1.
OLAHRAGA
a.
Pengenalan
Olahraga ialah satu aktiviti fizikal yang bersifat
saingan. Ia merangkumi beberapa acara berlainan yang berasaskan kepada
pergerakan-pergerakan semula jadi seperti berlari, melompat dan membaling.
Bentuk awal olahraga yang dikelolakan secara tersusun telah dikenali berlaku
pada zaman klasikal terutamanya Sukan Olimpik Kuno. Sepertimana kita tahu,
olahraga bermula dari Sukan Olimpik Moden pertama di Athens dalam tahun 1896
dan kewujudan IAAF (Pertubuhan Olahraga Amator Antarabangsa) dalam tahun 1912.
Sejak itu, program olahraga telah diubahsuaikan dan diperkembangkan secara
berterusan.
Olahraga merupakan elemen yang paling
penting dalam Sukan Olimpik Moden. Ia dipraktikan di semua negara kerana nilai
pendidikannya dan peranannya dalam peningkatan keadaan fizikal individu. Ia
juga merupakan asas yang diperlukan untuk prestasi optimum dalam sukan lain.
Tambahan pula ia menawarkan peluang kepada penyelidik untuk mengkaji
pergerakkan manusia.
Olahraga trek dan
padang biasanya dikenali sebagai olahraga atau trek dan padang. Nama
"olahraga" berasal daripada perkataan Greek "athlos"
yang bermaksud "bertanding". Tarikan yang ada pada acara sukan
ini juga telah melahirkan istilah olahraga (athletics) yang merangkumi
acara berlari, melontar dan melompat.
Mengikut catatan sejarah, olahraga
dipercayai bermula pada 3000 tahun yang lampau di Greece. Oleh itu, ianya
dianggap sebagai acara sukan yang tertua di dunia. Catatan sukan olahraga
ini bermula di Sukan Olimpik kuno tahun 776 S.M di Greece. Berdasarkan
“The Encyclopedia of Sports” acara pertama yang dicatatkan sebagai sukan
ialah lompat jauh dimana ahli sukan Sparta bernama Chionis berjaya
melompat sejauh 23 kaki 1 ½ inci pada Sukan Olimpik 656 S.M.
Di England, sukan olahraga telah
dihidupkan oleh Royal Military College di Sandhurst di mana temasya sukan
bermula pada 1812. Kemudian Kelab Olahraga yang pertama ditubuhkan iaitu
‘The Necton Guild’. Selepas itu semakin banyak kelab olahraga ditubuhkan
dan terdapat juga kelab olahraga peringkat universiti yang ditubuhkan pada
tahun 1850 di University Oxford, dikenali sebagai Exeter College Athletic
Club.
Kejohanan olahraga kebangsaan yang
pertama telah dianjurkan pada tahun 1866 oleh Amateur Athletic Club di
England. Seterusnya kejohanana Antarabangsa yang pertama diadakan pada
tahun 1876 antara England dan Ireland. Menjelang abad ke-20, ramai atlet
Amerika Syarikat yang telah mampu mencatatkan prestasi yang
memberangsangkan. Ternyata kebanyakkan peserta dari negara Amerika
Syarikat ialah berketurunan Negro, namun atlit dari negara Eropah lain
turut cemerlang dalam olahraga.
b.
Sejarah
Dan Perkembangan
Setiap makhluk mempunyai fikiran, dari pemikiranlah
terhasilnya perlakuan kemahiran asas seperti berlari, melompat, membaling
ataupun melontar. Lama kelamaan kemahiran ini telah diperkembangkan sehingga
menjadi satu acara sukan. Tarikan yang ada pada acara sukan ini telah
melahirkan istilah olahraga (athletics) yang merangkumi acara berlari, melontar
dan melompat. Mengikut catatan sejarah, olahraga dipercayai bermula pada 3000
tahun yang lampau di Greece. Oleh itu ianya boleh dianggap sebagai acara sukan
yang tertua di dunia. Catatan sukan olahraga ini bermula di Sukan Olimpik kuno
tahun 776 S.M di Greece. Berdasarkan “The Encyclopedia of Sports” acara pertama
yang dicatatkan sebagai sukan ialah lompat jauh dimana ahli sukan Sparta
bernama Chionis berjaya melompat sejauh 23 kaki 1 ½ inci pada Sukan Olimpik 656
S.M. Di England, sukan olahraga telah dihidupkan oleh Royal Military College di
Sandhurst di mana temasya sukan bermula pada 1812. Kemudian Kelab Olahraga yang
pertama ditubuhkan iaitu ‘The Necton Guild’. Selepas itu semakin banyak kelab
olahraga ditubuhkan dan terdapat juga kelab olahraga peringkat universiti yang
ditubuhkan pada tahun 1850 di University Oxford, dikenali sebagai Exeter
College Athletic Club. Kejohanan olahraga kebangsaan yang pertama telah
dianjurkan pada tahun 1866 oleh Amateur Athletic Club di England. Seterusnya
kejohanana Antarabangsa yang pertama diadakan pada tahun
1876 antara England dan Ireland. Menjelang abad ke-20, ramai atlet Amerika
Syarikat yang telah mampu mencatatkan prestasi yang memberangsangkan. Ternyata
kebanyakkan peserta dari negara Amerika Syarikat ialah berketurunan Negro,
namun atlit dari negara Eropah lain turut cemerlang dalam olahraga. Sememangnya
ketika itu atlet dari Asia dan Afrika belum mampu menyaingi kemampuan atlet
dari Eropah. Tetapi kini senario tersebut telah berubah dan boleh dikatakan
atlet Asia dan Afrika dianggap setaraf dengan atlet Eropah. Kini pelbagai
kejohanan sukan diadakan seperti Sukan Sea, Sukan Asia, Sukan Komanwel dan Sukan
Olimpik. Mana-mana badan atau pertubuhan yang berdaftar dibawah IAAF boleh
menyertai kejohanan dibawah pengawasan IAAF.
SUKAN OLIMPIK
Ia telah diadakan buat kali pertama di Greece pada tahun
1896. Sukan ini dianjurkan oleh Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa yang
bergabung dengan Majlis Olimpik Antarabangsa dan ia diadakan empat tahun
sekali. Pada Sukan Olimpik yang pertama itu sebanyak 295 atlit telah
menyertainya. Setelah itu banyak kejayan yang diperolehi atau dilihat pada
Sukan Olimpik contohnya pada 1992 di Barcelona lebih dari 135 negara yang
menyertai sukan ini. Cogan kata bagi Sukan Olimpik ialah “Perkara yang penting
dalam sukan bukanlah kemenangan , tetapi mengambil bahagian seperti perkara
yang penting dalam hidup ialah berusaha”. Berdasarkan kepada cogan kata inilah
banyak negara yang menyertainya walaupun amat sukar untuk mencapai sesuatu
kemenangan yang memang menjadi idaman mereka.Malaysia telah menyertai Sukan
Olimpik pada tahun 1956 di Melbourne dalam 4 acara iaitu hoki, angkat berat,
olahraga dan renang. Sejak dari itu, Malaysia tidak pernah ketinggalan dari
menyertai Sukan Olimpik kecuali tahun 1980 kerana membantah tindakan Rusia yang
menceroboh Afghanistan. Sehingga kini kita hanya pernah memenangi pingat gangsa
acara badminton di Barcelona tahun 1992.
ORGANISASI OLAHRAGA
IAAF atau Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa
ditubuhkan pada tahun 1912 dan semua negara boleh menganggotai badan tertinggi
sukan olahraga di dunia ini. Peranan IAAF ialah sebagai penasihat dan
pengiktiraf semua kejohanan sukan terbesar ini. Persekutuan ini adalah
satu-satunya badan atau pertubuhan yang boleh mengiktiraf sebarang rekod atau kejayaan
yang dicapai oleh atlet. Segala peraturan dan undang-undang yang berkaitan
dengan olahraga adalah dibawah tanggungjawab IAAF.
c.
Perkembangan
Olahraga Di Malaysia
Organisasi
olahraga terulung dicatat di Malaysia adalah Persatuan Olahraga Ipoh, pada tahun
1906.Kejohanan olahraga pada masa itu dinamakan ‘Ipoh Athletic Sports’.Pemenang
kejohanan ini dianggap sebagai Johan Malaya.
Pada
1914 hingga 1919 Aktiviti olahraga dihentikan kerana Perang Dunia
Pertama. Pada 1920, mesyuarat olahraga diadakan diKuala Lumpur untuk
mengadakan pertandingan olahraga di antara negeri buat kali yang
pertama.Kejohanan olahraga antara negeri ini dikelolakan oleh ‘Amateur Athletic
of British Malaya’.
Pada
1913, nama diubah kepada ‘Amateur Athletic Associationof
Malaya’.Nama kejohanan ditukar kepada ‘Championships of Malaya’.Pada 1940
hingga 1948, aktiviti olahraga dihentikan sekali lagi kerana Perang Dunia
Kedua.
Pada
1952, nama persatuan ditukar pula kepada ‘Federation of Malaya Amateur Athletic
Union’ (FMAAU) digabungkan bersama dengan Majlis Olimpik Malaya.
Pada
1960, kejohanan kebangsaan pertama yang menggunakan peraturan-peraturan baru
telah diadakan di Seremban,rekod-rekod kebangsaan telah diiktiraf.Pada 1960
hingga 1962, Kejohanan turut disertai oleh peserta-peserta dari luar negara.
Dengan
penubuhan Malaysia pada tahun 1963, FMAAU ditukar kepada ‘Malaysia Amateur
Athletics Union’ (MAAU). Presiden MAAU yang pertama ialah Datuk Mohamed Ghazali
bin Shafie.Pada 1964, kejohanan pertama di bawah MAAU diadakan. Semua negeri di
Malaysia mengambil bahagian.
d.
Peraturan
/ Undang-Undang
i.
Setiap
pertandingan yang dijalankan hendaklah dikawal oleh undang-undang dan peraturan
pertandingan bersesuaian dengan matlamat penganjurannya.
ii.
Pembinaan
peraturan sesuatu kejohanan akan merujuk dan mengikut undang-undang dan
peraturan
Ø Persatuan Olahraga Antarabangsa.
Ø Kesatuan Olahraga Amatur
Malaysia
Ø Majlis Sukan Sekolah
Malaysia (MSSM)
Ø Majlis Sukan Sekolah
Negeri (MSSN)
Ø Majlis Sukan Sekolah
Daerah (MSSD)
Ø Majlis Sukan Sekolah
cawangan – jika ada
iii.
Peraturan
pertandingan perlu mempunyai perkara berikut;
Ø Nama kejohanan.
Ø Tarikh.
Ø Tempat pertandingan.
Ø Kategori dan acara-acara yang dipertandingkan.
Ø Ukuran, berat alatan dan jarak.
Ø Syarat-syarat penyertaan.
Ø Nombor peserta.
Ø Aturcara dan jadual
pertandingan.
iv.
Acara
Dan Ukuran Serta Timbangan Alat Pertandingan.
v.
Ukuran
Dan Jarak Acara 80 Meter Lari Berpagar
BIL PAGAR
|
TINGGI PAGAR
|
PAGAR 1 DARI 1 GARISAN
PERMULAAN
|
PAGAR KE PAGAR
|
PAGAR 8 KE GARISAN
PENAMAT
|
8
|
0.762M
|
12.00M
|
8.00M
|
12.00M
|
vi.
Jarak
Dan Ukuran Acara 200 Lari Berpagar
KATEGORI
|
BIL. PAGAR
|
TINGGI PAGAR
|
PAGAR 1 DARI GARISAN
PERMULAAN
|
PAGAR KE PAGAR
|
PAGAR KE GARISAN PENAMAT
|
LELAKI 15TKB
|
10
|
0.840M
|
16.00M
|
19.00M
|
13.00M
|
PEREMPUAN TKB
|
10
|
0.762M
|
16.00M
|
19.00M
|
13.00M
|
vii.
Acara
2000 Meter Lari Berhalangan
Ø 1.7.1 Lompat Pagar : 18 kali
Ø 1.7.2 Lompat Air
: 5 kali
Ø Lompatan air ialah lompatan kedua dalam pusingan
pertama dan kemudiannya lompatan
yang keempat dalam pusingan yang berikutan
viii.
Tatacara
pelari untuk Acara 4 X 200 m
Ø Pelari Pertama akan
menggunakan lorong sendiri dan akan
bermula di garisan 1 ½ stagger – seperti pelari pertama dalam acara 4 X 400m
Ø Pelari Kedua akan bersedia di garisan satu stagger yang
akan disediakan
Ø Pelari Ketiga akan bersedia di garisan ½ stagger (seperti pelari kedua dalam
acara 4 X 400 m). Selepas menerima baton daripada pelari kedua, pelari ketiga
mesti berlari di lorong masing – masing sehingga ke selekoh pertama dan
kemudiannya, beliau boleh memotong masuk ke lorong pertama.
Ø Pelari Akhir akan bersedia di tempat penerimaan baton mengikut
susunan senarai mula (start list), dan menerima baton dengan syarat dia tidak
menghalang atau menolak peserta lain.
ix.
Acara
Pentatlon
Ø Hari Pertama 100 m Lari Berpagar,
Lompat Tinggi dan Melontar Peluru.
Ø Hari Kedua : Lompat Jauh dan 800m
x.
Acara
Heptatlon
Ø Hari Pertama : 110m Lari
Berpagar, Lompat Tinggi, Melontar Peluru dan 400m
Ø Hari Kedua : Lompat Jauh, Merejam Lembing dan 1500 m
xi.
Acara
Pertandingan
Diperingkat sekolah penyertaan pelajar dalam satu acara
bergantung kepada jumlah rumah dan trek yang ada bagi memudahkan cara
pertandingan dijalankan.
xii.
Tatacara
pelari untuk Acara 4 X 200 m
Ø Pelari Pertama akan
menggunakan lorong sendiri dan akan
bermula di garisan 1 ½ stagger – seperti pelari pertama dalam acara 4 X 400m
Ø Pelari Kedua akan bersedia
di garisan satu stagger yang akan disediakan
Ø Pelari Ketiga akan
bersedia di garisan ½ stagger
(seperti pelari kedua dalam acara 4 X 400 m). Selepas menerima baton daripada
pelari kedua, pelari ketiga mesti
berlari di lorong masing – masing sehingga ke selekoh pertama dan kemudiannya,
beliau boleh memotong masuk ke lorong pertama.
Ø Pelari Akhir akan bersedia
di tempat penerimaan baton mengikut
susunan senarai mula (start list), dan menerima baton dengan syarat dia tidak
menghalang atau menolak peserta lain.
xiii.
Acara
Pentatlon
Ø Hari Pertama 100m Lari
Berpagar, Lompat Tinggi dan
Melontar Peluru.
Ø Hari Kedua : Lompat Jauh dan 800m
xiv.
Acara
Heptatlon
Ø Hari Pertama : 110m Lari
Berpagar, Lompat Tinggi, Melontar Peluru dan 400m
Ø Hari Kedua : Lompat Jauh, Merejam Lembing dan 1500 m
xv.
Acara
Pertandingan
Diperingkat sekolah penyertaan pelajar dalam satu acara
bergantung kepada jumlah rumah dan trek yang ada bagi memudahkan cara
pertandingan dijalankan.
Ø Di Kejohanan Peringkat
Daerah dan Negeri penyertaan TIDAK LEBIH daripada dua (2) orang
peserta bagi setiap acara individu dan satu (1) pasukan bagi acara Lari
Berganti-Ganti.
Ø Bilangan maksima
penyertaan seseorang peserta adalah seperti berikut :
KUMPULAN
UMUR
|
INDIVIDU
|
LARI
BERGANTI-GANTI
|
18
TKB
|
3
(termasuk acara terbuka)
|
2
|
15
TKB
|
3
(termasuk acara terbuka)
|
2
|
Ø Peserta – peserta
Heptatlon dan Pentatlon TIDAK DIBENARKAN mengambil bahagian dalam acara
individu yang lain.
Ø Acara TERBUKA hanya
dibenarkan disertai oleh peserta – peserta yang berumur 13 tahun atau lebih
pada 01 Januari tahun pertandingan.
xvi.
Melaporkan
Diri Peserta
Ø Peserta mesti melaporkan
diri sekurang-kurangnya 30 minit
bagi acara balapan dan 45 minit bagi acara padang, sebelum waktu acara
berkenaan dijadualkan berlangsung. Selepas itu, mereka akan diiringi ke tempat
pertandingan oleh Penyelia Peserta.
Ø Peserta-peserta TIDAK
DIBENARKAN melaporkan diri terus kepada Pegawai Teknik dalam arena
pertandingan.
Ø Hebahan tentang panggilan peserta-peserta untuk
melaporkan diri bagi acara-acara mereka TIDAK AKAN DIBUAT. Maklumat meminta
peserta melaporkan diri hanya disiarkan dipapan kenyataan di tempat Penyelia
Peserta. Hebahan hanya akan dibuat sekiranya terdapat sebarang pindaan dalam
susunan acara atau program kejohanan.
Ø Peserta-peserta hendaklah
berpakaian lengkap dan
nombor-nombor mereka mesti disematkan dengan pin pada setiap penjuru di baju
lari masing-masing.
Ø Peserta-peserta yang lewat
melaporkan diri, iaitu 15 minit
sebelum acara mereka dimulakan, TIDAK AKAN DIBENARKAN mengambil bahagian dalam
acara tersebut dan akan dianggap sebagai telah menarik diri.
xvii.
Prosedur
Masuk Dan Keluar Arena Pertandingan
Ø Peserta-peserta hendaklah
berbaris apabila dibawa masuk dan
kelua daripada arena pertandingan diringi oleh Penyelia Peserta.
Ø Untuk acara balapan,
selepas sesuatu acara itu tamat, peserta-peserta hendaklah berada di
lorong masing-masing, berpusing balik dan menghadap hakim-hakim balapan untuk
menunjukkan nombor mereka dan balik ke tempat peserta dengan serta merta tanpa
memasuki padang.
xviii.
Blok
Permulaan
Ø Bagi acara-acara yang
tersebut di bawah untuk peringkat
umur 18 tahun ke bawah dan 15 tahun ke bawah (lelaki dan perempuan) mulaan
dekam dan Blok Permulaan MESTI DIGUNAKAN UNTUK ACARA 100 m, 200 m, 400 m, 100 m
Lari Berpagar, 110 m Lari Berpagar, 400m Lari Berpagar, 4 X 100 m dan 4 X 400
m.
xix.
Paku
Kasut (Spikes)
Ø Paku Kasut : Kejohanan yang diadakan di atas
balapan jenis sintetik. Panjang
maksima paku kasut (spikes) tidak boleh melebihi 09 mm, kecuali untuk acara
Lompat Tinggi dan Merejam Lembing. Untuk acara-acara tersebut, paku kasut tidak
boleh melebihi 12 mm.
xx.
Cara
Menanda Di Tempat-Tempat Pertandingan
Ø Peserta-peserta tidak
dibenarkan menggunakan kapur atau lain-lain bahan sepertinya untuk
menandakan di tempat – tempat pertandingan. Mereka hendaklah menggunakan pita.
xxi.
Cara
Menentuan Peserta Terbaik Adalah Berdasarkan Kriteria Berikut:
Ø Pemecah rekod baru berstatus (ikut ranking kejohanan) Rekod Kejohanan Olahraga peringkat
Kebangsaan (KOAM), Rekod Remaja Kebangsaan (KOAM), MSS Asean, dan MSSM dan
jumlah rekod yang diperbaharui dengan mengambil kira usia rekod dan bilangan
pingat emas, perak dan gangsa;
Ø Sekiranya tiada rekod yang diatasi/dicatat, jumlah
pungutan pingat emas
atau perak atau gangsa dalam acara individu akan diambil kira;
Ø Sekiranya pungutan pingat emas masih sama, pungutan pingat perak dan pingat gangsa dalam acara individu akan
diambil kira;
Ø Sekiranya kedudukan masih
sama juga, maka keputusan akan
dibuat berdasarkan Jadual Mengira Mata IAAF bagi pencapaian terbaik acara
tertentu setiap peserta; dan
Ø Olahragawan dan olahragawati diberi kepada peserta
terbaik keseluruhan (lelaki dan perempuan).
No comments:
Post a Comment