PENGENALAN
Maksud Anatomi Manusia
Anatomi ialah kajian terhadap struktur-struktur tubuh badan dan
perkaitan antara setiap struktur tersebut. Anatomi juga dikenali sebagai
morfologi atau sains bentuk. Anatomi berasal daripada perkataan Yunani iaitu
‘ana’ yang bermaksud asingkan dan ‘tome’ yang bermaksud memotong
Anatomi berkait rapat
dengan fisiologi iaitu displin yang mengkaji fungsi struktur tubuh. Sebagai
contoh, tulang – tulang kaki yang tebal dan panjang seperti femur, tibia dan
fibula dapat menyokong berat badan kita. Namun, sekiranya tulang itu lembut dan
nipis, keupayaan tulang untuk menyokong berat badan berkurangan.
Dalam badan manusia,
tulang, sendi dan otot mempunyai peranan dan fungsi masing-masing. Tulang
berperanan untuk menyokong berat badan kita, melindung organ-organ lembut di
dalam tubuh seperti otat, saraf tunjang (spina korda) , jantung dan paru-paru.
Selain itu, tulang dalam badan manusia juga berfungsi untuk member bentuk dan
mengekalkan bentuk badan,serta mnghasilkan sel-sel darah merah dan sel darah
putih dan platlet di dalam sum-sum merah tulang.
Bagi sendi pula, ia
berfungsi untuk menyediakan tempat untuk perlekatan otot – otot rangka serta
sebagai tuas untuk pergerakan badan.
Akhir sekali ialah otot.
Otot dalam badan manusia berfungsi untuk mengekalkan postur badan, menghasilkan
haba melalui aktiviti sel di dalam otot, menstabilkan sendi serta
mengartikulasikan antara otot dengan tulang.
KEDUDUKAN ANATOMI
Ini merujuk kepada tubuh manusia di mana tubuh berada dalam keadaan
berdiri tegak, kepala, mata dan jari kaki menghadap ke hadapan. Manakala
anggota atas terletak di sisi tubuh dengan tapak tangan menghadap ke hadapan.
Tubuh berdiri tegak
|
Kaki menghala ke hadapan dan
rapat
|
Tapak tangan ke hadapan
|
Lengan di sisi tubuh
|
Mata melihat ke depan
|
POSISI
ANATOMI RUJUKAN
Anterior (ventral) –
menuju ke arah depan jasad
Posterior – menuju ke
arah belakang jasad
Superior – bahagian yang
berada di atas bahagian lain / menuju ke arah kepala
Inferior – berada di
bawah bahagian lain / menuju ke arah kaki
Lateral (paksi) – berada
di bahagian jauh dari garisan tengah / berada pada bahagian tepi jasad
Medial – bahagian hampir
dengan garisan tengah jasad
Proksimal – bahagian
yang lebih dekat dengan batang tubuh
Distal – bahagian yang
menjauhi batang tubuh
JENIS-JENIS PERGERAKAN MANUSIA
Badan mempunyai pelbagai pergerakan yang ada dan ia
bergantung kepada sendi di mana pergerakan itu berlaku. Pergerakan berlaku
apabila otot kontrak dengan sendi dan ia juga bergantung kepada pergerakan
sendi dan lokasi otot yang berkaitan dengan sendi. Pelbagai jenis pergerakan
mempunyai terma yang khusus dan sering berpasangan untuk menggambarkan
pergerakan yang bertentangan.
1.
Satah
sagittal
a.
Fleksi
– berlaku apabila sudut sendi dikurangkan. Ia berlaku pada sendi engsel (hinge
joint) dan sendi bola dan soket (ball-and-socket joint).
b.
Ektensi
– berlaku apabila sudut bertambah sepanjang satah yang sama. Meluruskan kaki
adalah ektensi.
c.
Hyperektensi
– berlaku apabila sambungan adalah di luar 180°. Leher dikatakan hyperektensi
apabila dagu condong ke arah ke siling. Sesetengah orang dengan ligament
fleksibel dan tendon yang boleh hyperektensi siku dan lutut, yang boleh
menyebabkan kecederaan dalam sendi.
d.
Fleksi
– dorsi – apabila sudut sendi buku lali dan kaki dikurangkan dengan kaki menuju
ke atas. Contoh bagi pergerakan ini adalah berdiri di atas tumit.
e.
Fleksi
– plantar – apabila sudut sendi buku lali dan kaki bertambah dengan kaki menuju
ke bawah. Contoh pergerakan ini adalah berdiri di atas jari kaki.
Fleksi
– plantar
|
2.
Satah
Frontal
a.
Abduksi
– pergerakan anggota badan dari satah median badan. Ini berlaku seseorang
melompat dengan kaki dan tangan berjauhan seperti lompat bintang.
b.
Adduksi
– pergerakan berlawanan kepada abduksi iaitu mengembalikan keadaan anggota
badan kepada satah median badan.
c.
Gelongsor
– Adalah pergerakan dalam apa-apa arah dua permukaan gelongsor antara satu sama
yang lain. Pergerakan minimum berlaku pada tulang tunnel (carpal bones) di
tangan, tulang tarsal pada kaki (tarsal bones) dan antara tulang selangka
(clavicle) dan tulang dada (sternum).
d.
Eversi
dan inversi – Eversi adalah pergerakan menghala tapak kaki ke arah sisi
(lateral) tubuh dan inversi adalah pergerakan menghala tapak kaki ke arah
medial tubuh.
Eversi
|
e.
Depresi
dan elevasi – Depresi adalah pergerakan seperti membuka mulut dan elevasi adalah
pergerakan bertentangan seperti menutup mulut.
3.
Satah
Transverse
a.
Rotasi
– Pergerakan tulang di sekeliling paksi tulang. Putaran sisi (lateral) berlaku
apabila aspek anterior berputar keluar dan putaran tengah (medial) berlaku
apabila ia berputar ke dalam. Pusing kepala untuk melihat ke sebelah adalah
putaran sisi dan pusing kembali ke pusat adalah putaran tengah. Pergerakan ini
berlaku di semua sendi bola dan soket (ball-and-soket joint)
b.
Pronasi
dan supinasi – berlaku pada siku untuk memutar pergelangan tangan. Pronasi
adalah memusing tapak tangan ke belakang daripada kedudukan anatomi (radius
rotate over ulna) dan memusing tapak tangan ke hadapan adalah supinasi (radius
and ulna parallel).
c.
Protraksi
dan retraksi – Protraksi adalah gerakan anterior dalam satah transverse.
Mengigit atas bibir dengan gigi bahagian bawah adalah protaksi rahang (rahang
ke depan) dan rahang kembali ke kedudukan asal adalah retraksi (rahang ke
belakang)
DISKRIPSI SATAH-SATAH ANATOMI YANG
WUJUD
Kajian mengenai tubuh juga dilakukan berdasarkan kepada
satah iaitu permukaan rata bayangan yang melintasi bahagian tubuh manusia.
Terdapat tiga satah utama yang digunakan sebagai rujukan iaitu :-
1.
Satah
sagittal
Ø Membahagikan jasad kepada
kiri dan kanan. Satah sagittal berada di tengah-tengah kepala, batang tubuh dan
di antara kaki dan kaki.
Ø Pergerakan yang berlaku di
sagittal ialah :-
·
Fleksi
– membengkok bahagian sendi atau mengecilkan sudut
·
Ektensi
– dari bengkok ke lurus atau tangan ektensi ke belakang
·
Hyperektensi
– bengkokkan badan ke belakang
·
Fleksi
– dorsi – kaki menuju ke atas
·
Fleksi
– plantar – kaki menuju ke bawah
2.
Satah
frontal
Ø Membahagikan jasad hadapan
dan belakang iaitu anterior dan posterior. Apabila badan dibahagikan dengan
satah frontal, muka dipisahkan dari belakang kepala, dada dari belakang dan
tapak tangan dari belakang tangan.
·
Abduksi – pergerakan tulang menjauhi garisan tengah tubuh (paksi
membujur).
·
adduksi – pergerakan tulang ke arah garisan tengah tubuh (paksi
membujur).
·
Gelongsor
– dua tulang pipih di atas satu sama lain ke arah
sisi
·
Eversi
- Pergerakan yang menghalakan tapak kaki ke arah
lateral tubuh.
·
Inversi
– Pergerakan yang menghalakan tapak kaki ke arah
medial tubuh.
·
Elevasi – Pergerakan membuka mulut
·
Depresi – Pergerakan
menutup mulut
3.
Satah
transverse
Ø Membahagikan jasad kepada
bahagian atas dan bawah. Garisan satah melintang atau mendatar dalam keadaan
lurus dengan paksi badan.
·
Rotasi
- Pergerakan putaran melibatkan tulang berputar pada
paksi membujur tulang itu sendiri. Pergerakan ini dilakukan secara relatif
kepada garisan tengah tubuh. Putaran dilakukan ke arah kanan atau kiri dan
secara medial dan lateral. Putaran medial melibatkan permukaan permukaan
anterior tulang dipusingkan ke arah garisan tengah tubuh. Putaran lateral pula
memusingkan permukaan anterior tulang menjauhi garisan tengah tubuh.
·
Pronasi
– Pergerakan bahagian bawah lengan yang menyebabkan
tapak tangan menghala ke bawah.
·
Supinasi
– Pergerakan bahagian lengan bawah yang menyebabkan
tapak tangan menghala ke atas.
·
Protraksi
– Pergerakan ke arah hadapan bahagian tertentu tubuh
·
Retraksi
– Pergerakan untuk mengembalikan bahagian tertentu
tubuh yang telah diprotraksikan ke kedudukan anatomi.
No comments:
Post a Comment