1.
TENIS
a.
Pengenalan
Memulakan
permainan
Permulaan
permainan ditentukan secara undian , iaitu bagi menentukan permain mana yang
akan memulakan permainan. Setelah penentuan dibuat, dan para pegawai permainan
sudah bersedia, maka permainan boleh dimulakan.
Permulaan
servis akan berdiri di belakang garisan belakang, iaitu di tempat membuat
servis yang disediakan disebelah kanan gelanggangnya. Pemain lawan akan berada
dibahagian kanan gekanggangnya.
Pembuat
servis (A) hendaklah membuat servis dengan memukul bola ke kawasan servis
lawan. Jika bola pertama terkeluar daripada kawasan servis lawan ini, pembuat
sevis masih berpeluang membuat servis itu dengan servis kedua. Jika bola
daripada servis kedua ini juga terkeluar, maka mata diberikan kepada pemain
lawan (B). Setelah servis bersih dibuat, maka kedua-dua pemain akan berusaha
mematikan ke kawasan lawannya.
Selepas
membuat servis pertama di sebelah kanan gelanggang pemain berkenaan akan
membuat sevis di sebelah kiri gelanggang pula untuk mata kedua. Selepas itu
kedua-dua pemain akan melakukan servis secara bergilir-gilir sehingga salah
seorang daripada mereka mencapai kemenangan.
Dalam
permainan dan Tamat permainan
Bola
dikira dalam permainan selagi pengadil belum membuat keputusan bola itu mati.
Dalam hal begini, pemain tidak dibenarkan meninggalkan gelanggang kecuali atas
persetujuan pengadil. Bagi permainan beregu, mana-mana pemain boleh memukul
bola kecuali semasa membuat servis kerana pembuat servis yang berhak sahaja
dibenarkan. Pengadil utama yang mengawasi permainan akan memberikan isyarat
jika permainan ditamatkan.
Permainan
ditamatkan setelah pemenang ditentukan. Bahagian lelaki pertandingan yang
diiktirafkan ialah dalam tiga set terbaik dan bagi wanita ia dimainkan dalam
dua set terbaik. Apabila permainan tamat, kedua-dua pemain bersalaman sesama
sendiri dan dengan pengadil
b.
Sejarah
Dan Perkembangan
Tenis merupakan salah satu pemainan menggunakan raket yang
disukai oleh sebahagian besar penduduk dunia. Ia dikenali sebagai Jeu de Paume
di Perancis, Real Tennis di Britain dan Royal Tennis di Australia. Ia merupakan
sukan raket yang tertua berbanding sukan squash dan beberapa sukan raket yang
lain. Berdasarkan beberapa catatan sejarah, permainan menggunakan bola dan
raket telah dimainkan sejak sebelum masihi lagi. Ketika itu, ia dimainkan di
Mesir dan Yunani. Roger Morgan’s pula di dalam bukunya yang bertajuk “Tennis,
The Development of The European Ball Game”, menyatakan bahawa permainan tenis
ini dimainkan di jalan raya pada Zaman Pertengahan.
Tetapi pada abad ke-11, permainan yang seakan-akan tenis
telah dimainkan pada pertama kalinya di salah sebuah kawasan di Perancis. Bola
yang digunakan dibalut dengan benang berbulu dan pemukulnya hanya menggunakan
tangan. Pada ketika itu, tenis dimainkan oleh para rahib di Perancis dan Itali.
Permainan ini berkembang apabila rahib-rahib tersebut mengembara dari satu
biara ke biara yang lain, yang seterusnya mewujudkan banyak peraturan.
Keseronokan bermain tenis ini menyebabkan para rahib tidak mengendahkan
larangan Pope. Pada abad ke-14, ia telah berkembang dari kawasan gereja
sehingga ke istana dan turut menjadi permainan bagi golongan bangsawan.
Permainan ini
kemudian diperkenalkan ke Itali dan Inggerispada abad ke-13 dan ia telah
mendapat sambutan hangat dalam waktu yang singkat dan terus berkembang ke
negara-negara Eropah yang lain. Walaupun pada mulanya permainan tenis hanya
menggunakan tangan, tetapi lama-kelamaan ada pemain yang menggunakan sarung
tangan (glove), dan kemudiannya memintal tali di tangan. Seterusnya, ia
mengalami perkembangan apabila mereka menggunakan rangka yang dipintal dengan
tali dan berpemegang. Ia merupakan raket bertali yang mula diperkenalkan
sekitar abad ke-15 oleh Antonio da Scalo, seorang profesor berbangsa Itali.
Beliau menamakan permainan ini sebagai 'tenispadang' (lawn tennis). Manakala,
di dalam buku Book of Games And Sports, yang diterbitkan dalam tahun 1801 pula,
ia disebut sebagai ‘tenis panjang’.
Bola tenis pula diperbuat daripada gabus yang dibalut
dengan kain yang diikat secara ketat, tetapi ia hanya boleh bertahan selama 2
minggu. Bola tenis seterusnya mengalami revolusi apabila ia diperbuat
menggunakan bulu biri-biri. Bola tersebut lebih ringan berbanding sebelumnya.
Manakala, gelanggang tenis yang pertama telah dibina di Hampton Court pada
tahun 1625 dan ia telah memperlihatkan motif sebenar permainan. Gelanggang
tersebut masih lagi digunakan sehingga sekarang untuk pertandingan.
Pada ketika itu juga, iaitu sekitar abad ke-16 dan abad
ke-17, golongan bangsawan di England dan Perancis mula memainkannya. Di
England, Henry VII amat menyukai sukan ini dan pewarisnya sendiri memiliki
gelanggang asal di Hampton Court Palace. Pada ketika itu juga di Paris,
sebanyak 1800 gelanggang telah dibina. Adapendapat mengatakan bahawa gelanggang
tenis telah di bina di atas kapal 2000 tan di Perancis. Manakala, gelanggang
yang dibina diVersailles, Perancis pada tahun 1686, pula berharga 45,403 franc.
Tetapi pada sekitar tahun 1700, tenis mula disisihkan di Perancis. Sungguhpun
begitu, terdapat juga gelanggang yang dibina seperti di Bath pada tahun 1777
tetapi ia hanya digunakan selama 37 tahun sahaja, dan kini bangunan itu telah
dikenali sebagai Bath Industrial Heritage Centre. Pada pertengahan abad ke 19,
kebangkitan semula tenis mula dirasai. Ketika itu, gelanggang tenis yang
pertama di Amerika Syarikat dan Australia telah dibina pada tahun 1876 dan
1882. Tetapi, perang dunia pertama telah memberikan impak yang negatif terhadap
permainan tenis ini.
Kelab tenis pertama iaitu Leamington telah didirikan
diPerancis oleh J.B. Perera, Harry Gem, Dr. Frederick Haynes, dan Dr. Arthur
Tompkins pada tahun 1872. Pada masa itu, tenis dikenali sebagai pelota atau
lawn rackets. Dalam tahun 1874, permainan tenis pertama kali dimainkan di
Amerika Syarikat oleh Dr. James Dwight dan F.R. Sears. Sementara itu, All
England Croquet Club pula telah didirikan pada tahun 1868. Pada tahun 1970,
barulah pejabatnya dibuka di Jalan Worple, Wimbledon. Pada tahun 1875, kelab
ini bersedia memberikan dana untuk permainan tenis dan badminton. Peraturan
permainan tenispadang juga ditulis. Amerika Syarikat pula mendirikan kelab
tenis yang pertama di Staten Island. Keadaan ini menyebabkan perkembangan yang
pesat dalam sukan tenis dan berjaya melahirkan ramai pemain tenis yang hebat di
peringkat dunia. Kejuaraan tenis yang pertama telah bermula pada tahun 1877.
Ketika itu, seramai 21 orang pemain telah mengambil bahagian. Dalam kejuaraan tersebut.
Spencer William Gore telah menjadi pemenangnya. Kini, kejuaraan tenis tersebut
dikenali sebagai Kejuaraan Wimbledon. Sukan tenis ini juga telah melahirkan
ramai bintang tenis yang hebat dan terkenal, seperti Jimmy Connors, John Mc
Enro, Ile Natashe, Bjorn Borg, Boris Becker, Mats Wilander, Stefie Graff,
Monica Seles, Martina Hingis, Pete Sampras,
Andre Agassi. Kini, tenis telah menjadi satu permainan yang berbentuk
komersil yang menawarkan hadiah yang lumayan.
c.
Perkembangan
Tenis Di Malaysia
Di Malaysia, permainan tenis telah mula diperkenalkan
pada abad ke 20. Persatuan Tenis Malaysia (LTAM) telah ditubuhkan pada tahun
1921, dan pertandingan pertama yang dijalankan ialah pertandingan merebut Piala
Chua dan diikuti pertandingan merebut Piala Guillemard untuk kategori lelaki
dan Piala McCabe Peay untuk kategori wanita. Hari ini, tenis semakin popular di
Malaysia. Permainan ini bukan lagi asing kepada rakyat Malaysia. Malaysia hari
ini telah menjadi tuan rumah kejohanan tenis bertaraf dunia seperti Davis Cup,
jelajah ATP (Malaysia Open 250), WTA dan kejohanan-kejohanan lain. Malaysia
juga telah melahirkan jaguh tenis yang pernah bertanding diperingkat
antarabangsa seperti Adam Malik, Selvam dan S.Selvarajoo. Selari dengan
perkembangan sukan tenis hari ini banyak kejohanan besar yang dianjurkan di
seluruh dunia seperti Kejohanan Terbuka Australia, Terbuka Perancis, Terbuka
Wimbledon, dan Terbuka Amerika Syarikat yang dikenali dengan kejohanan “Grand
Slam” menawarkan hadiah wang tunai dalam jumlah yang besar. Kejohanan utama
dunia atau Grand Slam ini dimainkan dalam tiga jenis gelanggang iaitu Hard
Court, Grass Court dan Clay Court. Di samping itu, terdapat juga siri jelajah
ATP dan WTA yang disertai oleh pemain-pemain dari seluruh dunia. Piala Davis pula
ialah kejohanan berpasukan antara negara-negara yang setaraf Piala Dunia dalam
sukan bola sepak. Kesemua kejohanan ini telah menarik berjuta peminat dan
penonton serta penaja yang membuktikan bahawa sukan ini adalah antara sukan
yang paling menarik di dunia.
Kejohanan utama dunia atau Grand Slam ini dimainkan
dalam tiga jenis gelanggang
iaitu Hard Court, Grass Court dan Clay Court. Di samping
itu, terdapat juga siri jelajah ATP dan WTA yang disertai oleh pemain-pemain
dari seluruh dunia. Piala Davis pula ialah kejohanan berpasukan antara
negara-negara yang setaraf Piala Dunia dalam sukan bola sepak
d.
Kemahiran
Permainan
i.
Pukulan
hadapan / forehand
ii.
Pukulan
kilas / backhand
Menggunakan
sebelah tangan
Mengunakan
dua tangan
iii.
Servis
iv.
Lob
v.
Smesh
e.
Peraturan
/ Undang-Undang
Permainan tenis boleh dimainkan secara perseorangan atau
beregu. Acara beregu pula dijalankan samada beregu lelaki, beregu wanita atau
beregu campuran. Untuk memulakan permainan, pemain melakukan servis dari
garisan belakang dan memukul bola arah menyilang ke gelanggang servis pihak
lawan. Pemain yang membuat servis mempunyai dua percubaan, sekiranya servis
pertama tersangkut dijaring atau keluar, pemain boleh membuat servis sekali
lagi. Sekiranya bola terkena jaring dan masuk ke dalam gelanggang servis pihak
lawan, servis tersebut perlu diulang semula. Mata/”point” dikira sekiranya
pihak lawan gagal untuk mengembalikan bola atau bola mati digelanggang lawan.
Keadaan sebaliknya berlaku jika bola mati digelanggang pemain yang membuat
servis, pihak lawan akan mendapat “point”.
Undang-undang di bawah merupakan asas kepada permainan
tenis.
i.
Servis
adalah batal sekiranya;
Ø Memijak garisan belakang
semasa melakukan servis.
Ø Apabila gagal memukul bola
semasa percubaan melakukan servis.
Ø Apabila bola terkena objek
kekal di dalam gelanggang kecuali jaring atau “centre strap” sebelum masuk ke
gelanggang servis.
ii.
Apabila
‘let’ dilaungkan, servis mesti dilakukan semula. Jenis-jenis ‘let’;
Ø Apabila bola mengenai
jaring atau “centre strap” dan memasuki kawasan servis.
Ø Penerima servis belum
bersedia.
Ø Terdapat gangguan semasa
permainan sedang berlangsung.
iii.
Pertukaran
gelanggang/ ‘Ends’ dilakukan pada setiap “game” kiraan ganjil seperti game
pertama, ketiga, kelima dan seterusnya.
iv.
Pembuat
servis akan mendapat mata sekiranya;
Ø Bola yang diservis terkena
pemain lawan atau apa-apa yang dipegang atau dipakai sebelum menyentuh
gelanggang.
Ø Penerima servis gagal
membalas hantaran servis.
v.
Pemain
kehilangan mata apabila;
Ø Bola melantun lebih daripada
sekali di bahagian gelanggangnya.
Ø Bola yang dipukul terkena
objek kekal diluar kawasan permainan (kecuali jaring, tiang jaring, ‘single
stick’, kabel jaring).
Ø Raket atau pemain
menyentuh jaring semasa permainan berlangsung.
Ø Bola terkena pemain.
vi.
Kiraan
mata bagi satu game;
Pertama – 15, kedua – 30, ketiga – 40, keempat – “game”.
Jika kedua-dua pemain terikat pada kedudukan 40 – 40 (sama) dipanggil “deuce”,
mata berikut dipanggil “advantage”. Jika pemain tersebut terus mendapat mata,
maka ia dikira “game”.
vii.
Kiraan
set
Ø Seseorang pemain itu
mestilah mendapat enam “game”.
Ø Pada kedudukan 5 – 5
(sama) pemain mestilah mendapatkan perbezaan dua “game” iaitu menjadi 7 – 5.
Ø Jika kedudukan 6 – 6
(sama) pemain terpaksa bermain “tie-break”.8 Kiraan “tiebreak”.
Ø Pemain mestilah mendapat 7
mata.
Ø Pada kedudukan 5 – 5
(sama) pemain mestilah mendapatkan perbezaan dua mata agar kedudukan menjadi 7
– 5
viii.
Jumlah
set
Ø Jumlah set maksimum bagi
lelaki ialah 5 set.
Ø Jumlah set maksimum bagi
perempuan ialah 3 set
GELANGGANG TENIS
Permainan
tenis biasanya dimainkan di atas gelanggang rumput, permukaan keras, sintetik
atau tanah liat, samada di luar atau di dalam dewan. Walaupun terdapat pelbagai
jenis permukaan gelanggang ukuran dimensinya adalah standard. Selain dari
ukurannya, kita juga perlu mengatahui bahagian-bahagian gelanggang tenis ini
supaya kita lebih mudah untuk menguasai teknik-teknik permainannya nanti.
Menangkan Jutaan Rupiah dan Dapatkan Jackpot Hingga Puluhan Juta Dengan Bermain di www(.)SmsQQ(.)com
ReplyDeleteKelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
-Situs Aman dan Terpercaya.
- Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
- Proses Setor Dana & Tarik Dana Akan Diproses Dengan Cepat (Jika Tidak Ada Gangguan).
- Bonus Turnover 0.3%-0.5% (Disetiap Harinya)
- Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
-Pelayanan Ramah dan Sopan.Customer Service Online 24 Jam.
- 4 Bank Lokal Tersedia : BCA-MANDIRI-BNI-BRI
8 Permainan Dalam 1 ID :
Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker - Bandar66
Info Lebih Lanjut Hubungi Kami di :
BBM: 2AD05265
WA: +855968010699
Skype: smsqqcom@gmail.com