Friday 30 January 2015

BOLA TAMPAR

1.   BOLA TAMPAR
a.    Pengenalan
Bola tampar ialah permainan berpasukan yang dimainkan oleh dua pasukan pada satu-satu masa di mana sesebuah pasukan dibarisi oleh enam orang pemain utama dan enam pemain simpanan. Mata diperoleh dengan meletakkan atau memasukkan bola ke kawasan lawan masing-masing. Para pemain hanya dibenarkan menggunakan mana-mana anggota badan daripada bahagian atas pinggang untuk memukul atau memainkan bola. Permainan bermula sebaik sahaja wisel ditiup iaitu selepas undian untuk memulakan servis dilakukan.
Di peringkat antarabangsa, pertandingan dijalankan sebanyak 5 set. Di peringkat sekolah pula, pertandingan atau permainan dijalankan dalam 3 set sahaja. Pasukan yang paling banyak memenangi set permainan, akan diisytiharkan sebagai pemenang.
Skor bagi permainan di peringkat antarabangsa dan kejohanan serta perlawan bukan penentuan ialah 25 mata. Bagi perlawanan atas set penentuan, skornya ialah 15 mata, dengan minimun kelebihan 2 mata.
Pemain yang membuat servis akan berdiri di sebelah belakang iaitu di sepanjang garisan luar gelanggang. Servis perlu dilakukan dalam tempoh 5 saat selepas wisel dibunyikan. Servis dilakukan bergilir-gilir. Setiap pemain (atas), berpeluang melakukan servis. Pemain yang menghasilkan mata (bawah), akan berpeluang membuat servis sekali lagi dan seterusnya jika markah diperoleh.

b.   Sejarah Dan Perkembangan
Permainan bola tampar telah direka oleh Professor William G. Morgan (1870 – 1942) pada 9 Februari, 1895 di Young Men’s Christian Association (YMCA) Holyoke, Massachusetts, Amerika Syarikat. Permainan ini direka berdasarkan permainan tenis (jaring) dan bola keranjang (bola), dan beliau menamakan permainan baru ini sebagai ”Mintonette”.
Pada tahun 1896, nama tersebut telah ditukar kepada “Volley Ball” setelah cadangan dibuat oleh Professor Alfred T. Halstead, dan diterima oleh Morgan dalam persidangan. Pada tahun 1952, Jawatankuasa Pentadbiran United States Volleyball Association (USVBA) telah memutuskan supaya nama permainan ini dieja sebagai satu perkataan, “Volleyball”.
Persekutuan bola tampar antarabangsa (Federation Internationale de Volleyball – FIVB) telah ditubuhkan pada tahun 1947.
Kejohanan bola tampar sedunia bahagian lelaki yang pertama telah diadakan di Prague pada tahun 1949 manakala Kejohanan bola tampar sedunia yang pertama untuk wanita telah berlangsung di Paris pada tahun 1951.
Pada tahun 1957, sukan bola tampar telah diperkenalkan sebagai sukan berpasukan
Olimpik dan kemudiannya buat pertama kali dipertandingkan di Sukan Olimpik yang ke-18 di Tokyo pada tahun 1964. Rusia berjaya dalam bahagian lelaki manakala pasukan Jepun mendapat pingat emas dalam acara wanita.
Pada masa ini, sukan Bola Tampar ialah salah satu daripada lima jenis sukan antarabangsa yang terbesar di dunia. FIVB kini mempunyai 220 negara yang menjadi ahli gabungan termasuk 53 dari Afrika, 65 dari Asia, 56 dari Eropah, 34 dari
NORCECA (North, Central America and the Caribbean) dan 12 dari Amerika Selatan,
telah merupakan persekutuan sukan antarabangsa yang paling besar di dunia.

c.    Perkembangan Bola Tampar Di Malaysia
Pada awal tahun 1930-an, pasukan bola tampar dari universiti Hong Kong dan China telah melawat ke Tanah Melayu untuk mengadakan perlawanan persahabatan di bandar-bandar yang besar seperti Singapura, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Pada ketika itu, perlawanan bola tampar dianjurkan oleh Persatuan Olahraga Cina (Chinese Athletics Association) mengikut negeri masing-masing.

Federation of Malaya Amateur Volleyball Association (kini dikenali sebagai Persatuan Bola  Tampar Malaysia - MAVA) telah didaftarkan pada 9 Julai 1959 dengan nombor pendaftaran 1002 di PulauPinang. MAVA menjadi ahli gabungan kepada Majlis Olimpik Malaysia (OCM) dan persekutuan bola tampar antarabangsa (Federation Internationale de Volleyball – FIVB) pada tahun 1962.

MAVA terus memainkan peranan terhadap perkembangan sukan bola tampar dengan penaja 4 Kejohanan Bola Tampar Kebangsaan dari 1960 hingga 1963 yang dianjurkan oleh negeri Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Pahang. Ketika itu, sistem 9 orang pemain sebelah masih digunakan. Mulai tahun 1965, MAVA telah memperkenalkan sistem 6 pemain sebelah mengikut sistem antarabangsa pada kejohanan kebangsaan yang pertama berlangsung di Singapura. Acara wanita hanya diperkenalkan dalam tahun 1966.
Dalam tahun 1990-an, banyak program pembangunan dan pertandingan peringkat antarabangsa telah dilancar dan dikelolakan dengan jayanya oleh MAVA. Antaranya adalah seperti bola tamparmini bawah12 tahun, pertandingan bawah 15 tahun, bola tampar pantai, liga bola tampar Semi-Pro, Remaja SEA, Remaja Wanita Asia, Grand Prix Dunia Wanita dan Remaja Lelaki Sedunia.

Pada masa ini, MAVA mempunyai 17 ahli gabungan penuh daripada semua negeri di Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan, PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia, manakala Bomba Malaysia dan Majlis Bandaraya Shah Alam sebagai ahli bersekutu. Bola Tampar Mini diasaskan oleh Dr. Horst Baacke di Jerman pada tahun 1960-an. Pada tahun 1990,  permainan bola tampar mini telah mula diperkenalkan di Malaysia, dan MAVA telah menganjurkan Kejohanan Bola Tampar Mini Kebangsaan. Mulai tahun 1993, Kejohanan Bola Tampar Mini telah diambil alih oleh MSSM. Kejohanan tersebut telah berlangsung bersama-sama dengan kejohanan bawah 18 tahun di Sintok (UUM), kedah.

d.    Kemahiran Permainan
i.              Servis atas

ii.             Menyangga

iii.            Mengumpan / setting

iv.           Mengadang

v.            Merejam / spiking

e.    Peraturan / Undang-Undang
i.              Kawasan Permainan
Kawasan permainan merangkumi gelanggang permainan dan zon bebas. Gelanggang permainan adalah satu segi empat yang berukuran 18m x 9m dikelilingi oleh satu zon bebas yang berukuran minimum 3m lebarnya dari tepi gelanggang permainan dan 7m tinggi dari permukaan permainan.
ii.             Garisan Gelanggang Permainan
Gelanggang permainan ditandakan oleh garisan yang lebarnya 5sm. Garisan ini ditandakan oleh dua garisan tepi dan dua garisan hujung. Kesemua garisan ini termasuk dalam ukuran gelanggang permainan. Dua garisan yang lain ialah garisan tengah dan garisan serangan. Garisan tengah berukuran 9m panjangnya dan terletak tepat di bawah jaring manakala garisan serangan dilukis 3m dari paksi garisan tengah menandakan zon depan.
iii.            Zon-Zon dan Kawasan
Ø  Zon Depan
Zon ini dihadkan oleh paksi garisan tengah dan belakang garisan serangan. Zon depan dianggap sebagai pemanjangan menjangkaui garisan tepi hingga zon bebas.
Ø  Zon Belakang
Zon belakang pula dihadkan dari belakang garisan serangan (tidak termasuk garisan serangan) hingga ke belakang garisan hujung.
Ø  Zon Servis
Zon servis ialah kawasan yang lebarnya 9m di belakang garisan hujung. Zon servis dihadkan oleh 2 garisan pendek setiap satu 15sm panjang dan dilukis 20sm ke belakang garisan hujung sebagai pemanjangan garisan tepi.
Ø  Zon Penggantian
Zon ini dihadkan antara garisan serangan dengan meja pencatat skor.
Ø  Kawasan Memanaskan Badan
Berukuran 3m x 3m terletak pada kedua-dua penjuru bersebelahan bangku di luar zon bebas.
Ø  Kawasan Penalti
Berukuran 1m x 1m dengan sebuah kerusi terletak di kawasan kawalan di luar garisan hujung.

iv.           Petikan Undang-Undang Yang Berkaitan
Objektif permainan ini bertujuan untuk menghantar bola melepasi jaring serta mematikan bola di gelanggang pihak lawan dan menghalang usaha yang sama oleh pihak lawan. Setiap pasukan mempunyai tiga pukulan untuk menghantar balik bola itu (tidak termasuk sentuhan menghadang).
Ø  Pengiraan mata
Setiap pasukan mendapat mata setiap kali ia berjaya mematikan bola atau pihak lawan melakukan kesilapan. Jika pasukan yang menerima servis memenangi satu rali, pasukan mendapat servis dan juga satu mata. Setiap perlawanan dimainkan berdasarkan 3 set terbaik daripada 5 set (Best of 5) dengan kiraan mata rali 25 mata bagi set pertama hingga set keempat (perlu memperoleh kelebihan 2 mata jika seri pada mata 24-24) manakala bagi set penentuan, iaitu set kelima, ia dimainkan dengan kiraan mata rali 15 mata (perlu memperoleh kelebihan 2 mata jika seri pada mata 14-14). Untuk set penentuan, pasukan bertukar gelanggang apabila mana-mana pasukan mencapai mata 8.
Ø  Putaran
Apabila pasukan yang menerima servis memenangi hak untuk membuat servis, semua pemain mesti memutar satu kedudukan mengikut putaran jam: pemain di posisi 2 berputar ke posisi 1 untuk membuat servis, pemain posisi 1 akan berputar ke posisi 6 dan seterusnya.

v.            Pemain Libero (Bab 6 Peraturan FIVB)
Ø  Setiap pasukan boleh mendaftarkan satu atau dua orang pemain Libero yang memakai jersi yang berlainan warna daripada jersi pasukan.
Ø  Pemain Libero boleh menggantikan mana-mana pemain barisan belakang dan digantikan dengan pemain asal apabila bergerak ke kedudukan hadapan.
Ø  Pemain Libero tidak boleh       membuat servis, menghadang, menyerang        dengan bola di atas paras jaring atau mengumpan atas kepala semasa berada di zon depan untuk serangan.
vi.           Rali
Setiap pasukan akan kehilangan rali jika satu daripada perkara yang berikut berlaku :
Ø  Bola menyentuhi lantai dalam gelanggang permainan sendiri.
Ø  Bola menyentuh seseorang pemain dan        keluar dari gelanggang.
Ø  Bola dimainkan melebihi         3 kali kecuali menghadang.
Ø  Bola disentuh oleh pemain yang sama sebanyak 2 kali       berturut-turut.
Ø  Seorang pemain menyentuhi simpai / pita putih atas jaring
Ø  Seorang pemain melintasi garisan tengah dan masuk ke gelanggang pihak lawan.
Ø  Seorang pemain tidak boleh memegang, membawa atau membaling bola.
Ø  Seorang pemain barisan belakang merejam bola atas paras jaring dalam kawasan serangan 3m.
Ø  Libero merejam bola atas paras jaring atau berusaha untuk menghadang di jaring.
Ø  Libero mengumpan di kawasan serangan 3m untuk perlakuan rejaman.

UKURAN GELANGGANG

PERALATAN DAN PAKAIAN
i.              Jaring

Ketinggian Jaring
Ø  Lelaki bawah 18 : 2.43m , Perempuan bawah 18 : 2.24m
Ø  Lelaki bawah 15 : 2.35m , Perempuan bawah 15 : 2.20m
Tinggi jaring diukur dari tengah gelanggang permainan. Tingginya pada kedua-dua garisan tepi mestilah sama dan tidak melebihi 2sm daripada ukuran rasminya.

ii.             Bola

Ciri-Ciri Bola
Bola saiz 5 berbentuk sfera diperbuat daripada kulit lentur atau kulit sintetik dengan satu pundi di dalamnya diperbuat daripada getah atau bahan serupa.

iii.            Antenna
Antena ialah satu batang mudah lentur yang diperbuat daripada serabut kaca atau bahan-bahan yang serupa, dan berukuran 1.80m panjang dan berukur lilit 10mm. Kedua-dua antena adalah sebahagian daripada jaring dan mengehadkan ruang lintasan bola atas jaring.






               iv.           Penyukat tekanan udara
Tekanan udara bola adalah 0.300 – 0.325 kg/sm2 (4.26 – 4.61 psi)


v.            Pakaian 

6 comments:

  1. Menangkan Jutaan Rupiah dan Dapatkan Jackpot Hingga Puluhan Juta Dengan Bermain di www(.)SmsQQ(.)com

    Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
    -Situs Aman dan Terpercaya.
    - Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
    - Proses Setor Dana & Tarik Dana Akan Diproses Dengan Cepat (Jika Tidak Ada Gangguan).
    - Bonus Turnover 0.3%-0.5% (Disetiap Harinya)
    - Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
    -Pelayanan Ramah dan Sopan.Customer Service Online 24 Jam.
    - 4 Bank Lokal Tersedia : BCA-MANDIRI-BNI-BRI

    8 Permainan Dalam 1 ID :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker - Bandar66

    Info Lebih Lanjut Hubungi Kami di :
    BBM: 2AD05265
    WA: +855968010699
    Skype: smsqqcom@gmail.com

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana saya dapat maklumat untuk kerja kursus sya sains sukan !

    ReplyDelete