1.
Adakah
pengajian personaliti perlu dilakukan atau boleh dilakukan untuk pemilihan ahli
dalam pasukan dan sukan tertentu ?
Ya, pengajian personaliti
perlu dilakukan untuk pemilihan ahli dalam pasukan dan sukan kerana ia
merangkumi sikap, cara pemikiran, perasaan, cara bertindak dan cara
berinteraksi dengan orang lain. Personaliti seseorang sering menjadi perhatian
orang lain dan lazimnya sesuatu tanggapan yang dibuat mengenainya.
Antara ciri – ciri yang
mesti dimiliki oleh seseorang atlit termasuklah :-
i.
Mempunyai
disiplin diri yang tinggi
ii.
Sentiasa
mengamalkan permainan bersih
iii.
Mempunyai
rekod yang baik sepanjang penglibatan dalam sukan
iv.
Menunjukkan
komitmen yang tinggi kepada pasukan
v.
Bijak
mengawal emosi semasa pertandingan
Disiplin diri
yang tinggi dapat membantu seseorang atlit untuk berada di puncak
kecemerlangan. Seseorang atlit yang berdisiplin akan mudah mendapat sokongan
daripada masyarakat. Atlit yang berdisiplin tahu akan peranan dan
tanggungjawabnya, mematuhi arahan ketua dan jurulatih, mengikut jadual latihan
yang ditetapkan dengan baik dan menghormati rakan pasukan yang lain. Atlit yang
berdisiplin juga berupaya mengawal emosi untuk mengelak perkara yang tidak
diingini berlaku semasa permainan. Kegagalan mengawal emosi semasa bermain akan
membawa kesan negatif kepada diri sendiri ataupun pasukannya.
Selain itu,
atlit harus memahami undang – undang, strategik, taktik dan kemahiran dalam
suatu permainan. Etika dan peraturan permainan perlu difahami dengan jelas.
Pemahaman yang jelas terhadap etika permainan dapat mengelakkan pemain daripada
melakukan kesalahan semasa bermain.
Kerjasama juga
penting dalam sesuatu permainan. Atlit akan menikmati keseronokan bermain dan
dengan itu kemenangan akan diraikan bersama manakala kekalahan tidak akan
dipertanggungjawabkan kepada individu dalam pasukan.
Kesetiaan
kepada pasukan adalah perlu untuk memastikan kerjasama yang erat dalam kalangan
atlit. Tindakan agresif seperti memberi rasuah dalam pasukan yang pernah
bermain sebelum ini berpunca daripada sikap tidak setia kepada pasukan dan
sikap sesetengah individu yang tidak jujur dan amanah.
Kesungguhan
dan semangat juang yang tinggi salah satu faktor kejayaan seseorang atlit.
Seseorang atlit yang ingin maju mestilah ingin meningkatkan prestasinya dan
bersedia menerima kritikan daripada masyarakat dengan hati yang terbuka. Atlit
yang mempunyai personaliti yang baik akan dipandang tinggi oleh masyarakat dan
boleh dijadikan contoh kepada masyarakat.
Akhir sekali,
atlit haruslah mengamalkan etika kesukanan dan menanam semangat patriotisme di
dalam diri mereka. Segala tindakan atlit melambangkan imej negara. Oleh itu,
atlit dan bakal atlit negara haruslah berdisiplin, bermoral dan mempunyai
perasaan cinta akan negara. Sikap ini boleh dipamerkan melalui semangat
kesukanan semasa bertanding.
Menangkan Jutaan Rupiah dan Dapatkan Jackpot Hingga Puluhan Juta Dengan Bermain di www(.)SmsQQ(.)com
ReplyDeleteKelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
-Situs Aman dan Terpercaya.
- Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
- Proses Setor Dana & Tarik Dana Akan Diproses Dengan Cepat (Jika Tidak Ada Gangguan).
- Bonus Turnover 0.3%-0.5% (Disetiap Harinya)
- Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
-Pelayanan Ramah dan Sopan.Customer Service Online 24 Jam.
- 4 Bank Lokal Tersedia : BCA-MANDIRI-BNI-BRI
8 Permainan Dalam 1 ID :
Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker - Bandar66
Info Lebih Lanjut Hubungi Kami di :
BBM: 2AD05265
WA: +855968010699
Skype: smsqqcom@gmail.com