Friday, 30 January 2015

GIMNASTIK

1.    GIMNASTIK
a.    Pengenalan
Gimnastik ialah pergerakan, latihan fizikal dan senaman yang meningkatkankekuatan otot. Pergerakan gimnastik terdiri daripada yang senang contohnya berlari, berjalan, melompat dan pergerakan yang kompleks seperti hambur tangan (handspring), putar roda (cartwheel), salto hadapan dan belakang. Pergerakan gimnastik juga terdiri daripada posisi statik yang senang seperti berdiri, menyokong dan yang kompleks seperti dirian tangan buka kaki serta dirian kepala. Pergerakan gimnastik boleh dilakukan dengan menggunakan alatan, di atas peralatan dan tanpa alatan. Pergerakan gimnastik juga perlulah menunjukkan ketepatan, kejituan dan kesempurnaan.

b.   Sejarah Dan Perkembangan
Pra-sejarah
Bermula tahun 2,300 S.M. Mesir kuno telah mengaplikasikan asas pergerakan gimnastik seperti yang ditemui pada ukiran hieroglifik.

Gimnastik seperti satu sistem latihan sukan harmoni berasal dari Greece Purba 800 S.M. dan diaplikasikan untuk ketenteraan mereka.

Perkembangan awal
Gimnastik berkembang di Jerman dan Czechoslovakia pada permulaan abad yang ke-19. Seorang guru Jerman, Friedrich Ludwig Jahn, yang dikenali sebagai Bapa Gimnastik, telah mencipta beberapa aparatus, termasuk palang mengufuk dan palang selar.

Zaman moden
Gimnastik moden, seperti yang dikawal oleh Persekutuan Gimnastik Antarabangsa      terbahagi kepada 7 kategori :
Ø  Gimnastik artistik (artistik lelaki, artistik wanita)
Ø  Gimnastik berirama
Ø  Sukan aerobik
Ø  Sukan akrobatik
Ø  Trampolin         
Ø  Tumbling
Ø  Gimnastik untuk semua (gimnastrada)

c.    Perkembangan Gimnastik Di Malaysia
Gimnastik merupakan salah satu sukan pilihan yang wajib dipelajari oleh semua murid sekolah di Malaysia. Sejarah perkembangan awal sukan tersebut menunjukkan bahawa gimnastik pada mulanya berfungsi sebagai alat kecergasan badan dan akhirnya berkembang sehingga dipersembahkan pada masyarakat umum. Gimnastik adalah satu sukan yang melibatkan prestasi pergerakan yang berulang-ulang, malah ia memerlukan kekuatan fizikal, kebolehlenturan (flexibility) dan kesedaran kinestatik seperti semasa melakukan hamburan dan lain-lain.
Faiznur Miskin
 
Kemahiran Gimnastik telahpun diajar di sekolah-sekolah dan institut pendidikan guru melalui mata pelajaran Pendidikan Jasmani sejak zaman penjajahan lagi, iaitu kira-kira dalam tahun 1900. Murid-murid hanya diajar senaman lantai, imbangan dan melombol. Gimnastik dapat dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu termasuklah Gimnastik Artistik, Gimrama, Trampolin, Tumbling, Gimnastrada, Sport Aerobik dan juga Gimnastik Akrobatik. Bagi menguasai setiap gimnastik, konsep asas gimnastik perlu dikuasai terlebih dahulu iaitu konsep imbangan, kelenturan dan konsep koordinasi.
Ng Shu Wai
 
Menerusi perkembangan sukan gimnastik yang semakin mendapat perhatian masyarakat dunia, pengaplikasiannya dalam bilik darjah merupakan langkah yang baik bagi mengasah bakat setiap individu pada peringkat awal khususnya pada kanak-kanak prasekolah. Pertandingan gimnastik antara sekolah-sekolah yang pertama telah diadakan pada 24 November 1962 bertempat di Dewan Perhimpunan Cina, Kuala Lumpur bagi murid-murid lelaki sahaja. Pertandingan untuk murid-murid perempuan hanya dapat diadakan pada tahun 1980 sahaja. Gimnastik telah mendapat sambutan ramai melalui pertunjukan di perayaan Hari Kebangsaaan dan temasya sukan sekolah-sekolah setelah Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Kini sukan gimnastik telah berkembang begitu baik sehingga kesemua Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri telah mengambil bahagian dalam kejohanan gimnastik anjuran Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia.
Pasukan Gimnastik
Artistik Wanita
 
Pada tahun 1989 Malaysia telah menang lima pingat emas dalam gimrama di Sukan SEA melalui Faiznur Miskin. Pada tahun 1991 Malaysia telah memenangi pingat emas yang pertama dalam Sukan Sea melalui Kau Git Kaur dalam acara melombol dan pada tahun 1993 Lim Wai Chee pula telah menang pingat emas dalam acara melombol untuk menyumbang pingat emas pertama dalam gimnastik artistic wanita Malaysia.  Malaysia telah menyertai pertandingan gimnastik dalam Sukan Komanwel sejak 1998 hingga sekarang. Pada tahun 2004 seorang gimnas iaitu Ng Shu Wai telah mewakili Malaysia dalam Olimpik di Athens, Greece.

d.    Kemahiran Permainan
i.              Senaman lantai
·         Dari berdiri, lari, langkah ‘salto’ hadapan (‘Front Salto Tuck’)* paras bahu, mendarat dan lonjak
·         Kaki lurus ke guling depan
·         Putar Roda (‘cartwheel’) dua kali, pusing 90º dirian sementara (‘momentary handstand’) dan guling ke hadapan  dua kali kangkang (‘straddle’) tangan l urus ke sisi.
·         Sokong ke hadapan dan tekan ke dirian tangan *2 (‘press handstand’), kemudian guling ke hadapan dakap, bangun lompat setempat putar 135º.
·         Imbangan skala hadapan (front scale) *tangan sisi, 2 saat. Lari Hambur Arab (‘round off’) flik-flak (‘flic-flac’) dan ‘salto’ belakang lurus, * paras bahu (‘straight back salto’)

ii.             Kekuda Berpelana
·         Berdiri ke hujung kekuda (hala memanjang)
·         Lompat ke-4 pukapat (‘double leg circle’), hala memanjang ke atas kekuda tanpa pelana.
·         ½ pukapat, putar badan ke luar 90º mendarat

iii.            Palang Sejajar
·         Berdiri pegang palang, lompat dan tekan ke sokongan ‘L’ (2 saat)
·         Buka kaki lurus ke duduk kangkang atas palang, ubah tangan ke hadapan
·         Guling ke hadapan duduk kaki buka (‘straddle’) dengan tangan sokong ke belakang
·         Angkat badan rapatkan kaki dan hayun ke balekang
·         Hayun ke hadapan ke bentuk bersudut (‘pike’)
·         Hayun ke belakang lurus dirian tangan
·         Hayun ke hadapan dan mendarat (Dismount) dengan 180º  putar badan ke dalam. (jika mendarat ke kanan, putar ke kiri)

iv.           Palang Tunggal
·         Gantung lurus dengan pantas lipat pinggul. Leding dan lengkung tarik melepasi silang (‘pull over’) ke sokong hadapan
·         Ke hayunan pinggul bawah (‘underswi ng’)
·         Hayun ke belakang
·         Hayun ke belakang dengan campur, tangan kiri tukar ke genggam campur (mix grip)
·         Hayun ke belakang dengan campur, tangan kiri tukar ke genggam atas, tangan kanan disilang ke kiri (‘cross grip’)
·         Hayun ke hadapan ke putaran 180º genggam silang ke tukaran genggam atas
·         Hayun ke hadapan
·         Hayun ke belakang
·         Hayun ke hadapan dengan badan lurus dan mendarat

v.            Gelang
·         Hayun ke hadapan
·         Hayun ke belakang
·         Hayun ke hadapan ke gantungan terbalik lurus selama 2 saat (straight inverted hang) ke gantungan terbalik bersudut (‘pike inver ted hang) terus hayun ke belakang naik ke sokong atas gelang
·         Guling ke hadapan
·         Hayun ke belakang ke ‘incolate/ gantung bersudut ‘pike’
·         Hayun ke belakang
·         Hayun ke hadapan ke ‘discolate’ dengan badan lurus ke belakang
·         Mendarat

e.    Peraturan / Undang-Undang
Pakaian
Ø  Peserta wanita dibenarkan memakai “Leotard” dan “Tights” panjang ata u pendek.
Ø  Peserta lelaki dibenarkan memakai seluar pendek serta singlet kecuali  acara Kekuda Berpelana, Gelang Roman, Palang Sejajar dan Palang Tunggal dikehendaki memakai seluar panjang serta singlet dan sarong kaki atau kasut gimnastik.
Ø  Pakaian Pasukan mestilah seragam.

Alatan


Tilam

 


Melombol



 

 

Batang titian
 

 

 

Palang sejajar
 

 

 

Kuda pelana
 

 

Palang tunggal
Gelang
  
Palang bertingkat
 
Peralatan latihan lain
 

1 comment:

  1. Menangkan Jutaan Rupiah dan Dapatkan Jackpot Hingga Puluhan Juta Dengan Bermain di www(.)SmsQQ(.)com

    Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
    -Situs Aman dan Terpercaya.
    - Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
    - Proses Setor Dana & Tarik Dana Akan Diproses Dengan Cepat (Jika Tidak Ada Gangguan).
    - Bonus Turnover 0.3%-0.5% (Disetiap Harinya)
    - Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
    -Pelayanan Ramah dan Sopan.Customer Service Online 24 Jam.
    - 4 Bank Lokal Tersedia : BCA-MANDIRI-BNI-BRI

    8 Permainan Dalam 1 ID :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker - Bandar66

    Info Lebih Lanjut Hubungi Kami di :
    BBM: 2AD05265
    WA: +855968010699
    Skype: smsqqcom@gmail.com

    ReplyDelete