulis tentang pendekatan yang sangat bagus dan asas untuk belajar gaya kuak dada, termasuk alat bantuan renang seperti bekas berisi tekanan udara, ikatan buluh, atau sabuk pelampung. Pada sekitar tahun yang sama, E. Digby dari Inggeris juga menulis buku tentang renang, menyatakan bahawa manusia dapat berenang lebih baik dari ikan.
Pada tahun 1603 organisasi renang pertama dibentuk di Jepun. Maharaja Go-Yozei dari Jepun menyatakan bahawa murid sekolah mempunyai kemahiran berenang. Pada tahun 1696, penulis Perancis Thevenot telah menulis “Seni Berenang”, menjelaskan bahawa gaya kuak dada sangat mirip dengan gaya kuak dada moden.
Pada tahun 1708, kelompok penyelamat pertama yang dikenali sebagai “Persatuan Chinkiang” dibentuk di Cina untuk menyelamatkan orang yang lemas. Pada tahun 1796 kelab renang (yang masih ada) telah ditemukan di Upsala, Swedia. Benjamin Franklin mengaku sebagai pencipta sirip getah renang pada pada tahun 1716. Pada tahun 1739 Guts Muts (juga dieja dengan Guts Muth) dari Schnepfenthal, Jerman, menulis “Gymnastik für die Jugend” (Olahraga untuk kaum muda), termasuk di dalamnya membentangkan khusus tentang renang.
Pada tahun 1974 Kanonikus Oronzio de Bernardi of Italy menulis dua naskhah buku berkenaan aktiviti renang, termasuk latihan mengambang sebagai salah satu prasyarat untuk belajar renang. Pada tahun 1798 Guts Muts telah menulis buku lain “Kleines Lehrbuch der Schwimmkunst zum Selbstunterricht” (Buku pembelajaran asas tentang seni renang untuk belajar sendiri), mengesyorkan penggunaan alat “pancing” untuk membantu dalam belajar berenang.
Buku beliau menjelaskan tiga langkah pendekatan untuk belajar berenang yang masih digunakan hingga saat ini. Pertama, biasakan dengan air. Kedua, latih gerakan renang di luar air dan ketiga, latih gerakan renang di dalam air. Beliau yakin bahawa berenang adalah sebahagian aspek penting dari setiap pendidikan.

b.   Sejarah Sukan Renang Di Malaysia
  Pada awal abad ke 20, ramai rakyat di Semenanjung Malaysia menunjukkan minat dalam aktiviti-aktiviti sukan renang terancang. Oleh sebab minat rakyat terhadap renang amat mendalam, maka beberapa buah kelab renang telah ditubuhkan, di antaranya ialah Penang Swimming Club pada tahun 1903, Penang Chinese Club pada tahun 1928, European Swimming Club pada tahun 1930an di Ipoh dan Kuala Lumpur serta Kinta Swimming Club di Ipoh pada tahun 1936.
Namun selepas itu, taraf sukan renang telah dinaikkan pada tahun 1931 dengan dikendalian oleh The Malayan Chinese Olympic. Sukan ini diteruskan setiap tahun sehingga 1937, dengan penyertaan kelab-kelab renang dari Pulau Pinang, Perak, Johor dan melaka. Selepas perang dunia kedua, minat sukan renang giat dibaik pulihkan. Banyak pertandingan renang dikendalikan di antara kelab-kelab renang orang Asia dari Singapura, Pulau Pinang, Ipoh dan Kuala Lumpur. Pada tahun 1955, ‘The Malayan Amateur Swimming Union’ ditubuhkan. Dengan pertubuhan ini, pertandingan antara kelab renang digantikan dengan pertandingan antara negeri.
Seterusnya, pada tahun 1956, Malaya buat pertama kalinya telah menyertai sukan Olimpik di Melbourne, Australia. Malaya menyertai lima jenis acara sukan, iaitu olahraga, angkat berat, renang, menembak dan hoki. Kini, persatuan renang di Malaysia dinamakan sebagai Amateur Swimming Union, Malaysia ( ASUM ). Kini ASUM merupakan ahli gabungan badan renang dunia, Federation Internationale De Nation Amateur ( FINA ).

c.    Sejarah Sukan Renang Di Peringkat Antarabangsa
          Sukan renang telah diperkenalkan di Eropah sekitar tahun 1800. Pada peringkat awal ia diperkenalkan, hanya gaya kuak dada sahaja yang dipertandingkan sehinggalah pada 1873 barulah gaya bebas telah diperkenalkan. Renang antara sukan yang paling cepat mendapat perhatian orang dan merupakan antara sukan yang digemari oleh orang ramai. Ini dibuktikan apabila ia merupakan antara sukan moden yang terawal mendapat tempat di sukan Olimpik pada 1896. Beberapa Negara seperti Denmark, Norway, Finland dan juga Sweden telah menjadikan sukan renang ini sebagai korikulum wajib di negara tersebut. Para pelajar diajar untuk diselamatkan dan menyelamat jika ada kecemasan di dalam air. Baju renang yang dipanggil Bodyskin telah dicipta bagi meningkatkan kelajuan perenang dan ia telah terkenal sejak tahun 1800 lagi. Pada tahun 1828, kolam renang pertama telah dibuat di Liverpool, England dan juga merupakan negara pertama yang mempertandingkan sukan ini. Hanya dalam 9 tahun, England sudah mempunyai sebanyak 6 buah kolam renang. Ini telah membuktikan kepada bahawa sukan renang telah menjadi popular di England sejak abad ke 19 lagi. Sukan renang ini bukan sahaja berlaku di dalam kolam renang bahkan pada tahun 1875, Kapten Matthew Webb telah menyeberangi Selat Inggeris dan beliau merupakan orang pertama  dalam rekod yang melakukannya.
Tujuan pertandingan renang adalah untuk berenang dengan paling cepat bagi sesuatu jarak yang diberikan. Renang juga merupakan acara yang popular dalam Sukan Olimpik Musim Panas dengan setiap ahli olahraga pelbagai jantina masing-masing bertanding dalam 13 buah acara yang diiktiraf. Acara-acara Sukan Olimpik diadakan di dalam kolam yang 50 meter panjangnya. Badan Pentadbiran Antarabangsa Renang Pertandingan ialah FINA (Federation International de Natation) iaitu Persekutuan Renang Antarabangsa.
 Keempat-empat gaya pertandingan dalam Sukan Olimpik ialah gaya kuak kupu-kupu, kuak lentang, gaya bebas dan kuak dada. Gaya-gaya ini boleh dilakukan secara perseorangan atau bersama-sama dalam lumba relay. Urutan lumba relay ialah pertama, gaya kupu-kupu, kedua gaya lentang, ketiga gaya kuak dada dan keempat, gaya bebas.Terdapat dua jenis lumba berganti-ganti iaitu lumba relay dan lumba gaya bebas. Setiap empat perenang dalam renang lumba berganti-ganti berenang pada jarak yang tertentu, bergantung kepada jarak keseluruhan lumba berganti-ganti. Ketiga-tiga jarak lumba berganti-ganti ialah 200 meter atau ela, 400 meter atau ela,dan 800 meter atau ela (yang terakhir ini hanya direnang dengan menggunakan gaya bebas). Bagi kolam 25 meter,setiap perenang dalam perlumbaan berganti-ganti berenang dua jarak bagi lumba 800 meter. Banyak kolam pertandingan yang bersaiz penuh di Amerika Syarikat adalah 50 meter panjangnya dan 25 ela lebarnya. Ini membenarkan kedua-dua lumba jarak pendek iaitu kolam 25 meter dan lumba jarak panjang kolam 50 meter diadakan.

DEFINISI GANGGUAN SEKSUAL 
Gangguan seksual boleh didefiniskan sebagai sebarang tingkah laku berunsur seksual yang tidak diingini dan memberi kesan sebagai satu gangguan sama ada secara lisan, bukan lisan, visual, psikologi atau fizikal iaitu ; 
Ø  Yang, atas sebab yang munasabah, boleh dianggap oleh penerima (mangsa) sebagai mengenakan syarat berbentuk seksual ke atas pekerjaannya; atau
Ø  yang, atas sebab yang menasabah, boleh dianggap oleh penerima (mangsa) sebagai satu pencabulan maruah, atau penghinaan atau ancaman terhadap dirinya tetapi tiada hubungan terus dengan pekerjaannya.
Berdasarkan kepada definisi di atas, gangguan seksual boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu pertama ialah gangguan seksual berbentuk ugutan (sexual coercion) dan kedua ialah gangguan seksual berbentuk ancaman terhadap ketenteraman peribadi (sexual annoyance). 

Gangguan seksual yang berbentuk ugutan memberi kesan secara langsung kepada status pekerjaan seseorang. Sebagai contoh, di mana seseorang pegawai atasan yang mempunyai kuasa menentukan gaji dan pangkat, cuba mengugut pekerja bawahan memberi layanan seksual kepadanya. Jika pekerja bawahan tersebut tunduk kepada kehendak seksual pegawai atasan tersebut, faedah yang berkaitan dengan pekerjaan akan diperolehi. Sebaliknya pula jika pekerja bawahan berkenaan menolaknya, faedah itu akan dinafikan.

Gangguan seksual berbentuk ancaman kepada ketenteraman peribadi ialah tingkah laku seksual yang dianggap oleh mangsa sebagai ancaman, ugutan atau penghinaan, tetapi tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan faedah-faedah pekerjaan. Walau bagaimanapun tingkahlaku itu menimbulkan suasana yang tidak tenteram kepada mangsa yang terpaksa dialaminya untuk teruskan kehidupan. Gangguan seksual di antara rakan sekerja adalah termasuk di bawah kategori ini. Begitu juga gangguan oleh pelanggan syarikat terhadap pekerja juga termasuk dalam kategori yang sama.


KRONOLOGI GANGGUAN SEKSUAL ANTARA JURULATIH DAN ATLIT
Daripada 46 nama yang di keluarkan oleh organisasi, 36 orang telah dihukum kerana salah laku seksual. Dua digantung kerana penipuan, dua untuk kesalahan yang tidak dinyatakan dan satu lagi kerana dadah.
Beberapa jurulatih dalam senarai itu didapati bersalah dalam kes-kes berprofil tinggi, seperti Andrew King, San Jose, California, jurulatih yang telah dipaparkan dalam ESPN "Outside the Lines". King telah dihukum 40 tahun penjara di Carlifornia dengan 20 pertuduhan mencabul.
Everett Uchiyama ialah seorang jurulatih di Kelab Colorado, USA. Beliau berada di dalam senarai yang dikeluarkan oleh badan berasaskan pentadbiran Colorado menunjukkan salah seorang dari 46 orang jurulatih yang telah digantung dalam organisasi yang kebanyakan kesalahan yang berkaitan dengan gangguan seksual. Penggantungan dalam senarai tersebut telah dibuat pada tahun 1991, tetapi kebanyakan berlaku dalam dekad yang lalu, termasuk 11 kes sejak awal tahun 2009.
Beliau memulakan kerjayanya di Kelab Renang Amerika Syarikat pada tahun 1999 sebagai penyelaras pasukan kebangsaan dan dinaikkan pangkat menjadi pengarah pasukan kebangsaan secara interim pada bulan Disember 2002
Seorang wanita iaitu bekas atlit yang mendakwa penderaan seksual oleh Uchiyama, memberitahu The Associated Press bahawa pegawai yang bertanggungjawab perlu mengambil tindakan setimpalnya dan bukan hanya melalui publisiti tentang penggantungan Uchiyama dalam masalah ini.
Mangsa dikatakan ditemuramah dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan kerana namanya tidak pernah dikeluarkan semasa penyiasatan yang dilakukan dan tiada sebarang tuntutan. Dia mendokumenkan bahawa dia mempunyai hubungan dengan Uchiyama bermula pada umur 14 tahun dan akhirnya menjadi gangguan seksual.
Wanita itu, kini pada pertengahan 30-an berkata, hubungan dengan Uchiyama bermula tidak lama selepas dia mula menjadi perenang di Southern California Akuatik pada usia 14 tahun.
Mangsa dikatakan mempercayai Uchiyama dan secara beransur-ansur bertukar ke hubungan seksual. Beliau dikatakan pergi ke perjumpaan sosial antara perenang dan sentiasa mengajak untuk keluar makan malam dan menonton filem. Beliau juga cuba untuk membina hubungan dengan mangsa dan cuba mengintimkan hubungan. Mangsa cuba menangani hubungan itu dan hubungan itu berakhir apabila umur mangsa masuk ke pertengahan 20-an.
Mangsa telah meluahkan masalah ini dengan jurulatih lain pada tahun 2005 kerana beliau menyedari bahawa dia telah banyak dicederakan semasa mempunyai hubungan dengan Uchiyama. Mangsa juga telah menggunakan duit sendiri sebanyak $ 3,500 untuk terapi dan juga mengalami sakit kepala yang teruk akibat tekanan daripada pengalaman pahit itu. Mangsa kemudian meneruskan kehidupan dan merasakan amat penting untuk bersuara supaya orang lain tidak perlu melalui perkara yang sama.
Tiada kes jenayah yang pernah difailkan. Mangsa mendakwa bahawa beliau bercakap dengan dua pegawai polis, tetapi kedua-duanya memberitahu mangsa bahawa undang-undang sekatan telah tamat. Atas sebab yang sama, mangsa tidak pernah memfailkan tuntutan mahkamah sivil.
Tetapi mangsa mengkritik Kelab Renang Amerika Syarikat kerana menerbitkan senarai jurulatih yang digantung di bahagian kecil dan bawah web di mana masyarakat tidak dapat mencari dan melihat tentang permasalahan ini. Melalui media, ini adalah salah satu langkah yang diperlukan untuk menangani masalah jurulatih yang mempunyai hubungan seks dengan perenang bawah umur.
Uchiyama digantung kerana melanggar seksyen dalam tatakelakuan yang melarang "apa-apa kelakuan seksual, melakukan seksual lain yang tidak wajar dengan berorientasikan tingkah laku atau tindakan ke arah seorang atlit dengan jurulatih."
Peruntukan ini juga melarang "apa-apa kelakuan fizikal seksual yang bukan secara rela, atau corak gangguan yang tidak diundang atau gangguan seksual lain yang berkaitan dengan atau persamaan dengan aktiviti Kelab Renang Amerika Syarikat yang berkaitan. "
Kelab Renang Amerika Syarikat enggan mengulas mengenai kes Uchiyama secara khusus, dan mesej ditinggalkan di beberapa senarai di Colorado Springs, Colo tidak dikembalikan.
Uchiyama telah digantung sepenuhnya pada tahun Januari 2007 tetapi pada tahun yang sama, beliau telah diupah oleh Kelab Rekreasi Colorado, iaitu kira-kira lima kilometer dari ibu pejabat Kelab Renang Amerika Syarikat walaupun beliau masih dalam senarai perggantungan di laman web kelab itu. Kemudian, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, kelab ini menimbulkan persoalan serius tentang perdebatan Kelab Renang Amerika Syarikat yang menjadi mangsa masalah besar kepada masyarakat.
Kelab Renang Amerika Syarikat mengeluarkan kenyataan pada Rabu, berkata senarai penggantungan dikeluarkan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk menangani salah laku seksual dalam sukan itu. Ia adalah salah satu daripada empat cadangan yang diterima pada mesyuarat lembaga pada 1 Mei untuk menangani tindakan undang-undang dan gelombang publisiti negatif, termasuk Juara renang Sukan Olimpik 1972 mendakwa dia telah didera dan Kelab Renang Amerika Syarikat tidak buat apa-apa tentang hal itu.
Untuk memupuk persekitaran yang selamat dan positif untuk atlit dan menyediakan ketelusan, Kelab Renang Amerika Syarikat telah memilih untuk menerbitkan senarai individu digantung seumur hidup daripada organisasi. Pelan satu daripada tujuh perkara dicadangkan oleh Pengarah Eksekutif Chuck Wielgus dan Presiden Jim Wood ialah memastikan dan berkomited untuk menyediakan perlindungan kukuh untuk atlit-atlit akan diteruskan.
Dalam pelan yang dikeluarkan, Kelab Renang Amerika Syarikat akan menyediakan garis panduan yang menyeluruh bagi tingkah laku kejurulatihan, meningkatkan sistem untuk melaporkan penderaan seksual kepada organisasi dan penguatkuasaan undang-undang, menentukan jika penambahbaikan perlu dibuat dalam sistem semasa pemeriksaan latar belakang dan membangunkan hubungan yang lebih kukuh dengan kelab-kelab tempatan yang bertanggungjawab untuk pengambilan jurulatih.
Akhir sekali , badan pentadbir perlu mendidik atlit , ibu bapa , jurulatih dan pemimpin kelab kepada apa yang mereka boleh lakukan untuk membantu.

JUSTIFIKASI BERLAKUNYA GANGGUAN SEKSUAL ANTARA JURULATIH DAN ATLIT
1.   Tarikan fizikal dan personaliti yang menarik
Tarikan fizikal dan personaliti merupakan faktor utama berlakunya gangguan seksual terhadap wanita. Wanita yang berwajah cantik lebih cenderung di ganggu berbanding wanita yang kurang cantik. Selain itu, wanita yang berpakaian seksi, mempunyai potongan badan yang menarik dan berperwatakan moden  adalah lebih terdedah kepada gangguan seksual. Dengan penampilan yang moden dan perwatakan menarik ini menyebabkan mereka menjadi perhatian dan tarikan kepada rakan atlit dan juga jurulatih, dan ini akan menyebabkan berlakunya gangguan seksual kerana dianggap cuba menarik perhatian. 

2.   Kuasa
Kuasa juga dilihat sebagai punca kepada gangguan seksual. Mengikut teori organisasi pula menyatakan bahawa gangguan seksual adalah disebabkan oleh faktor organisasi dan bukan peribadi. Kebanyakkan organisasi sukan menggaji jurulatih lelaki dan meletakkan mereka dalam kedudukan yang lebih autoriti berbanding jurulatih wanita, hal ini demikian menyebabkan mereka cuba mendapatkan kepuasan secara seksual dari atllit dibawah kendalian mereka. Oleh sebab kebanyakan hierarki di dalam organisasi lebih dimiliki oleh lelaki, ini menyebabkan gangguan seksual ini lebih terdedah untuk berlaku kerana golongan ini menggunakan kuasa yang ada pada mereka. Mereka menggunakan kuasa mereka dengan mengugut untuk tidak diberi insentif yang lebih baik jika tidak melayan atau menerima perlakuan yang dilakukan oleh mereka.

3.   Perbezaan hormon.
Lelaki dan wanita mempunyai hormon yang berbeza. Mengikut teori biologi, gangguan seksual berlaku disebabkan oleh perbezaan hormon antara lelaki dan perempuan. Komponen hormon lelaki yang menyebabkan mereka mempunyai rangsangan seks yang lebih tinggi daripada wanita. Perkara tersebut akan menjurus mereka sehingga terlibat dalam tingkah laku yang bersifat gangguan seksual. Ia berlaku seolah-olah di luar kawalan pengganggu tersebut. Walau bagaimanapun, tingkah laku pengganggu tersebut berlaku secara tidak langsung dan secara tersembunyi. Ini tidak menampakkan berlakunya perkara yang tidak baik atau sumbang di khalayak ramai.
Antara faktor-faktor lain yang menyebabkan berlakunya gangguan seksual antara jurulatih dan atlit ialah :

Ø  Kekurangan pendidikan atlit dan ibu bapa untuk mereka memahami sifat gangguan seksual dan hakikatnya kelakuan itu adalah jenayah dan tidak beretika.
Ø  Atlit berasa malu.
Ø  Kekurangan bukti fizikal.
Ø  Masalah masa untuk melaporkan kejadian itu kerana setiap atlit yang mengalami gangguan seksual juga akan terganggu dari segi emosi dan trauma serta ia akan ambil masa yang lama untuk diluahkan atau membuat laporan.
Ø  Jurulatih memiliki kelab sukan mereka sendiri dan tidak ada pegawai pengawasan untuk mengambil aduan.
Ø  Atlit muda yang ingin mendapatkan perhatian dan kelulusan dari jurulatih dan mereka tidak memahami bahawa ia adalah gangguan seksual oleh seorang jurulatih atau seseorang yang berkuasa
Ø  Penafian ibu bapa
Ø  Kekurangan laporan yang berkesan dan mekanisme penyiasatan
Ø  Konflik kepentingan - jurulatih akan meminta untuk mendapatkan perlindungan daripada rakan-rakan atau institusi mereka yang lain daripada keselamatan atlit untuk menyelamatkan diri daripada sebarang pertuduhan. (Starr, 2011)



CADANGAN / PENDAPAT UNTUK MENGATASAI GANGGUAN SEKSUAL ANTARA JURULATIH DAN ATLIT
Oleh kerana ada kuasa dinamik di antara jurulatih dan atlit dan juga kepentingan yang tinggi atlet profesional dalam aktiviti sukan yang bersepadu, organisasi sukan perlu mengambil langkah-langkah berikut untuk mengelakkan dan menangani gangguan seksual :

1.   Bekerja secara professional.
Setiap atlit dan jurulatih perlu membezakan mana hal-hal yang bersifat pribadi dan umum serta apa yang boleh dilakukan atau tidak boleh dilakukan di sukan. Dalam kata lain, kita perlu mengetahui apa yang dimaksud dengan Gangguan Seksual serta menyebarkan maklumat tentang Gangguan Seksual.

2.   Mengelak ‘Stay-Back’, berlatih sendirian selepas waktu latihan sehingga malam.
Sekiranya terpaksa, pastikan kehadiran kita diketahui oleh orang lain. Pastikan ada rakan  yang  boleh dipercayai apabila ada keperluan berlatih selepas waktu latihan.

3.   Berpakaian sopan dan sesuai dengan jenis sukan yang diceburi .
Kita perlu dapat membezakan antara pakaian menjolok mata dengan yang menyejukkan mata. Seseorang atlit itu juga seharusnya dapat membezakan pakaian yang harus dipakai ketika latihan dan ketika bertanding.

4.   Berperilaku dan berbicara sopan ketika berkomunikasi dengan rakan atlit atau jurulatih,
Perkara ini bukanlah bererti kita tidak boleh bergurau dengan rakan atlit atau perlu terlalu serius tetapi biarlah secara berpada-pada.

5.   Bersikap terlalu ramah dan terlalu mesra dengan orang sekelililng.
Kadangkala terlalu ramah boleh disalahertikan oleh pihak lain. Di samping itu, keramahan bukan bermakna kita bertutur dengan cara menggoda dan kita perlu menghindari gaya bicara manja dan genit.

6.   Menghindari berdua-duaan dengan jurulatih di tempat yang sepi.
Bukan sahaja kita dapat menghindari gosip yang sering kali berlaku dalam organisasi, malah dapat menghindari terjadinya gangguan seksual antara atlit dan jurulatih.

Antara cadangan yang lain untuk menggelakkan gangguan seksual antara jurulatih dan atlit ialah :-
Ø  Membangunkan polisi dan prosedur bagi mencegah gangguan seksual dan penyalahgunaan kuasa
Ø  Menyediakan dan melaksanakan kod etika dan perilaku untuk jurulatih, sama ada mereka melatih atlit dewasa atau kanak-kanak
Ø  Memantau pelaksanaan dasar-dasar dan prosedur
Ø  Menilai kesan dasar-dasar dalam mengenal pasti dan mengurangkan gangguan seksual dan penyalahgunaan
Ø  Menyediakan latihan bagaimana gangguan seksual boleh mempengaruhi hubungan jurulatih dan atlit
Ø  Membangunkan prosedur aduan dan memastikan ia adalah privasi
Ø  Melindungi hak-hak atlit dan jurulatih, dan melindungi dari tindak balas
Ø  Semak semua pemohon untuk kakitangan kejurulatihan dan kedudukan sukarelawan
Ø  Berkongsi maklumat dengan ibu bapa / penjagaan dalam pencegahan gangguan seksual dan penyalahgunaan kuasa
Ø  Menggalakkan dan menyokong penyelidikan mengenai isu-isu ini
Ø  Membuat perbincangan terbuka mengenai isu-isu gangguan seksual dan penyalahgunaan kuasa supaya atlit berasa cukup yakin untuk bersuara

RUMUSAN :

         Kesimpulannya, gangguan seksual dalam kalangan atlit dengan atlit, ataupun atlit dengan jurulatih banyak mendatangkan keburukkan dalam sesebuah organisasi sukan. Walaupun statistik yang menunjukkan masalah gangguan seksual dalam sukan tidak berada di tahap yang membimbangkan namun ianya perlu ditangani dengan segera. Tidak semua kes gangguan seksual ini dilaporkan kepada pihak yang bertanggungjawab. Terdapat segelintir organisasi sukan bertindak menutup kes gangguan seksual yang berlaku dalam organisasi mereka demi menjaga nama baik organisasi atau maruah atlit dan jurulatih yang terlibat. Hasilnya, permasalah tersebut tidak diadili dengan seadil-adilnya. Semua pihak seharusnya berganding bahu dalam mengatasi permasalah ini agar tidak terus berleluasa dan boleh melumpuhkan perkembangan sukan itu sendiri. 

No comments:

Post a Comment