Friday, 30 January 2015

RUGBI

1.   RUGBI
a.    Pengenalan
Perlawanan dimulakan dengan tendangan mula drop kick. Selepas tendangan mula,  mana-mana pemain yang on side boleh mengambil bola dan berlari dengannya; sama ada berlari dengannya; menyepaknya; atau menghantarnya kepada rakan. Mana-mana pemain boleh berlari dengan bola; menghantar bola kepada rakan atau menyepak bola tersebut. Mana-mana pemain boleh menghalang pemain yang membawa bola sama ada dengan memegangnya, menolaknya, atau menjatuhkannya. Mana-mana pemain boleh terlibat dalam scrum ,  ruck , maul  dan  line-out. Semua pemain boleh meletakkan bola atau membuat try dalam kawasan in goal. Apa sahaja yang dilakukan oleh setiap pemain mestilah mengikut peraturan dan tatacara yang telah ditetapkan dalam undang-undang permainan ragbi

b.   Sejarah Dan Perkembangan
Sejarah permainan ragbi ini bermula pada tahun 1823 di sebuah pekan kecil di sekolah yang bernama Rugby School di England. Permainan ini tercipta daripada perbuatan William Webb Ellis. Semasa perlawanan bola tanpa diduga beliau telah mengambil bola dengan tangannya dan membawanya berlari menuju ke gol. Melihatkan perbuatan Ellis, rakannya terus mengejar dari belakang, akhirnya terjadilah pergomolan dalam kalangan mereka dalam usaha untuk merebut bola. Perbuatan Ellis itu diikuti pula oleh kawannya yang lain. Maka dari situlah bermulanya satu permainan baru. Bagaimanapun, ketika itu tiada siapapun yang mahu menerima perbuatan Ellis dan rakanrakannya untuk dikembangkan sebagai sukan. Hanya kira-kira setengah abad kemudian, selepas Ellis meninggal dunia barulah perbuatan itu diingat kembali. Seorang rakannya Mattheur Blaxom telah menceritakan kembali perbuatan Ellis di dalam artikelnya dalam majalah The Meteor tahun 1888. Permainan ini dikenali sebagai permainan ragbi sempena nama pekan kecil di mana sekolah tempat William Web Ellis bersekolah. Kemudian Universiti Cambrigde telah mengubah suai permainan ini, mempopularkan dan membuat peraturan rasminya sendiri. Ragbi mula popular pada tahun 1871 di sekolah-sekolah di England. Kemudian Kelab Ragbi pula ditubuhkan dan mengumumkan peraturan rasmi permainan ragbi di London sepuluh tahun kemudian. Perlawanan peringkat antarabangsa pertama telah dIadakan tahun 1871, iaitu di antara England dan Scotland. Perlawanan ini dimainkan oleh 20 orang sepasukan dalam dua tempoh selama 100 minit. Pada tahun 1870, penggunaan wisel oleh pengadil telah diperkenalkan. Lima tahun kemudian, dua orang penjaga garisan digunakan bagi membantu pengadil mengadili permainan. Bilangan pemain juga telah ditetapkan kepada 15 orang. Badan yang bertanggungjawab ke atas permainan rugbi ialah Kesatuan Ragbi (Rugby Football Union) yang ditubuhkan pada tahun 1871.

c.    Perkembangan Rugbi Di Malaysia
Menurut Ng Peng Kong dalam buku beliau “Rugby — A Malaysian Chapter” menyatakan bahawa sukan ragbi telah dimainkan di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Pertama sekitar tahun 1892 atau mungkin lebih awal lagi. Sukan ini diperkenalkan oleh pentadbir-pentadbir “British” yang memerintah tanah jajahannya. Mengikut sejarah, sukan ini pada awalnya bermula di Negeri Sembilan. Beberapa orang pemain termasuk pegawai-pegawai Eropah telah menjalani latihan di Padang Stesen, Seremban. Kemudiannya, tertubuhlah Kelab Ragbi pertama di negara ini. Seramai 50 orang ahli telah mendaftarkan diri. Dari Negeri Sembilan, ragbi berkembang ke Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Singapura. Kelab ragbi pula turut ditubuhkan seperti The Edwardians di Taiping, The Birch Rompers dari Perak, The Penang Asians dan Kelab Diraja Selangor. Sehinggalah pada tahun 1920an, Persatuan Ragbi Malaysia ditubuhkan bagi mengelola kejohanan tempatan dan Piala HMS Malaya  dan kejohanan antara Zon - “North vs South” yang bermula pada tahun 1928. Pada tahun 1934, perlawanan ragbi antara negeri yang pertama telah diadakan, iaitu bagi merebut Piala All Blues. Perak muncul sebagai juara. Seterusnya pertandingan ini telah diadakan setiap tahun hinggalah tahun 1963. Apabila Kesatuan Ragbi (KRM) ditubuhkan, pertandingan antara negeri ini telah ditukar dengan Pertandingan Bawah 23 Tahun. Pada peringkat awal, kebanyakan pemain ragbi terdiri daripada rakyat British yang bertugas di Tanah Melayu sebagai pentadbir kerajaan, peladang, pegawal keselamatan dan sebagainya manakala bagi pemain tempatan, penglibatan mereka amatlah kecil.  Ironinya kebanyakan penggiat sukan ragbi tempatan pada ketika itu menganggap corak permainan ragbi yang agak kasar, ganas dan berbahaya tidak sesuai dengan budaya hidup mereka. Kemasukan askar-askar Fiji selepas Perang Dunia Kedua menjadikan sukan ragbi lebih semarak di tanah air terutamanya apabila pemain-pemain Fiji mempersembahkan seni dan skil permainan yang tinggi dan menarik serta tampak lebih mantap berbanding rakyat British sendiri. Dari semasa ke semasa, permainan ini akhirnya mendapat sambutan yang amat baik dan luar biasa sehinggakan pada suatu ketika sukan ragbi dianggap sebagai sukan nombor satu di negara ini.

d.    Kemahiran Permainan
i.              Ruck

Ø  Dibentuk apabila bola berada di atas tanah dan seorang atau lebih pemain daripada dua pasukan berdiri dan mempunyai sentuhan badan mengelilingi bola antara mereka.
Ø  Pemain yang terlibat dalam ruck tidak dibenarkan:
·         Mengambil bola dari ruck
·         Kembalikan bola ke dalam ruck

ii.             Maul

Ø  Berlaku apabila seorang pembawa bola dipegang oleh seorang atau lebih pemain pasukan lawan dan seorang atau lebih pemain dari pasukan pembawa bola memegang pembawa bola . Semua pemain yang terlibat dalam kedudukan berdiri dan bergerak ke arah garisan gol.

iii.            Fair Catch atau mark
Bagi SM Fair Catch atau Mark adalah seperti berikut:
Ø  Dibuat di dalam kawasan 22 meter atau di dalam kawasan gol.
Ø  Pelaku mestilah menangkap kemas bola tersebut sambil melaungkan ‘mark’
Ø  Pasukan berkenaan akan diberikan tendangan percuma di tempat ‘mark’ dan pelaku mark’ akan mengambil tendangan.

iv.           Bola keluar dan lontaran masuk (line-out)

Bola dikira keluar dari kawasan permainan apabila pembawa bola terkena garisan tepi, tanah objek atau orang di atas garisan itu. Bola juga dikira keluar apabila ditendang keluar dari garisan tepi atau mencecah garisan itu.Throw-in tidak dibenarkan sehinggalah referi menyatakan line-out sudah dibentuk. Line-out adalah keadaan yang mana kedua-dua pasukan bertanding membentuk garisan lurus di antara garisan 3 hingga 10 meter. Pasukan yang bukan penyebab bola keluar akan melontar bola masuk.

v.             Scrum
Ø  Dibentuk untuk kesalahan ringan tertentu seperti hantar ke hadapan dan knock on
Ø  Dibentuk di tempat berlaku kesalahan.
Ø  Mengandungi sekurang-kurangnya 5 orang pemain dari satu pasukan.
Ø  Bola dimasukkan ke dalam scrum oleh juru scrum pasukan yang tidak melakukan kesalahan.

e.    Peraturan / Undang-Undang

Sebelum perlawanan
PERATURAN 1:  Padang Permainan
Adalah kawasan yang dikelilingi oleh garisan sentuh dan garisan gol

Bola
Bola yang digunakan dari jenis kulit atau sintetik bersaiz 5

Bilangan Pemain
Ø  15 sepasukan  dengan 10 pemain simpanan
Ø  10 sepasukan dengan 5 pemain simpanan
Ø  7 sepasukan dengan 5 pemain simpanan
Ø  Bagi perlawanan 15 sepasukan perlawanan tidak boleh dimulakan sekiranya terdapat kurang dari 12 orang pemain.

Pakaian Pemain
Pasukan mestilah memakai memakai jersi yang tahan lasak dan tidak membahayakan orang lain serta bernombor 1 hingga 25.
Ø  Peralatan asas yang mesti dipakai ialah:
i.              Jersi
ii.             Seluar pendek
iii.            Stoking
iv.           Boots

Ø  Tidak dibenarkan memakai benda-benda yang membahayakan seperti rantai, cincin, jam tangan, tali pinggang, seluar yang berzip.
Ø  Berkuku pendek.


Masa Permainan
Masa permainan rasmi
Ø  Permainan 15 sepasukan
·         Maksima 40 minit bagi setiap separuh masa bagi perlawanan dewasa dengan 10 minit waktu rehat.
·         Maksima 35 minit bagi setiap separuh masa bagi variasi bawah 19 tahun dengan 10 minit waktu rehat.

Ø  Permainan 10 sepasukan
·         Maksima 10 minit bagi setiap separuh masa dengan 2 minit waktu rehat.

Ø  Permainan 7 sepasukan
·         Maksima 7 minit bagi setiap separuh masa dengan 1 minit waktu rehat.
·         Maksima 10 minit bagi setiap separuh masa bagi perlawanan akhir dengan 2 minit waktu rehat.

Pegawai Perlawanan
Setiap perlawanan di bawah kawalan Pegawai Perlawanan terdiri dari seorang Pengadil dan dua orang Penolong Pengadil. Pengadil mestilah bertauliah. Pengadil merupakan individu yang menentukan masa perlawanan tamat. Jika ia meragui masa, beliau boleh merujuk kepada pembantu pengadil. Keputusan pengadil adalah muktamad.

Semasa Perlawanan (Cara-cara Untuk Bermain)
Cara Bermain
Ø  Perlawanan dimulakan dengan tendangan mula drop kick.
Ø  Selepas tendangan mula,  mana-mana pemain yang on side boleh mengambil bola dan berlari dengannya; sama ada berlari dengannya; menyepaknya; atau menghantarnya kepada rakan.
Ø  Mana-mana pemain boleh berlari dengan bola; menghantar bola kepada rakan atau menyepak bola tersebut.
Ø  Mana-mana pemain boleh menghalang pemain yang membawa bola sama ada dengan memegangnya ; menolaknya ; atau menjatuhkannya
Ø  Mana-mana pemain boleh terlibat dalam scrum ,  ruck , maul  dan  line-out
Ø  Semua pemain boleh meletakkan bola atau membuat try dalam kawasan in goal.
Ø  Apa sahaja yang dilakukan oleh setiap pemain mestilah mengikut peraturan dan tatacara yang telah ditetapkan dalam undang-undang permainan ragbi

Advantage
Ø  Advantage adalah situasi di mana pengadil tidak memberhentikan perlawanan apabila berlaku kesalahan dalam permainan. Advantage diberikan kepada pasukan yang tidak melakukan kesalahan meneruskan permainan.
Ø  Tujuan advantage diberikan semasa permainan sedang berjalan adalah untuk memberi kesinambungan kepada permainan itu sendiri tanpa pengadil meniup wisel bagi setiap kesalahan yang dilakukan.
Ø  Terdapat dua jenis advantage iaitu  area advantage dan tactical advantage.

Kutipan Mata
Kaedah kutipan mata :
Ø  TRY: Diperolehi apabila pemain berjaya menekan bola di kawasan gol lawan – 5 mata.
Ø  PENALTY TRY: Try yang mungkin dapat dilakukan oleh sesuatu pasukan tetapi tidak dapat disempurnakan disebabkan permainan kasar (foul-play) oleh pasukan bertahan. Pengadil menganugerahkan penalty try di bawah tiang gol – 5 mata.
Ø  CONVERSION: Apabila pasukan berjaya melakukan try, pasukan tersebut berpeluang untuk membuat sepakan ke arah gol.  Sepakan boleh dibuat secara sepak letak ataupun sepak lantun bagi permainan 15 sepasukan – 2 mata.
Ø  PENALTY GOAL: Sepakan penalti ke arah gol yang diambil apabila sesuatu pasukan itu memperolehi penalti daripada kesalahan pihak lawan – 3 mata.
Ø  DROPPED GOAL: Sepakan lantun ke arah gol yang dilakukan semasa permainan sedang berlangsung – 3 mata.

Foul Play
Pemain tidak dibenarkan bermain dengan cara yang berbahaya, misconduct, sentuhan atau tackle.
Sebarang tindakan atau gerakan seseorang pemain yang bertentangan dengan undang-undang dan semangat sukan. Termasuk gangguan permainan, bermain kotor dan membahayakan pemain lain, kelakuan tidak senonoh, bertindak balas dan kesalahan yang berulang.

off Side/ on Side
Ø  Seseorang pemain dikira offside apabila berada di hadapan garisan offside semasa scrum, line-out, ruck dan maul atau berada di hadapan pemain sepasukan yang terakhir memainkan bola.
Ø  Onside bermakna pemain berkenaan berada dalam permainan dan boleh meneruskan
Ø  permain sama ada melakukan serangan ataupun melakukan gerakan bertahan.
Knock on/ Hantaran Kehadapan
Ø  Knock on terjadi bila pemain hilang posisi bola dan bola jatuh ke hadapan menuju ke arah garisan gol pihak lawan dari kawalan pemain ataupun apabila bola jatuh ke hadapan terkena pemain lain sama ada dari pasukan lawan atau pasukan sendiri.
Ø  Hantaran ke hadapan berlaku apabila pemain melontar atau menghantar bola ke hadapan. Jika bola tidak di hantar ke hadapan tapi kena tanah atau pemain lain dan bola bergerak kehadapan bola tidak dikira forwards

Di Dalam Padang Permainan
Permulaan Permainan dan tendangan  memulakan semula permainan.
Ø  Tendangan mula dilakukan dengan tendangan lantun di tengah padang pada permulaan perlawanan dan permulaan separuh masa kedua.
Ø  Tendangan semula berlaku selepas setiap kali mendapat try dan dilakukan oleh pasukan yang tidak memperoleh try bagi kategori permainan 15 sepasukan.
Ø  Tendangan dilakukan oleh pasukan yang mendapat try bagi kategori permainan 10 dan 7 sepasukan.
Ø  Sepakan 22 m drop-out dibuat di belakang atau di atas garisan 22 meter atau 15 meter oleh pasukan bertahan selepas membuat touch down.

Ball on the ground – No tackle
Ø  Situasi  bola berada di atas tanah dan seorang pemain menjatuhkan badannya untuk mengambil bola tersebut.
Ø  Situasi ini juga berlaku bila seorang pemain yang mempunyai memegang bola berada di atas tanah tetapi tidak ditackel.
Ø  Pemain mesti memainkan bola dengan segera.
Ø  Jika pemain tersebut menghalang pemain lain dari mengambil bola tersebut hukuman penalti akan diberikan ke atasnya.

Tackle
Tackle berlaku apabila seorang pembawa bola ditangkap oleh seorang atau lebih pemainpihak bertahan dan ia dijatuhkan ke tanah bersama bola. Sekiranya mana-mana lututnya berada di atas tanah atau ia duduk atau di atas seseorang pemain yang berada di atas tanah ia dianggap sudah ditackled
Ø  Pemain yang ditackled mestilah
·         Melepaskan bola
·         Hantar bola dengan serta merta.
·         Pemain yang melakukan tackle hendaklah melepaskan pemain yang ditackled apabila kedua-dua mereka jatuh ke tanah.

Kawasan Gol (In Goal Area)
In Goal
Ø  Kawasan gol disempadani oleh garisan gol tepi dan garisan bola mati termasuk garisan gol dan tiang gol seperti yang terdapat dalam gambar rajah undang-undang 1.
Ø  Bola boleh diletakkan di kawasan ini oleh mana-mana pemain dari kedua pasukan.
Ø  Jika pasukan penyerang meletakan bola, pasukan penyerang dianggap membuat try.
Ø  Jika pasukan bertahan meletakkan bola di kawasan golnya sendiri, pasukan bertahan dianggap melakukan touchdown

UKURAN

Garisan Padang Permainan
Ø  Garisan Padu (solid line)
·         Garisan dead ball dan garisan touch in goal, keduanya diluar kawasan in goal.
·         Garisan gol, dalam kawasan in goal tetapi di luar padang permainan.
·         Garisan 15 meter, selari dengan garisan gol.
·         Garisan tengah padang (half way), selari dengan garisan gol.
·         Garisan touch iaitu di luar padang permainan.
Ø  Garisan Putus-putus (broken line).
·         Garisan 5 meter yang menghubungkan garisan touch dan jarak 5 meter dari garisan tengah dan selari dengan jarak tersebut.
·         Garisan 3 meter yang jarak 3 meter dari garisan touch dan untuk kegunaan lineout. 
Ø  Garisan Dash (dash line)
·         5 garisan dash ukuran 1 meter, 5 meter dari garisan gol merentasi garisan 3 meter, 7 meter dan di hadapan gol.
·         5 garisan dash selari dengan garisan touch dan merentasi garisan garisan 15m, garisan 5 meter, dan garisan tengah
Ø  2 garisan dash ukuran 5 meter, di kedudukan 10m dari garisan touch bermula 5 meter dari garisan gol dan tamat 5 meter di garisan gol yang satu lagi.

Tiang Bendera
Ø  Terdapat 14 batang tiang bendera dengan bendera sama warna (warna terang) dengan setiap tiang ketinggian minimum 1m dari aras tanah.
Ø  Bendera mestilah diletakkan di atas garisan pada 4 penjuru kawasan in goal.
Ø  Kelapan-lapan bendera ini ialah di luar kawasan in goal dan tidak termasuk dalam kawasan permainan.
Ø  Tiang bendera lain mestilah diletakkan selari dengan garis 22m dan garis tengah
Ø  (halfway) di bahagian luar dalam jarak 1.5 meter dari tepi garisan.

Tiang Gol
Ø  Tiang gol berukuran 5.6 m lebar dalam tiang dan 3 m tinggi atas palang. Tinggi maksimum 3.4 meter dari atas tanah

Peralatan Dan Pakaian

Bola
Ø  Bola mestilah berbentuk bujur dan terdiri dari 4 panel yang dibuat dari kulit atau bahan sintetik yang sesuai.
Ø  Bola ragbi  saiz 3 akan digunakan untuk permainan ini yang beratnya lebih kurang 350-370 gram.
Ø  Tekanan angin bola mestilah di antara (65.71 – 68.75) kilopascals, atau 0.67 – 0.70 kilograms per square centimeter atau 9.5 – 10.0 pounds per square inch.


Pakaian
Ø  Jersi
·         Pasukan mestilah memakai jersi yang sama warna dan mempunyai nombor yang jelas tertera di belakang jersi.
·         Pemain boleh memakai jersi jenis ugly dengan syarat pasukan lawan memakai jersi yang berwarna sama.
·         Jersi jenis sleeveless dibenarkan pakai tetapi bukan jenis singlet.
·         Seluar panjang jenis casual pants dan track bottom adalah dilarang.
·         Pemain boleh memakai tigh

Ø  Pakaian Tambahan
·         Pemain digalakkan memakai alat bantuan (supports/ guards) yang kenyal dan lembut terdiri dari bahan yang bersih dan boleh dibasuh.

·         Pemain digalakkan memakai Mitts (fingerless glove) yang ada spesifikasi IRB.
·         Pemain digalakkan memakai body amour  yang ada spesifikasi IRB

·         Pemain digalakkan memakai mouth guard.
                                                       
·         Pemain digalakkan memakai bandage atau dressing untuk menutup kecederaan dengan syarat bahan itu mesti bersih.
·         Pemain digalakkan memakai strapping atau bahan yang hampir sama untuk bantu atau mengelakkan kecederaan.
·         Pemain digalakkan mamakai head gear untuk membantu mengelakkan kecederaan.

Ø  Boot
·         Studs pada boots pemain mestilah yang tidak mendatangkan kecederaan pada pemain lain.
·         Jika boots jenis studs boleh dibuka semua studs hendaklah dikunci dengan ketat dan bilangan yang lengkap.
·         Studs jenis blade tidak digalakkan untuk dipakai.

Ø  Pakaian Yang Dilarang
·         Pemain dilarang memakai pakaian yang dicemari darah atau sebarang kekotoran yang menyebabkan jangkitan
·         Pemain tidak dibenarkan memakai alatan yang tajam dan merbahaya
·         Perhiasan seperti subang, rantai, cincin dan gelang tidak dibenarkan.

·         Kuku pada jari tangan perlu pendek dan tidak tajam

1 comment:

  1. Menangkan Jutaan Rupiah dan Dapatkan Jackpot Hingga Puluhan Juta Dengan Bermain di www(.)SmsQQ(.)com

    Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
    -Situs Aman dan Terpercaya.
    - Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
    - Proses Setor Dana & Tarik Dana Akan Diproses Dengan Cepat (Jika Tidak Ada Gangguan).
    - Bonus Turnover 0.3%-0.5% (Disetiap Harinya)
    - Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
    -Pelayanan Ramah dan Sopan.Customer Service Online 24 Jam.
    - 4 Bank Lokal Tersedia : BCA-MANDIRI-BNI-BRI

    8 Permainan Dalam 1 ID :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker - Bandar66

    Info Lebih Lanjut Hubungi Kami di :
    BBM: 2AD05265
    WA: +855968010699
    Skype: smsqqcom@gmail.com

    ReplyDelete