Friday, 30 January 2015

HOKI

1.   HOKI
a.    Pengenalan
Pengetahuan tentang cara bermain dan peraturan asas hoki adalah penting bukan sahaja kepada pengadil, tetapi juga kepada pemain, jurulatih dan guru supaya mendapat kepuasan dan keseronokkan dalam permainan di samping menjaga keselamatan ketika bermain. Permainan ini dimainkan oleh dua pasukan yang mempunyai 11 orang pemain termasuk seorang penjaga gol. Setiap pasukan akan cuba menjaringkan gol dengan menggunakan kayu hoki untuk mengarahkan sebiji bola ke dalam gol pihak lawan.
         Satu perlawanan rasmi dimainkan dalam dua separuh masa iaitu 35 minit untuk setiap separuh masa dan masa rehat tidak melebihi 5 minit. Permainan dimulakan dengan satu tolakan tengah dan selepas setiap gol yang dijaringkan. Perlawanan hoki diadili oleh dua orang pengadil mengikut semua undang-undang dan peraturan permainan d bawah kuasa Lembaga Peraturan Hoki (HRB).


b.   Sejarah Dan Perkembangan
Pengkaji-pengkaji terdahulu pernah menjumpai pasu-pasu dengan ukiran-ukiran yang menunjukan pemain-pemain menggunakan kayu bengkok dalam permainan yang hampir sama dengan permainan hoki . Pasu-pasu itu bertarikh lebih kurang 2050sm dan berasal dari Mesir. Dipercayai perkataan hockey berasal daripada perkataan Perancis hoquet yang membawa erti kayu bengkok yang digunakan oleh gembala . Pada abad ke 15, permainan memukul bola dengan hoquet adalah popular dikalangan gembala di Perancis sebagai satu kegiatan untuk mengisi masa lapang.

Namun begitu, permainan tersebut terus lenyap hinggalah pada tahun 1365, apabila diperkenalkan ke England buat kali pertamanya. Penduduk England memang gemar mencuba apa jua bentuk sukan yang diperkenalkan kepada mereka. Kedatangan sukan ini ke England telah menarik perhatian penduduk di negara tersebut .

Dalam satu jangkamasa yang singkat sahaja mereka telah menguasai permainan tersebut dan seterusnya mempamerkan bahawa sukan tersebut telah diterima oleh masyarakat di sana. Permainan tersebut tidak mempunyai satu peraturan atau undang-undang khas mengenainya untuk dijadikan sebagai panduan semasa bermain. Mereka menggunakan perbagai cara dan teknik. Ini menimbulkan kekecohan kerana pergaduhan sering berlaku, sehingga menyebabkan pertumpahan darah. Corak permainannya menjadi kasar dan tidak teratur dan membawa risiko yang tinggi terhadap pemain. Peristiwa sebegni menyebabkan pihak pemerintahan dan istana di Britian mengharamkan telah permainan tersebut .

Walaupun permainan ini diharamkan, perkembangannya terus berlaku dan akhirnya pengharaman tersebut telah ditarik balik. Dalam masa yang singkat permainan hoki tersebut terus diterima oleh banyak negara di dunia. Dengan adanya peraturan dan undang-undang, permainan hoki ini menjadi lebih teratur dan selamat. Apabila pengharaman tersebut di tarik balik, maka bermulalah era baru dalam permainan hoki di mana ia semakin diterima oleh negara-negara lain. Permainan ini suatu masa dulu adalah terdiri oleh pemain lelaki, mula berubah menarik minat pemain wanita pula .

Pemainan hoki yang lebih teratur dan sistematik telah dianjurkan. Pasukan-pasukan hoki mula ditubuhkan dan telah mampu untuk mengadakan perlawanan persahabatan antara mereka. Pasukan hoki yang pertama di dunia ditubuhkan dalam tahun 1840. pasukan ini telah ditubuhkan oleh sekumpulan pemain di London dan seterusnya diikuti oleh beberapa pasukan yang lain. kelab tertua adalah di dunia adalah Kelab Hoki Blackheath, di sebelah Selatan London dan pasukan hokinya hanya ditubuhkan dalam tahun 1861. Ini kerana pemainya hanya sekadar untuk mengisi masa lapang sahaja. Kelab inilah yang bertanggungjawab memperkenalkan undang-undang hoki yang lebih tersusun lagi walaupun ianya tidak sebegitu kemas seperti sekarang, tetepi ia menjadi garis panduan bagi undang-undang dan peraturan masa kini dan berubah dari masa ke masa. Antara aspek yang ditekankan adalah dari segi permainan, mewujudkan khidmat pengadi, had kawasan permainan untuk memudahkan kawalan bola dan seterusnya mengenakan hukuman tertentu bagi mereka yang melakukan kesalahan.
Pada tahun 1875, satu mesyuarat yang diadakan di London dan undang-undang ini diterima dan diluluskan untuk perlawanan. Pada tahun 1886, Permainan hoki telah diterima sebagai satu sukan yang dipertandingankan dan menjadi satu permainan yang bertaraf antarabangsa. Dari England permainan ini tersebar ke negara-negara seperti Amerika Syarikat, India dan beberapa negara Asia serta Eropah yang lain .

c.    Perkembangan Hoki Di Malaysia
Perkembangan hoki turut tersebar di rantau Asia pada abad ke 19. askar British telah memperkenalkan permainan hoki ke Malaysia pada abad ke 19. Pada peringkat awal permainan ini tidak mampu untuk menarik minat penduduk negara ini. Minat hanya ditunjukkan oleh orang Inggeris dan Eropah. Lama kelamaan permainan hoki ini mula dimainkan oleh penduduk tempatan. Permainan hoki dimainkan buat pertama kalinya di Malaysia pada 30 November 1898 di Padang Kelab Selangor yang kini menjadi Dataran Merdeka.

Pada tahun 1904 telah diadakan satu pertandingan hoki di antara negeri Selangor dan Singapura. Pertandingan ini telah membuka mata penduduk dari kedua-dua negeri mengenai sukan hoki walaupun hampir keseluruhan pemain adalah terdiri daripada rakyat Inggeris atau Eropah. Bermula pada tahun 1920 permainan ini telah mula mendapat sambutan dinegara ini dan pada tahun 1926. Satu perlawanan yang melibatkan penduduk tempatan telah diadakan diantara Negeri-negeri Melayu Bersekutu menentang Negeri-negeriSelat. Penubuhan pasukan hoki negara ini adalah pada tahun 1932. Perlawanan pertama pasukan hoki tersebut adalah dengan perlawanan persahabatan dengan negara India yang baru sahaja memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik pada masa itu. Perlawanan itu berkesudahan dengan kemenangan negara India 7-1. Walaupun kalah teruk tetapi ia merupakan satu pengalaman yang baik bagi membentuk sebuah pasukan hoki bertaraf dunia yang kita miliki sekarang ini.

Beberapa tahun selepas itu, pasukan hoki negara kita telah mengadakan pertandingan di Hong Kong dan Macao. Pasukan negara kita telah memenangi kesemua perlawanan yang didakan. Selepas itu pasukan Macao mengadakan lawatan balas dan mengadakan dua perlawanan persahabatan dengan negara kita dan negara kita menang dalam kedua-dua pertandingan tersebut. Ini membuktikan bahawa dalam masa yang singkat sahaja, negara kita telah mula menguasai permainan tersebut dan mempunyai harapan yang cerah di peringkat antarabangsa.

Seterusnya permainan hoki dipergiatkan dengan pertandingan-pertandingan atau liga hoki yang dianjurkan oleh persatuan-persatuan hoki peringkat daerah dan negeri. Liga Hoki pertama bermula pada tahun 1946 di Taiping, diikuti pula dengan Kuala Lumpur, Ipoh, Singapura dan Pulau Pinang.

Bagi melicinkan pentadbiran sukan dan pertandingan hoki ini. terutama dalam usaha untuk melibatkan diri pada peringkat antarabangsa, maka penubuhan satu organisasi pasukan kebangsaan adalah perlu. Hasrat ini menjadi kenyataan apabila pada tahun 1948 tertubuhlah Persekutuan Hoki Tanah Melayu (MHF). Pada tahun 1953 MHF telah bergabung dengan FIH untuk membolehkan negara kita mengambil bahagian dalam sebarang kejohanan anjuran badan dunia itu. Seterusnya MHF bersama dengan Kesatuan Olahraga Malaya menubuhkan Majlis Olimpik Kebangsaan, iaitu pada tahun 1951. Kejohanan antara negeri itu kini menjadi acara tetep MHF.
Allahyarham Tun Abdul Razak, Ketika itu menjadi Timbilan Perdana Menteri telah dilantik sebagai Presiden MHF (1957). Beliau telah menghadiahkan sebuah piala yang menjadi rebutan bagi pertandingan antara negeri itu. Piala itu dinamakan Piala Razak sempena nama beliau dan pada tahun 1963 pertandingan Piala Razak dimulakan.
Malaysia adalah sebuah negara yang terkemuka dalam sukan ini di Asia Tenggara. Ianya juga semakin diperkembangkan ke peringkat sekolah-sekolah. Diperingkat sekolah pula, terdapat beberapa kejohanan yang dianjurkan dari peringkat daerah, zon, negeri hinggalah ke peringkat kebangsaan. Antara kategori yang dipertandingkan adalah bawah 12 tahun, bawah 15 tahun dan bawah 18 tahun. Ini menunjukan bahawa hoki kini adalah satu permainan yang semakin diminiti masa kini.

Kini, permainan hoki di atas padang tiruan (permukaan sintetik) semakin popular. Perlawanan peringkat antarabangsa tidak lagi menggunakan padang rumput. Stadium Tun Razak Dan Stadium Bukit Jalil di Kuala Lumpur adalah antara padang yang menggunakan rumput tiruan tersebut.

d.    Kemahiran Permainan
i.              Menolak

ii.             Memukul

iii.            Mengelecek bola

iv.           Menguis

v.            Merebut / tackle

vi.           Menjaga gol


e.    Peraturan / Undang-Undang
i.              Bilangan pemain sebanyak 11 orang setiap pasukan.
ii.             Masa permainan dan rehat adalah mengikut pecahan 35 – 5 – 35.
iii.            Memulakan permainan:
Ø  Di awal permainan dan separuh masa kedua
Ø  Permainan dihentikan atas kesalahan yang dilakukan oleh satu pihak
Ø  Kesalahan serentak oleh kedua-dua pihak (bully)
Ø  Selepas gol dijaringkan

iv.           Pemain tidak dibenarkan:
Ø  Menggunakan bahagian belakang kayu
Ø  Bermain tanpa kayu sendiri
Ø  Menggunakan kayu untuk       menakutkan pemain lain
Ø  Mengangkat kayu         melepasi kepala lawan
Ø  Menaikkan bola yang membahayakan pemain lawan
Ø  Bermain dengan cara yang bahaya

v.            Penjaga Gol (dalam kawasan “D”) boleh :

Ø  Menendang bola
Ø  Menahan bola dengan mana-mana bahagian badan
Ø  Menghentikan bola dengan kayu        melepasi bahu

vi.           Menghadang

Ø  Menggunakan mana-mana bahagian badan atau kayu untuk menghalang pihak lawan dari merampas bola tanpa memainkan bola
Ø  Berlari di antara rakan pembawa        bola dengan pihak lawan (third party obstruction)
vii.          Penalti
Ø  Pukulan percuma
Ø  Kesalahan yang tidak disengajakan di luar kawasan “D”
Ø  Kesalahan yang dilakukan antara kedua-dua garisan 23m

viii.         Pukulan sudut penalt
Ø  Kesalahan yang tidak disengajakan dalam kawasan “D”
Ø  Kesalahan yang disengajakan di antara garisan “D” dan      garisan  23m

ix.           Strok Penalti
Ø  Kesalahan yang disengajakan dalam kawasan “D”
Ø  Kesalahan yang tidak disengajakan tapi boleh menghasilkan gol jika tidak berlaku kesalahan

x.            Amaran
Ø  Hijau (penggantungan sementara 2minit masa diambil       kira apabila pemain
Ø  duduk dikerusi yang disediakan khas di tempat teknikal      )
Ø  Kuning (penggantungan sementara-minima 5 minit)
Ø  Merah (Penggantungan tetap)
Ukuran
Padang Hoki

Kawasan permainan hoki berbentuk empat segi tepat yang berukuran 90 meter panjang dan 54 meter lebar dengan permukaan yang rata. Hoki amat sesuai jika dimainkan di atas padang ‘astroturf’ (rumput tiruan). Terdapat lima garisan utama di padang hoki iaitu :
i.      garisan tepi
ii.     garisan gol
iii.    garisan tengah
iv.   garisan 23m
v.    garisan ‘D’

Dua garisan selari dengan garisan belakang didapati dalam kedua-dua kawasan 23 meter, satu garisan 5.0 meter dari garisan belakang dan satu lagi 14.63 darinya

Bulatan Menjaring

Ø  Satu garisan yang panjangnya 3.66m selari dengan garisan gol ditanda ditengah garisan 14.63m.
Ø  Dua suku bulatan beradius 14.63m dilukis bermula dari garisan 3.66m ke garisan belakang. Bagi suku bulatan disebelah kiri tiang gol kiri digunakan sebagai pusat, manakala suku bulatan disebelah kanan tiang gol kanan digunakan sebagai pusat.
Ø  Bulatan yang dilukis         dalam rajah di         atas dikenali sebagai bulatan jaringan, bulat pukulan atau kawasan “D”.
Ø  Tanda-tanda         yang lain didapati dalam bulatan jaringan adalah tanda strok penalti 6.4m di hadapan gol dan garisan-garisan sudut penalti 5.0 m dan 10.0 m dari tiang gol sebelah kiri dan kanan

Pintu Gol

Ø  Setiap pasukan mempunyai satu pintu gol.
Ø  Gol diletakkan di tengah-tengah garisan belakang.
Ø  Gol dibuat dengan 2        tiang gol tengah yang disambung dengan 1 tiang mendatar (crossbar).
·         Jarak         antara dua tiang tengah itu ialah 3.66m.
·         Ketinggian tiang tengah ialah 2.14m.             
·         Tiang         tengah dan tiang mendatar berbentuk empat segi bujur berukuran 5 mm lebar dan dalam antara 5.0 mm-7.5 mm.
·         Semua tiang         tengah dan mendatar dicat putih.

Bola
Ø  Sebiji bola keras, pejal dan kosong       digunakan.
Ø  Biasanya, permukaan bola adalah licin.
Ø  Bola bewarna putih         (warna          lain digunakan         dengan  persetujuan oleh kedua-dua pasukan
Ø  Berat         bola 156g (minimum) ,163g         (maksimum)
Ø  Lilitan bola :         224mm (minimum), 235 mm        (maksimum)

Kayu Hoki

Ø  Kayu         hoki hendaklah licin dan tidak boleh         mengandungi tepi-tepian tajam atau serpihan yang merbahaya.
Ø  Tebal         kayu dihadkan kayu mesti boleh melalui 1 gelung yang mempunyai diameter 51mm.

1 comment: