3.
10
PENYAKIT UTAMA DI MALAYSIA
a.
Sakit
Jantung
Jantung merupakan organ yang sangat penting bagi manusia, kerana ia diperlukan
untuk mengepam darah ke seluruh tubuh manusia sehingga tubuh mendapatkan oksigen dan sari makanan
yang diperlukan untuk metabolisme tubuh. Oleh itu, jantung perlu dijaga supayadapat
menjalankan fungsinya dengan baik.
Penyakit jantung ialah penyakit yang
menyerang jantung manusia dan urat-urat darah. Penyakit-penyakit dapat
mempengaruhi bahagian badan mana-mana pun dari jantung. Contoh penyakit adalah
seperti penyakit jantung koroner, serangan jantung, tekanan darah tinggi,
stroke, sakit di dada dan penyakit jantung rematik. Penyakit yang paling umum
adalah penyakit kronis pada arteria koroner. Penyakit jantung koroner merupakan
penyakit yang paling tertinggi diderita. Penyakit ini sering menyebabkan
serangan jantung pada seseorang manusia sehingga terjadinya pembuluh arteri
yang berfungsi untuk menyediakan darah ke otot jantung menjadi tersumbat dan
melambatkan penyaluran oksigen dan nutrisi ke jantung dan akhirnya menyebabkan
kematian.
Banyak faktor yang boleh menjadi
penyebab kepada penyakit jantung. Asap rokok dikenalpastiaan mempercepatkan
pembekuan darah, menggalakkan pemendapan lemak pada dinding jantung dan
mengurangkan bekalan oksigen ke jantung. Mentega, minyak sapi, daging berlemak
turut member kesan kepada jantung manusia akibat pengambilan lemak yang terlalu
tinggi. Seseorang yang mengalami tekanan perasaan akan menyebabkan denyutan
jantungnya semakin meningkat dan turut menyebabkan tekanan darahnya meningkat.
Selain itu, senaman yang sesuai juga
penting untuk menguatkan jantung serta dapat membaiki pengaliran darah ke
jantung. Sekiranya tidak melakukan senaman yang sesuai dan mencukupi, maka akan
menyebabkan badan seseorang mudah mendapat penyakit jantung. Berlakunya
penyempitan saluran darah disebabkan oleh darah tinngi dan menyebabkan jantung
terpaksa mengepam lebih kuat untuk mengalirkan darah melalui saluran yang
sempit. Pesakit yang mempunyai penyakit kencing manis mempunyai peluang yang
lebih tinggi mendapat serangan sakit jantung.
Kesan penyakit jantung dapat dilihat
dalam beberapa simtom. Angina pektoris merupakan tanda awal seseorang mendapat
penyakit jantung. Tanda-tanda awal angina pektoris ini adalah berasa sakit di
dada sebelah kiri yang disebabkan oleh kekurangan bekalan oksigen yang
mencukupi. Kadang-kala pesakit akan mengadu kesakitan pada bahagian perut. Di
samping itu, angina pektoris boleh berlaku apabila pesakit melakukan aktiviti
yang berat atau mengalami tekanan. Hal ini disebabkan jantung memerlukan
bekalan oksigen yang tinggi untuk menjalankan fungsinya. Walaubagaimanapun
kesakitan ini akan hilang dalam masa kurang dari setengah jam apabila pesakit
berhenti melakukan aktiviti berat atau berehat.
Suatu keadaan di mana
sebahagian otot jantung menjadi rosak dan mati akibat dari kekurangan bekalan
darah yang serius ke bahagian tersebut dipanggil infarksi miokardia. Bagi
tanda-tanda infarksi miokardia adalah mengalami kesakitan biasa pada bahagian
kiri dada dan akan merebak ke bahagian lengan, leher dan bahu kiri. Biasanya
pesakit akan merasa tidak selesa di dada atau merasa seakan-akan ada sesuatu
benda yang berat sedang menekan ke dada dan kadang-kala seolah dada berasa
ketat, atau sukar bernafas, pening kepala dan muntah.
Walaubagaimanapun, terdapat
tips-tips untuk mencegah penyakit jantung. Hindari makanan yang banyak
mengandung kolesterol tinggi dan kurangi menyantap makanan yang digoreng yang
banyak mengandung lemak supaya menjaga kesihatan jantung. Selain menghindari
makanan berlemak, makanan dengan kandungan gula tinggi seperti minuman ringan
juga perlu dihindari. Hal ini dapat dilakukan dengan mempunyai pola makan yang
sihat. Berhenti merokok juga perlu dilakukan dengan segera bagi penghisap rokok
supaya tidak menyesal apabila mendapat penyakit jantung. Menyertai aktiviti
sosial atau menjalankan aktiviti riadah bersama keluarga atau kawan dapat
mengurangkan ketegangan dalam kehidupan harian. Sekiranya dapat melakukan
kegiatan olahraga seperti berjalan kaki, jalan cepat atau jogging. Kegiatan ini
dapat menguatkan kerja jantung serta melancarkan peredaran darah ke seluruh
badan.
Natijahnya, organ jantung manusia adalah untuk kelangsungan
hidup. Oleh itu, agar dapat mengekalkan jantung yang sihat, menikmati makanan
yang sihat, bergizi, dan rendah kolesterol adalah amat penting. Mengamalkan
gaya hidup yang sihat adalah cara yang paling efektif untuk mendapatkan jantung
yang sihat.
b.
OBESITI
Adakah berlebihan berat badan dan
kegemukan/obesiti menjadi masalah di kalangan remaja?
YA.
v Masalah berlebihan berat badan dan kegemukan semakin
meningkat.
v Kajian menunjukkan bahawa 15% daripada kanak-kanak berusia
12 - 19 tahun mempunyai masalah berlebihan berat badan dan kegemukan.
v Masalah ini lebih tinggi di kalangan kanak-kanak daripada
keluarga miskin.
v Berat badan berlebihan dikaitkan dengan risiko yang tinggi
jika mengalami masalah perubatan seperti diabetes dan penyakit jantung yang
boleh menyebabkan kematian awal.
Bagaimana anda tahu anda mempunyai
berlebihan berat badan ?
Indeks Jisim Tubuh (BMI) ialah salah
satu cara untuk mengira jumlah lemak dalam badan anda secara kasar. Cara
pengiraan :
Indeks Jisim Tubuh (BMI) Berat badan
(kilogram)
(Tinggi (meter) x Tinggi (meter)
Bagaimana berlebihan berat badan
atau kegemukan/obesiti boleh berlaku kepada anda?
Berat badan anda bertambah apabila
anda makan banyak, lebih daripada apa yang boleh dibakar oleh badan anda.
Kalori yang lebih ini akan disimpan sebagai lemak
Berlebihan berat badan dan
kegemukan/obesiti akibat daripada pengambilan kalori yang berlebihan tidak akan
berlaku dalam beberapa hari atau minggu.Selalunya ia akan terkumpul dan
tersimpan selama beberapa bulan dan tahun.
Faktor risiko termasuk :
v Sejarah keluarga anda.
v Masalah perubatan.
v Faktor psikologikal termasuk tekanan perasaan, kebimbangan
dan kebosanan.
v Pengaruh budaya sosial dan sekeliling (tabiat makan anda).
v Faktor persekitaran yang menyumbang kepada cara hidup yang
tidak aktif.
Bagaimana anda boleh mengesan
masalah ini?
v Anda, kawan dan keluarga mungkin telah menyedari isu berat
badan ini.
v Dapat dikesan apabila anda membuat pemeriksaan kesihatan
ataupun saringan kesihatan.
v Apabila anda mendapatkan rawatan di klinik bagi masalah
perubatan yang lain.
Kebiasaanya anda kelihatan lebih
besar dan lebih berat daripada rakan sebaya.
Punca berlakunya berat badan
berlebihan dan kegemukan/obesiti pada anda :
v Tabiat makan yang tidak sihat seperti makan berlebihan atau
makan makanan yang mengandungi minyak dan karbohidrat yang tinggi
v Aktiviti fizikal yang rendah atau tidak bersenam
Apakah komplikasi masalah ini?
Berlebihan berat badan dan
kegemukan/obesiti di kalangan remaja dikaitkan dengan :
v Masalah jantung seperti penyakit darah tinggi/hipertensi dan
paras kolesterol yang tinggi.
v Penyakit Kencing Manis/Diabetes.
v Kesan psikologikal seperti kemurungan dan kurang keyakinan
diri.
v Masalah pernafasan seperti asma serta masalah tidur.
v Komplikasi sendi dan tulang seperti osteoarthritis dan
kesakitan tulang pinggul.
v Bertambah gemuk apabila umur meningkat.
c.
INFLUENZA A (H1N1)
Apa itu
penyakit? Penyakit adalah keadaan tidak normal pada badan atau minda yang
menyebabkan ketidakselesaan, disfungsi, atau tekanan/stres kepada orang yang
terbabit atau berhubung rapat dengannya. Terdapat pelbagai jenis penyakit yang
mengancam manusia seperti penyakit berjangkit, penyakit genetic, penyakit
autoimun, penyakit toksik, penyakit kekurangan(zat), penyakit endokrin dan
sebagainya. Penyakit ini boleh disebabkan kuman, bakteria, virus, racun,
kegagalan organ berfungsi, dan juga penyakit boka/keturunan. Di antara kalanga
semua penyakit, penyakit berjangkit adalah penyakit terbesar dan terkenal.
Salah satu penyakit berjangkit yang terkenal dan masih dikira sebagai penyakit
baru ialah Influenza A (H1N1).
Penyakit Influanza A (H1N1) berlaku semenjak tahun lepas bermula dari 24 April 2009 yang telah diisytiharkan oleh Pertumbuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai krisis kecemasan kesihatan antarabangsa ekoran merebaknya wabak Virus Influanza A (H1N1)(Swine Flu) bagi memberi amaran wabak yang dianggap makin mencemaskan dan berpotensi untuk menjadi ‘pendemik’ atau wabak yang akan merebak. Swine Flu yang disebarkan oleh manusia ini telah mencetuskan keadaan panik di seluruhan dunia terutamanya di Mexico dan Amerika Syarikat. Shingga 6 Mei 2009, wabak ini telah mengorbankan 29 orang di Mexico, 2 orang di Amerika Syarikat. Bagi di Negara Malaysia pula wabak Swine Flu bermula pada Mei-Jun 2009. Sehingga 21 Jun 2009, terdapat kes di Malaysia.
Apa itu penyakit Influanza A (H1N1). Influanza A (H1N1) adalah sejenis penyakit berjangjit pada saluran pernafasan yang disebabkan oleh Virus Influanza A (H1N1). Virus Influanza ini adalah sejenis virus yang baru dan terhasil daripada ressorment iaitu percampuran genetik virus influanza babi, burung dan manusia. Pada mulanya, semua orang tiada daya ketahanan kepada jangkitan tersebut. Vaksin bagi melindungi jangkitan ini juga belum ada.
Terdapat beberapa tanda amaran yang menunjukkan seseorang itu mengindap penyakit jangkitan Influanza A (H1N1). Antaranya adalah masalah penafasan. Batuk berdarah atau kahak berdarah. Sakit dada berterusan. Cirit-birit atau muntah yang kerap, Demam berterusan melebihi 3 hari ataupun demam berulang selepas hari pulih. Berkelakuan tidak normal, keliru, kurang resposif kepada rangsangan atau sawan. Rasa pening apabila berdiri dan kurang kencing. Jika seseorang itu ada salah satu tanda di atas semasa waktu penyebaran virus Influanza A (H1N1), maka orang itu disahkan menjangkiti Influanza A(H1N1).
Di samping itu , terdapat juga beberapa golongan yang berisiko tinggi akibat jangkitan Influanza A (H1N1). Golongan-golongan yang berisiko tinggi adalah kanak-kanak yang berumur kurang daripada 5 tahun, Individu yang berusia 65 tahun dan ke atas, kanak-kanak dan remaja yang kurang daripada 18 tahun yang menggunakan terapi aspirin untuk jangkamasa yang panjang, wanita mengandung, dewasa dan kanak-kanak dengan asma, penyakit pernafasan kronik obstruktif, kegagalan organ, penyakit kardiovaskular, hepatik, heamatologikal, neurologik, neuromuscular atau masalah metabolik seprerti Diabetes Mellitus, orang yang mengalami daya ketahanan yang rendah(immunosuppressant) dan individu yang mengidap di rumah kebajikan dan institusi penjagaan yang lain. Semua golongan di atas perlu mengambil tindakan segera sekiranya mendapati diri-sendiri dijangkiti Influanza A (H1N1). Jika tidak, penyakit ini boleh membawa maut.
Penyakit Influanza A (H1N1) berlaku semenjak tahun lepas bermula dari 24 April 2009 yang telah diisytiharkan oleh Pertumbuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai krisis kecemasan kesihatan antarabangsa ekoran merebaknya wabak Virus Influanza A (H1N1)(Swine Flu) bagi memberi amaran wabak yang dianggap makin mencemaskan dan berpotensi untuk menjadi ‘pendemik’ atau wabak yang akan merebak. Swine Flu yang disebarkan oleh manusia ini telah mencetuskan keadaan panik di seluruhan dunia terutamanya di Mexico dan Amerika Syarikat. Shingga 6 Mei 2009, wabak ini telah mengorbankan 29 orang di Mexico, 2 orang di Amerika Syarikat. Bagi di Negara Malaysia pula wabak Swine Flu bermula pada Mei-Jun 2009. Sehingga 21 Jun 2009, terdapat kes di Malaysia.
Apa itu penyakit Influanza A (H1N1). Influanza A (H1N1) adalah sejenis penyakit berjangjit pada saluran pernafasan yang disebabkan oleh Virus Influanza A (H1N1). Virus Influanza ini adalah sejenis virus yang baru dan terhasil daripada ressorment iaitu percampuran genetik virus influanza babi, burung dan manusia. Pada mulanya, semua orang tiada daya ketahanan kepada jangkitan tersebut. Vaksin bagi melindungi jangkitan ini juga belum ada.
Terdapat beberapa tanda amaran yang menunjukkan seseorang itu mengindap penyakit jangkitan Influanza A (H1N1). Antaranya adalah masalah penafasan. Batuk berdarah atau kahak berdarah. Sakit dada berterusan. Cirit-birit atau muntah yang kerap, Demam berterusan melebihi 3 hari ataupun demam berulang selepas hari pulih. Berkelakuan tidak normal, keliru, kurang resposif kepada rangsangan atau sawan. Rasa pening apabila berdiri dan kurang kencing. Jika seseorang itu ada salah satu tanda di atas semasa waktu penyebaran virus Influanza A (H1N1), maka orang itu disahkan menjangkiti Influanza A(H1N1).
Di samping itu , terdapat juga beberapa golongan yang berisiko tinggi akibat jangkitan Influanza A (H1N1). Golongan-golongan yang berisiko tinggi adalah kanak-kanak yang berumur kurang daripada 5 tahun, Individu yang berusia 65 tahun dan ke atas, kanak-kanak dan remaja yang kurang daripada 18 tahun yang menggunakan terapi aspirin untuk jangkamasa yang panjang, wanita mengandung, dewasa dan kanak-kanak dengan asma, penyakit pernafasan kronik obstruktif, kegagalan organ, penyakit kardiovaskular, hepatik, heamatologikal, neurologik, neuromuscular atau masalah metabolik seprerti Diabetes Mellitus, orang yang mengalami daya ketahanan yang rendah(immunosuppressant) dan individu yang mengidap di rumah kebajikan dan institusi penjagaan yang lain. Semua golongan di atas perlu mengambil tindakan segera sekiranya mendapati diri-sendiri dijangkiti Influanza A (H1N1). Jika tidak, penyakit ini boleh membawa maut.
Untuk mengelakkan daripada
menjangkiti Influanza A (H1N1), langah–langkah tersebut perlu diambil oleh
semua orang. Antaranya adalah mengamalkan amalan kebersihan diri dan adab batuk
yang betul, tutup/lindungi mulut dan hidung dengan tisu sewaktu bersin atau
batuk. Buangkan tisu tersebut ke dalam tong sampah selepas menggunakan. Basuh
tangan dengan sabun dan air dengan kerap terutamanya selepas batuk atau
selesema. Pembersih tangan berasaskan alcohol juga berkesan. Pesakit
dinasihatkan untuk tinggal di rumah, elakan berhubung rapat dengan ahli
keluarga yang lain serta mengambil langkah kawalan dan pencegahan dari
menjangkiti mereka yang menjaga pesakit. Dapatkan maklumat maklumat terkini
mengenai situasi semasa dari sumber yang boleh dipercayai seperti Kementerian
Kesihatan Malaysia dan Pertumbuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Dengan melalui internet, akhbar dan
berita yang ditayangkan dalam television, kita dapati tahu sekarang kadar orang
yang dijangkiti Influanza A (H1N1) telah berkurang serta neagara kita telah
mendapat vaksin baru yang diberi oleh Pertumbuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi
mengubati orang yang terkena. Kita masih perlu mengamalkan amalan kebersihan
diri dan gaya hidup yang sihat bagi mengelakkan dijangkiti Influanza A (H1N1)
atau penyakit lain.Akhir kata mencegah lebih daripada mengubati, lakukanlah
sekarang sebelum menyesal.
d.
TALASEMIA
Penyakit Talasemia merupakan sejenis penyakit genetik yang
mengganggu pembentukan sel-sel darah merah yang normal.Pesakit Talasemia
menghasilkan sel darah merah yang mudah pecah atau musnah, kekurangan sel darah
merah yang normal menyebabkan pesakit tersebut sering kelihatan pucat
disababkan oleh paras hemoglobin yang rendah. Hemoglobin adalah sejenis protein
dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan. Setiap manusia
mempunyai 2 jenis gen dan gen tersebut diwarisi daripada ibu dan juga bapa.Oleh
itu,penyakit Talasemia dikatakan sebagai penyakit keturunan atau genetik kerana
penghidap penyakit ini mewarisi gen ayah atau ibu yang menghidap Talasemia.
Selain itu,penyakit talasemia tidak dijangkiti melalui pemindahan
darah,udara,air,melalui sentuhan fizikal dan juga kekurangan zat makanan atau
masalah kesihatan.
Di Malaysia,talasemia merupakan masalah kesihatan yang besar
kerana dari beberapa kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa kadar
pembawa gen talasemia adalah di dalam lingkungan 3 hingga 5 peratus atau 1
dalam 20 orang rakyat Malaysia.Dengan itu dianggarkan seramai 600,000 hingga 1
juta orang rakyat Malaysia adalah pembawa gen ini.
JENIS-JENIS PENYAKIT TALASEMIA
Talasemia Minor @ Beta berlaku
disebabkan oleh mutasi yang terjadi dalam gen globin beta. Individu yang
mewarisi 1 gen Talasemia Beta dari ibu bukanlah suatu penyakit dan individu
tersebut boleh meneruskan kehidupan dengan normal. Pembawa kepada gen yang
abnormal ini turut digelar sebagai pembawa Talasemia yang sihat. Talasemia
minor berlaku apabila seseorang itu mempunyai paras haemoglobin dan saiz darah
merah yang rendah sedikit daripada biasa khususnya bagi seseorang ibu yang
sedang hamil
Talasemia Major dikenali sebagai
pesakit talasemia, ianya berlaku apabila seseorang individu itu mempunyai 2 gen
Talasemia Beta iaitu masing-masing diwarisi daripada ibu dan bapa yang
merupakan pembawa talasemia jenis tersebut.Talasemia Major berlaku apabila
sumsum tulang mereka tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang mencukupi
kerana penghasilan hemoblobin yang sedikit. Selain itu,sel darah merah dalam
penghidap talasemia major hanya boleh hidup dalm beberapa minggu sahaja
berbanding sel darah merah yang normal selama 4 bulan.Di Malaysia, Talasemia
Major merupakan penyakit yang biasa dialami oleh rakyat Malaysia berbanding
Talasemia Minor.Misalnya,kanak-kanak yang mengalami penyakit ini antara 6-18
bulan selepas dilahirkan dan bagi kanak-kanak yang tidak dirawat dari peringkat
awal lagi biasanya akan sakit ketika berumur antara 2-4 tahun. Mereka akan
kelihatan pucat,tumbesaran terbantut dengan kecacatan tulang dan limpa
membesar.
Talasemia Alfa terjadi disebabkan
oleh kehilangan 1 gen atau lebih daripada rantaian globin alfa.Tahap keterukan
talasemia ini bergantung kepada jumlah bilangan globin alfa yang hilang.
Individu yang menghidap penyakit ini memerlukan pemindahan darah sekali sekala
ataupun pemindahan darah yang berskala berterusan. Sesetengahnya pula, langsung
tidak memerlukan pemindahan darah kerana ianya melihat kepada tahap keterukan
penyakit tersebut. Manakala sesetengah keadaan akan mengakibatkan berlakunya
kejadian lahir mati akibat hidros petalis jika tiada globin alfa dihasilkan
semasa hayat janin tersebut.
Hemoglobin E merupakan sejenis
penyakit talasemia yang biasa berlaku di Malaysia khususnya dalam kalangan
orang melayu.Individu yang menghidap penyakit jenis ini mewarisi 1 gen
Talasemia Beta dan 1 gen Haemoglobin E yang abnormal. Gen-gen tersebut turut
diwarisi daripada ibu dan bapa yang membawa penyakit jenis ini. Namun, darah individu yang menghidap
Haemoglobin E membawa oksigen lebih baik berbanding individu yang mengalami
penyakit Talasemia Beta.
TANDA- TANDA PESAKIT TALASEMIA
Bayi yang menghidap penyakit
talasemia kelihatan normal semasa kelahiran. Namun,secara perlahan-lahan bayi
tersebut kelihatan pucat dan bertambah teruk apabila usia meningkat pada 6-18
bulan, kanak-kanak kelihatan letih dan gelisah, kekurangan darah merah mengakibatkan
sesak nafas, kulit kelihatan kekuningan atau berwarna pucat pada bibir, lidah,
tangan dan kaki, kembung perut disebabkan oleh pembengkakan hati dan
limpa,perubahan pada pembentukan tulang muka dan hilang selera makan
Meskipun penyakit talasemia
dikatakan turut berlaku di seluruh dunia dan bukan Malaysia sahaja,kementerian
kesihatan telah memperkenalkan beberapa kaedah bagi mengesan dan mengurangkan
penyakit talasemia .Terdapat 4 kaedah yang digunakan dalam mengatasi penyakit
ini,iaitu melalui pemeriksaan fizikal (dilihat pada tanda-tanda pesakit
talasemia), sejarah(ibu bapa pembawa penyakit talasemia), penyelidikan makmal
dan kaedah molecular. Menerusi kaedah penyelidikan makmal, penyakit talasemia
dikesan dengan menggunkan beberapa jenis peralatan yang khusus seperti Indeks
Hematologi dan Parameter Hematologi,filem darah dan morfologi sel darah serta
hemoglobin electrophoresis. Indeks Hematologi dan Parameter Hematologi diukur
dengan menggunakan peralatan elektronik untuk mengira sel darah merah,menilai
ukuran dan isi padu sel darah merah serta jumlah hemoglibin yang terdapat di
dalam badan.Seseorang itu disahkan menghidap talasemia apabila ukuran dan isi
padu sel darah merah serta kepekatan hemoglobin di dalamnya menunjuk
berkurangan dengan jelas. Seterusnya, filem darah dan morfologi sel darah merah
dilihat di bawah mikroskop, hasil yang diperolehi daripada penggunaan alatan
ini akan memperlihatkan sel darah merah kelihatan pucat dan lebih kecil
daripada ukuran normal,yang paling utama kebanyakkan mempunyai bentuk yang
ganjil. Manakalah,hemoglobin electrophoresis digunakan sebab ia melibatkan
proses memisahkan protein berlainan yang menghasilkan molekul hemoglobin
hbA,HbA2 dan HbF.Bagi pengesahan penyakit talasemia ditentukan,tahap hemoglobin
janin(HbF) adalah tinggi dari paras normal dan perbezaannya antara
20-90%.Manakalah,HbA biasannya dikira sehingga 30% dari paras normal hemoglobin
dewasa, iaitu boleh jadi tidak wujud,berkurangan,normal atau sedikit meningkat.
Kaedah molecular merupakan cara terbaik untuk mengesahkan atau mendapatkan
maklumat yang khusus berkaitan dengan penyakit melalui kajian DNA.
Penyakit talasemia hanya boleh
diwarisi apabila salah seorang ibu atau bapa merupakan penghidap talasemia dan
seorang lagi normal. Oleh itu, setiap anak mempunyai 1 antara 2 peluang untuk
mewarisi gen talasemia daripada ibu dan bapa,besar kemungkinan anak tersebut
akan mendapat talasemia ataupun 1 antara 2 untuk kanak-kanak tersebut mewarisi
gen yang normal daripada ibu atau bapa pembawa.Jika ini berlaku,anak tersebut
berada dalam keadaan normal dan tiada seorang pun anak pasangan ini mendapat
talasemia major. Manakalah apabila kedua-dua ibu bapa pembawa talasemia,maka
kedua pasangan pembawa mempunyai peluang 1:4 (25%) mendapat anak penyakit talasemia
di setiap kehamilan dan berpeluang mempunyai 1:2 (50%) anak yang menghidap
talasemia major serta berkemungkinan 1:4 (25%) anak berpeluang mewarisi gen
yang normal dari kedua ibu bapa dan ia bebas daripada penyakit tersebut.
Cara merawat talasemia adalah
melalui pemindahan darah setiap 2-4 minggu sekali.Kaedah rawatan ini
mengelakkan seseorang daripada mengalami kekurangan darah dan menghindar
daripada kelihatan pucat serta memastikan tisu badan mendapat bekalan oksigen
yang mencukupi.Pesakit juga dapat hidup dengan normal dan membantu pembentukan
tulang menjadi kuat kemudian muka kelihatan normal.Kaedah rawatan talasemia
melalui pemindahan sum-sum tulang boleh dilakukan,namun penderma sum-sum tulang
yang paling sesuai adalah di kalangan keluarga.Selain itu,pemberian zat besi
(chelators) dari jenis tablet diberikan sekirannya rawatan infuse tidak sesuai
atau tidak berkesan.Di samping itu juga,terdapat kaedah pengambilan ubatan
untuk mengeluarkan zat besi dari darah dan melepaskannya melalui buah pinggan.Ubatan
ini biasannya diberikan melalui suntikan dengan menggunakan infusi pam secara
perlahan untuk beberapa jam.
CARA MENCEGAH PENYAKIT TALASEMIA
Menjalani ujian penyaringan bagi
mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidap talasemia.
Seseorang yang mempunyai ciri
talasemia dan ingin berkahwin, anda perlu bersikap terbuka dan berbincang
mengenai hal tersebut kepada pasangan anda. Bakal pasangan anda perlu menjalani
ujian darah untuk mengetahui samada dirinya mempunyai ciri talasemia atau
tidak.
Pasangan yang membawa ciri talasemia
perlu mendapatkan nasihat dan keterangan lanjut mengenai penyakit tersebut dengan
menghadiri kauseling genetik.
Mengelakkan daripada mengambil
makanan dengan kandungan ferum yang terlalu tinggi seperti daging merah dan hati
berbanding makanan yang mengandungi serat yang tinggi iaitu roti dan bijirin.
Kanak-kanak diberikan imunisasi
mengikut jadual,khususya pemberian pelalian hepatitis B untuk melindungi mereka
daripada jangkitan akibat pemindahan darah.
Kesimpulannya, penyakit talasemia
merupakan salah satu daripada masalah kesihatan yang besar dihadapi oleh rakyat
Malaysia dan juga di negara lain. Meskipun dinyatakan penyakit ini semakin
bertambah dan banyak dihidapi oleh rakyat Malaysia,namun ia merupakan
satu-satunya penyakit genetik yang telah terbukti boleh dicegah dan dirawat
sekiranya mendapat sokongan padu daripada masyarakat.Kunci kejayaan program
pencegahan dan kawalan talasemia adalah melalui pendidikan kesihatan yang
berterusan dengan sokongan daripada semua pihak.Selain itu,hari Talasemia
Antarabangsa disambut pada 8 Mei setiap tahun bagi mengurangkan lagi aktiviti
penyebaran penyakit ini.
e.
KENCING MANIS
Apa itu Peyakit Kencing Manis?
Penyakit kencing manis adalah satu
keadaan di mana terdapat kadar gula yang berlebihan dalam peredaran darah. Hal
ini terjadi kerana badan kekurangan sesuatu hormon yang dipanggil insulin yang
diperlukan untuk menukar gula kepada tenaga dalam badan kita. Insulin adalah
sejenis hormon yang dihasilkan oleh organ bernama pancreas yang terletak di
bawah perut. Badan kita mengeluarkan tenaga untuk menjalankan tugas harian
daripada makanan. Dalam perut, makanan berkanji dan bergula yang dipanggil
makanan karbohidrat ditukar kepada bahan gula yang dipanggil glukos dan masuk
ke dalam saluran darah di mana ia akan digunakan oleh badan untuk menghasilkan
tenaga. Glukos adalah punca utama yang memberi tenaga.
Dalam keadaan biasa, insulin
membantu gula (glukos) dalam darah untuk memasuki sel-sel badan untuk
ditukarkan kepada tenaga. Bagi orang yang mengidap penyakit kencing manis,
organ pancreas tidak dapat menghasilkan hormon insulin dengan secukupnya atau
insulin yang dikeluarkan tidak dapat bertindak seperti biasa. Akibatnya, glukos
atau gula tidak dapat memasuki sel-sel badan. Kadar gula dalam peredaran darah
menjadi tinggi. Gula yang berlebihan ini akan disingkirkan oleh badan melalui
air kencing. Hal inilah sebabnya, penyakit ini dikenali sebagai penyakit
kencing manis. Tanpa insulin, sel-sel badan tidak menerima bekalan glukos,
walaupun kadarnya amat tinggi dalam peredaran darah. Oleh itu, badan kita akan
kekurangan tenaga.
Siapakah penghidap Penyakit Kencing
Manis?
Sesiapa pun boleh mendapat penyakit
ini. Tetapi mereka yang datang daripada keluarga atau keturunan di mana
terdapat ahli-ahli yang menghidapi penyakit kencing manis sudah meningkat umur
(40 tahun ke atas), ataupun mereka yang mempunyai berat badan berlebihan, gemuk
atau obesiti mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kencing manis.
Apakah rawatan untuk Penyakit Kencing
Manis?
v Kawalan pemakanan. Makanan harian yang patut makan
bergantung kepada beberapa faktor seperti berat badan, umur, pekerjaan dan
aktiviti yang dilakukan dan keadaan penyakit.
v Suntikan insulin. Insulin boleh diberi melalui suntikan
sahaja kerana ia akan dimusnahkan di dalam perut jika dimakan.
v Pil. Tetapi perlu jumpa doktor untuk menjalankan pemeriksaan
terhadap penghidap, supaya dapat menentukan sama ada memerlukan suntikan
insulin atau pil dalam rawatan.
v Rawatan awal jika jumpa tanda-tanda/gejala kencing manis.
v Menjalankan pemeriksaan di klinik atau hospital dari masa ke
semasa termasuk ujian air kencing dan darah.
v Patuhilah nasihat doktor anda mengenai ubat-ubat yang anda
perlu ambil.
v Jangan berhenti mengambil ubat kerana merasa sihat dan berfikir
bahawa ubat itu tidak perlu lagi. Berhenti mengambil ubat tanpa nasihat
daripada adalah sangat merbahaya kerana hal ini boleh mengakibatkan penyakit
melarat disebabkan tidak dikawal dengan sempurna.
v Mengelakkan pengambilan makanan yang manis, terlalu banyak
karbohidrat dan lemak secara berlebihan.
v Mengurangkan pengambilan nasi, roti, ubi kentang,ubi
keledek, ubi kayu,jus, kelapa, daging kambing, buah-buahan jeruk dan
bahan-bahan tenusu.
v Penjagaan berat badan. Adalah baik jika berat badan
penghidap turun, kerana badan dapat menggunakan gula dalam darah dengan lebih
sempurna. Dengan itu, kadar gula dalam darah akan turun.
v Senaman. Senaman yang dilakukan secara teratur adalah sangat
baik untuk penyakit kencing manis kerana ini dapat menambahkan lagi pembakaran
gula dalam otot-otot dan dengan itu mengurangkan kandungan gula dalam darah.
Pengaliran darah juga bertambah baik.
v Mengelakkan jangkitan. Pesakit kencing manis lebih mudah
mendapat jangkitan daripada orang biasa. Oleh itu, pesakit perlu menjaga diri
sendiri melalui langkah-langkah tersebut :
- Selalu menjaga kebersihan diri.
- Setiap hari, cucikan kaki dan jari-jari kaki dengan
menggunakan sabun dan air,
keringkan kaki dan
sapukan bedak.
- Mandilah selalu.
- Sapukan bedak di bahagian-bahagian kulit yang berpeluh
berlebihan.
- Jaga kebersihan gigi.
- Menjauhkan diri dari kecederaan.
- Jangan berjalan tanpa kasut atau selipar.
- Berhati-hatilah semasa memotong kuku jari dan jari kaki.
- Bersih dan balutkan mana-mana luka yang ada.
- Berhati-hati semasa bercukur.
v Penjagaan kaki.
- Jika peredaran darah di bahagian kaki anda tidak dapat
mengalir dengan
sempurna atau
diganggu, hal ini boleh membawa akibat yang buruk dan mungkin
boleh menghilangkan
kaki anda disebabkan oleh jangkitan yang melarat. Oleh itu,
sentiasa perlu
menjaga kaki anda.
- Jangan menyilangkan kaki anda semasa duduk pada suatu masa
yang lama
- Jangan pakai kasut yang ketat.
- Sentiasa urutkan kaki anda.
- Setiap hari, berbaringlah dengan meletakkan kaki di paras
yang lebih tinggi dari
badan anda untuk
beberapa minit.
Apakah bahaya Penyakit Kencing Manis
sekiranya tidak dirawat atau dikawal dengan baik?
Penyakit ini akan melarat sehingga
mendatangkan akibat-akibat buruk seperti :-
v Buta.
v Kerosakan buah pinggang.
v Sakit jantung dan penyakit lumpuh.
v Darah tinggi.
v Penyakit saraf. Hal ini boleh mengakibatkan pesakit hilang
deria di bahagian kaki dan tangan, serta tidak dapat merasai sakit/panas.
Dengan itu boleh mencederakan diri sendiri tanpa disedari.
v Jangkitan yang menyebabkan Gangrene (tisu-tisu mati) yang
boleh mengakibatkan kehilangan kaki.
v Tidak sedarkan diri. Jika tidak dirawati dengan serta merta,
pesakit boleh maut.
f. BATUK KERING (TIBI)
Penyakit batuk kering ataupun
Tuberkolosis merupakan satu penyakit yang amat bahaya.Ia jaga dikenali sebagai
TIBI. Penyakit ini jangkitan bakterium Mycobacterium tuberculosis. Bakteria in
biasanya menyerang paru-paru. Selain itu, ia juga dapat menyerang sistem-sistem
badan lain. Sistem-sistem ini seperti menyerang sistem saraf tujung,
sistem peredaran, sistem limfatik, tulang, sendi dan lain-lain.
Tanda-tanda peyakit yang
dijangkit akan batuk berdarah atau berkahak. Iaitu meraka yang berjangkit
adalah sangat susah untuk menhentikan batuk dia, dan dia mungkin akan batuk
berterusan sehingga 2 minggu sampai berdarah. Selain itu, peyakit juga
mempunyai tanda lemah dan keletihan. Mereka akan sentiasa tiada ada sebarang
semangat dan berasa letih. Seterusnya, berat badan mereka akan susut. Ia akan
susut hingga kita tidak dapat mengenali siapa dia. Mereka akan berasa sakit di
bahagian dada. Ini disebabkan paru-paru mereka telah diserang oleh bakteria
Mycobacterium tuberculosis, dan menyebabkan dada mereka berasa sakit sangat.
Peyakit akan sentiasa mengalami kesakitan dada semasa menarik nafas panjang dan
juga batuk. Tanda-tanda seperti menggigil, deman dan berpeluh di sebelah petang
dan malam juga sebagai tanda-tanda pesakit TIBI.
Jika kita aaggapkan penyakit ini adalah penyakit yang amat
bahaya dan memberi ancaman kepada kesihatan dan kehidupan kita. Jadi, kita
harus tahu bagaimana caranya mengesan dan jaga rawatan kepada penyakit ini
supaya sebagai satu perlindungan kepada kita. Cara yang kita boleh mengesan
penyakit TIBI adalah mendapatkan pemeriksaan daripada doktor. Pemeriksaan
dengan penggunaan alat-alat pengesanan, penyakit ini adalah lebih senang dapat
dikesan dan dapat mendapat rawatan dengan segera. Cara lain yang kita dapat
mengesan penyakit TIBI ialah melakukan pemeriksaan kahak untik
mengenalpastinya. Penggunaan pemeriksaan X-ray dada juga dapat mengesan
penyakit TIBI. Dengan dapat dikesan dengan secepat mungkin, kita dapat mendapat
rawatan sebelum penyakit TIBI menjadi serius.
Biasanya, penyakit TIBI ini akan mengambil 6 bulan di bawah
penyeliaan anggota-anggota kesihatan yang dilantikan supaya dapat memberi
rawatan yang segera dalam keadaan yang menjadi teruk. Penyakit ini tidak
kirakan kaum, umur, atau bangsa terutamanya pesakit AIDS. Iaitu pesakit
yang dijangkit oleh virus HIV. Namum, kita juga dapatkan cara pencegahan
penyakit ini. Iaitu bayi yang baru dilahirkan mestilah diberikan suntikan BCG,
dan dapatkan suntikan dos kedua pada umur 12 tahun. Dengan pencegahan ini ,
telahpun kita menurunkan risiko ancaman penyakit TIBI kepada kita.
Kesimpulannya, penyakit TIBI merupakan satu penyakit yang amat bahaya dan boleh
mengancamkan kita semua. Oleh itu, kita harus sama-sama mengatasikan penyakit
TIBI ini.
g.
HIV / AIDS
Dalam era globalisasi ini, sering
kali kita mendengar tentang HIV dan AIDS. Mungkin ramai yang mengerti apa itu
HIV dan AIDS. Tetapi,tidak mustahil jika masih ada segelintir masyarakat moden
kini yang masih kabur tentang maksud sebenar kedua-duanya. HIV bermaksud ‘Human Immunodeficiency Virus’ iaitu sejenis virus yang mengambil alih
sistem pertahanan badan manusia. Selain HIV, AIDS atau ‘Acquired Immune
Deficiency Syndrome’ atau dalam bahasa melayu sindrom kurang daya tahan
penyakit adalah simptom yang terjadi apabila dijangkiti virus HIV atau
apabila seseorang itu mempunyai kurang daripada 200CD4 sel immune. Mungkin
ramai yang tidak mengetahui bahawa virus HIV menjadi pembunuh no 1 di
negara-negara miskin seperti Zimbabwe dan Euthopia. Tetapi, pada masa kini,
AIDS juga merebak di negara-negara membangun dan juga di negara yang sedang
membangun seperti Malaysia.
Setiap penyakit pasti ada penawarnya tetapi tidak bagi AIDS. Sehingga kini,
para saintis di seluruh dunia masih belum menemui sebarang vaksin untuk melawan
HIV atau sebarang ubat yang boleh menyembuhkan AIDS. Walaubagaimanapun, terdapat
ubat yang boleh memperlahankan HIV daripada merebak di dalam badan dan
kerosakan sistem pertahanan badan. Terbaru, Seorang pengarah urusan sebuah
syarikat di Kuantan, Mohamad Fauzi Mohd. Norman mendakwa cicak tokek mempunyai
nilai tinggi di pasaran hingga mencecah RM 3 juta kerana didakwa mempunyai
khasiat mujarab untuk merawat pelbagai penyakit termasuk HIV/AIDS. Menurutnya,
Dipercayai setelah cicak itu mencecah berat 350 gram ke atas, ia boleh
mengeluarkan satu enzim yang mampu mengubati penyakit HIV dan AIDS.
Bagaimanapun, jelasnya, kebenaran dakwaan itu tidak dapat dipastikan dan ia
boleh dibuktikan jika satu kajian saintifik dijalankan terhadap haiwan
tersebut.
Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa
AIDS adalah sejenis penyakit yang sukar diubati dan kita haruslah sedaya-upaya
mengelak daripada dijangkiti penyakit ini. Antara faktor utama penyebab virus
HIV adalah berkongsi jarum suntikan, melakukan hubungan secara rambang dan
melalui keturunan. Lazimnya, penyebaran virus ini melalui jarum suntikan berlaku
di kalangan penagih dadah yang sudah dijangkiti HIV atau individu yang melalui
proses pemindahan darah. Manakala, melakukan hubungan secara rambang atau
hubungan sejenis tanpa mengetahui sama ada pasangan tersebut positif HIV atau
tidak adalah penyebar virus HIV yang kedua tertinggi selepas berkongsi jarum
suntikan.. cara penyebaran virus AIDS yang seterusnya adalah melalui keturunan
iaitu ibu hamil yang positif Aids ini akan memindahkannya kepada bayi semasa di
dalam kandungan ataupun melalui susu ibu.
Virus HIV tidak menunjukkan
tanda-tanda awal dan hanya merebak secra beransur-ansur tetapi boleh
menjejaskan sistem immune manusia. Kesan virus HIV ini berbeza mengikut
individu. Selalunya ada sesetengah individu yang mengalami demam selsema yang
berterusan tetapi ada juga individu yang mungkin sembuh dan dapat menjalani
kehidupan harian seperti biasa. Antara tanda-tanda jangkitan virus HIV adalah
hilang berat badan mendadak, cirit-birit,demam yang berterusan, tibi,
meningitis,kayap dan barah kulit atau mulut. Ramai yang memandang ringan
mengenai tanda-tanda awal ini kerana menganggap tanda-tanda seperti cirit-birit
dan demam adalah penyakit biasa. Justeru, setiap anggota masyarakat digalakkan
untuk menjalankan ujian antibodi HIV untuk mendapatkan kepastian tentang
penyakit AIDS.
Umum mengetahui bahawa penyakit AIDS
akan meninggalkan kesan yang mendalam terhadap diri pesakit, anggota keluarga
dan masyarakat. Pesakit akan merasa tertekan dan bertindak mengasingkan diri
daripada masyarakat sebaik sahaja disahkan menghidap AIDS. Bagi pesakit yang
dijangkiti melalaui proses pemindahan darah, mereka mungkin akan berasa marah
dan sangat tertekan kerana merasakan mereka tidak bersalah dan tidak sepatutnya
dijangkiti. Manakala, pergaduhan atau pertumpahan darah mungkin berlaku kerana
dendam pada pasangan bagi mereka yang dijangkiti kerana melakukan hubungan
secara rambang. Kesan yang paling menyayat hati adalah kesan terhadap
kanak-kanak yang dijangkiti HIV melaui ibu mereka. Kanak-kanak yang tidak
berdosa ini akan mengalami tekanan psikologi kerana trauma terhadap keadaaan
sekeliling terutamanya dipandang serong oleh masyarakat seperti dicaci atau
dihina. Kanak-kanak malang ini juga berisiko tinggi untuk menghidapi AIDS.
Pepatah Melayu mengatakan, mencegah
lebih baik dari mengubati. Seperti penyakit lain juga, pelbgai langkah perlu
diambil bagi mengelakkan penyakit AIDS ini daripada terus menular. Langkah
pencegahan yang telah lama dijalankan adalah melalui kempen pencegahan. Kempen
pencegahan ini dijalankan oleh media massa, media cetak dan juga melaui program
‘road tour’ di atas inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia. Selain itu,
setiap individu haruslah mempunyai kesedaran untuk setia terhadap pasangan
masing-masing demi mengelakkan daripada melakukan hubungan secara rambang atau
melakukan hubungan sejenis. Tambahan lagi, elakkan daripada berkongsi jarum
suntikan kerana kuman boleh merebak atau masuk terus ke dalam saluran darah.
Akhir sekali, berhati-hati semasa melakukan pemindahan darah dan pastikan darah
yang diterima telah menjalani ujian dan bebas daripada HIV. Sebagai langkah
berjaga-jaga, kini kerajaan telah mewajibkan setiap pasangan yang bakal
berkahwin menjalani ujian HIV. Langkah ini dilihat sebagai salah satu
alternatif terbaik bagi menghalang virus ini daripada terus merebak.
Menurut YB Dato' Sri Liow Tiong Lai ketika menjawab soalan
di Dewan Negara pada 20 Julai 2010, kes pertama HIV di Malaysia dikesan pada
tahun 1986 dan pada akhir tahun 2009, sebanyak 87,710 kes telah dilaporkan.
Penyumbang terbesar pada statistik ini ialah golongan penagih dadah iaitu
seramai 61,447 kes diikuti dengan golongan heteroseksual, 14,848
dan 1,747 adalah di kalangan homoseksual. Melalui statistik ini, kita
dapat melihat bahawa masih ramai rakyat Malaysia yang tegar membiarkan diri
mereka terdedah kepada risiko dijangkiti virus HIV. Sehubungan itu,
setiap anggota masyarakat mesti membuka mata seluas-luasnya dan saling
berganding bahu menangani masalah ini supaya ia tidak menjadi semakin kritikal
dan berterusan memusnahkan anak bangsa. Konklusinya, sebagai masyarakat
moden yang bijak dan kaya dengan ilmu pengetahuan, kita seharusnya menyedari
tentang bahaya HIV dan AIDS terhadap diri dan keluarga. Sesungguhnya
mencegah lebih baik dari mengubati.
h.
Kanser
Definisi kanser
Kanser adalah sesuatu penyakit yang telah membunuh ramai
manusia.K anser merupakan penyakit yang susah untuk sembuh sepenuhnya. Kanser
berlaku semasa proses penggantian sel-sel badan yang tua atau sel yang telah
luka akibat kecederaan. Sel akan membahagi terlalu banyak sehingga akan
menyebabkan lebihan sel yang terkumpul.Sel lebihan adalah sel tidak formal dan
dan akan terkumpul sehingga terbentuknya tumor. Tumor ini akan memakan makanan
dari sel yang normal dan tumor akan terbentuknya kanser.
Kanser merebak keseluruh organ di dalam badan
Kanser akan merebak ke organ-organ penting dahulu, manusia
hanya sedar ketika kanser berada dalam tahap kritikal dan peringkat akhir. Pada
masa itu peluang untuk meneruskan kehidupan adalah sukar dan tipis sekali.
Adakah masyarakat tahu penyebab kanser?
Kejadian kanser masih tidak dapat tahu sehingga sekarang. Gaya
hidup seseorang dan alam sekitar berkait rapat dalam berlakunya kanser.
Golongan-golongan yang mudah mendapat kanser:
Sejarah keluarga kanser:
Jika keluarga meraka mempunyai sejarah kanser, kemungkinan
besar risiko mendapat kanser adalah amat tingggi, oleh itu meraka harus
melakukan pemeriksaan setiap masa yang ditetapkan.
Amalan pemakanan(diet):
Pemakanan yang tidak seimbang dan berlebihan akan menyebabkan
lemak terkumpul seperti di salur jantung. Jantung akan mengalami maslah untuk
berfungsi seperti sedia kala.
Rokok:
Orang yang menghisap rokok mudah mendapat pelbagai kanser
seperti kanser paru-paru, kanser mulut, kanser farinks, kanser esofagus, kanser
pundi kencing, kanser buah pinggang dan kanser serviks bagi perempuan yang
menghisap rokok.
Tabiat seks:
Mempunyai sikap bertukar-tukar pasangan akan menyebabkan
kanser serviks.
Jakitan hepatitis:
Kanser hati berhubung dengan jakitan hepatitis B
Sirih tembaka:
Kerap mengunyah sirih dan tembakau akan menyebabkan kanser
mulut.
9 tanda amaran awal kanser.
v Batuk berterusan dan berkahak darah.
v Sebarang perubahan pada payudara seperti gumpalan atau bisul
berpanjangan.
v Perubahan pada amalan membuang air besar.
v Pendarahan faraj selepas bersetubuh atau selepas putus haid.
v Leher benjol yang tidak ada sebelumnya.
v Suara yang garau dan berubah dari asal lebih dari dua
minggu.
v Sakit atau ketidakselesaan di dalam perut yang berterusan.
v Ulser, bengkak atau tompok-tompok putih dan merah yang tidak
hilang selepas rawatan.
v Pendarahan hidung berlebihan, hilang fungsi pendengaran dan
telinga yang berdengung.
Langkah-langkah pencegahan kanser
Mengamalkan gaya hidup sihat boleh mencegah dan mengurangkan
risiko kanser. Umumnya langkah yang boleh anda lakukan ialah:
v Pengesanan awal kanser payudara dengan pemeriksaan sendiri
payudara setiap bulan
v Tidak merokok
v Kurangkan makanan berlemak dan banyakan buah-buahan dan
sayuran
v Kekalkan berat badan ideal dengan senaman tetap dan makanan
yang seimbang
v Elakkan hubungan seks rambang
i.
DEMAM DENGGI
Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh
jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebarkan oleh nyamuk aedes
betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang
berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat.Virus Denggi akan terpendam di
dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari).
Tanda dan gejala
Demam denggi bermula dengan demam mengejut, sakit kepala
teruk, sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot (myalgias dan
arthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam
tulang-pecah (break-bone fever) dan gatal-gatal. Ciri-ciri keradangan demam
denggi adalah bintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul di anggota
bahagian bawah - pada sesetengah pesakit, ia merebak hampir kepada keseluruhan
tubuh. Tanda pada kulit yang klasik ialah seluruh kulit tubuh bertukar
kemerahan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang normal (island of white
in a sea of red). Kemungkinannya terdapat gastritis dengan gabungan sakit
perut, mual, muntah atau cirit-cirit. Pesakit juga boleh mendapat radang hati,
radang otak (lebih pada kanak-kanak) dan juga dalam kes luarbiasa radang otot
jantung (cardiomyopathy).
Rawatan
Rawatan utama adalah terapi
sokongan. Pesakit digalakkan untuk mengekalkan makan, terutamanya minum air.
Sekiranya pesakit tidak mahu / mampu minum, tambahan melalui cecair intravena
mungkin diperlukan untuk menghalang kekeringan dan hemoconcentration teruk.
Pemindahan darah mungkin diperlukan sekiranya bilangan platelet turun dengan
banyaknya.Cara yang lain untuk mencegah penyakit ini juga pesakit perlu
bersenam pada waktu pagi atau berjoging dan beriadah.Minum air paling penting
dalam hidupan harian kita.Minum air mineral sekurang-kurangnye 8 gelas sehari
atau selebih-lebihnya pun hanya maksimum 16 gelas sehari.
Pencegahan
Pada masa kini tidak terdapat
vaksin siap untuk demam denggi flavivirus. Cara mencegah denggi yang
utama adalah menghapuskan atau mengurangkan vektor iaitu nyamuk pembawa
denggi. Langkah menghapuskan takungan air (seperti dalam bekas bunga)
terbukti berkesan bagi mengawal penyakit bawaan nyamuk. Pengunaan ubat
jentik-jentik juga berkesan untuk menghapuskan jentik-jentik, manakala
penggunaan kelambu dan semburan (fogging) juga merupakan sebagai salah satu
langkah yang boleh dilakukan dari dijangkiti deman denggi ini.
j.
DARAH TINGGI
Darah tinggi didefinisikan juga sebagai Hypertensi dimana
tekanan darah iaitu Systolik melebihi 140 mmHg dan tekanan darah diastolik
melebihi 90 mmHg. Tekanan darah manusia adalah seperti berikut :
Jantung adalah organ yang terpenting dalam tubuh badan
manusia dan tugasnya adalahh untuk membawa atau mengepam darah ke kesuluruhan
badan manusia. Manusia mempunyai tekanan mereka sendiri dan berkemungkinan
berbeza diantara satu dengan yang lain. Sekiranya tekanan darah manusia itu
tinggi maka akan membawa masalah kepada manusia itu sendiri dimana akan
menjejaskan tahap kesihatan mereka.
Sesiapa yang mengalami penyakit ini akan terasa kurang sihat
yang menjejaskan mental dan fizikal serta memberi kesan kepada keluarga dan
kerjaya. Pengidap penyakit ini juga sukar memiliki polisi insuran baru dan
mereka akan dikenakan premium yang tinggi.
Penyebab darah tinggi/hypertensi adalah 90% daripada sumber
yang tidak diketahui manakala 10% daripada sumber sekunder iaitu penyakit buah
pinggang, penyakit sistem endokrin dan penyakit pembuluh darah.Jika ibu atau
bapa mempunyai penyakit darah tinggi/Hypertensi berkmungkinan (50%) anak juga
turut mengalami penyakit tersebut.
Faktor penyebab utama adalah cara hidup tidak aktif, umur
melebihi 35 tahun, merokok, kegemukan, paras kolestrol tinggi, sejarah
keluarga, pengambilan alkohol berlebihan, pengambilan garam yang tinggi.
Keburukan darah tinggi yang boleh kita lihat pada seseorang
pesakit itu ialah pertama pada otak dimana pengidap akan berlaku padanya
serangan strok/angin ahmar atau strok ringan dan sementara . Kedua ialah
komplikasi pada buah pinggang seperti kegagalan fungsi buah pinggang.
Penyakit darah tinggi boleh dirawat dengan tanpa menggunakan
sebarang bantuan ubat-ubatan seperti pesakit perlu mengubah cara hidup, amalkan
pemakanan sihat, kurangkan pengambilan garam dan kolestrol, melakukan senaman
berkala, kurangkan berat badan jika berlebihan dan atasi tekanan dengan
berkesan berhenti merokok.
No comments:
Post a Comment